Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda antara pengeluar yang sibuk di EICMA, selain daripada memperkenalkan XL750 Transalp, jenama motosikal Jepun itu turut merasmikan Honda CL500. 

Tampil dengan gaya retro-moden, Honda CL500 itu menawarkan spesifikasi hampir sama dengan CMX Rebel yang ditawarkan di Malaysia termasuk enjin parallel-twin 471cc yang menawarkan 45.9hp dan 43.3Nm. 

Bagaimanapun, rekaan keseluruhan jauh berbeza yang diinspirasikan daripada model CL yang pernah popular satu ketika dahulu. 

Namun, Honda telah menaik taraf tetapan suntikan bahan api agar dan ‘final drive’ yang lebih pendek agar tahap pecutan lebih baik berbanding Rebel.

Bagi memastikan pertukaran gear lebih lancar, Honda CL500 ini turut dilengkapi klac assist/slipper. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • fork depan teleskopik 41mm
  • penyerap hentakan berkembar dengan 5 peringkat pelarasan
  • kaliper brek 2-pot depan
  • kaliper brek 1-pot belakang
  • tayar 19-inci depan, 17-inci belakang
  • tangki 12L

Bagi melengkapkan imej retro klasik, Honda CL500 ini turut didatangkan dengan panel meter LCD. 

GALERI: HONDA CL500 2023

Suzuki telah memperkenalkan sebuah model serba baharu bagi kalendar 2023 bermula dengan Suzuki GSX-8S. 

Suzuki GSX-8S ini merupakan entri terbaru bagi segmen motosikal naked dan dikuasakan enjin parallel-twin 776cc DOHC serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu. 

Menariknya, enjin tersebut direka bagi menghasilkan kuasa pada rev rendah di samping dlengkapi dengan Suzuki Cross Balancer, yang menjaminkan tahap gegaran yang lebih rendah.

Untuk rekod, platform baharu itu menghasilkan 81.7hp pada 8,500rpm dan 78Nm pada 6,800rpm dan dikawal oleh sistem ‘ride-by-wire’. 

Selain itu, GSX-8S ini juga menawarkan tiga tahap sistem ‘traction control’ – yang boleh dinyahaktifkan – dan tiga mod enjin dengan kedua-duanya boleh diakses menenerusi skrin TFT. 

Bagi memastikan tunggangan lebih mengujakan, model naked ini juga dilengkapi dengan sistem quickshifter dua arah (up/down). 

Spesifikasi lain juga tidak kurang hebatnya, dengan bahagian chasis dipadankan bersama suspensi KYB depan dan belakang manakala bahagian ‘swingarm’ pula direka khas bagi meningkatkan tahap ketangkasan. 

Untuk rekod, Suzuki GSX-8S ini datang dengan tiga pilihan warna; Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Matt dan Sparkle Black. 

GALERI: SUZUKI GSX-8S 2023

Nama Transalp kembali semula dalam portfolio Honda bagi tahun 2023 dengan pelancaran Honda XL750 Translap. 

Motosikal segmen adventure itu bakal memberi saingan kepada Yamaha Tenere 800, KTM 890 Adventure dan beberapa model lain dalam segmennya.

Enjin

Honda XL750 Transalp ini dikuasakan enjin parallel-twin 750cc serba baharu yang dibangunkan Honda dan menawarkan 90hp dan 75Nm. 

Angka kuasa itu secara tidak langsung meletakkan Translap di antara Tenere 700 (74hp) dan 890 Adventure (105hp). 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, XL750 Transalp mengguna pakai konfigurasi ‘270-degree crank’ sekaligus menawarkan aliran kuasa yang mantap pada rev rendah dan bunyi deruman yang baik pada rev tinggi. 

Namun, sistem ride-by-wire telah dikemas kini bagi model ADV ini bagi memastikan prestasi yang lebih baik sewaktu tunggangan jarak jauh (touring). 

Kuasa disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘slipper’ dengan cakera F.C.C Leaning Segment. 

Honda mendakwa rekaan baharu bagi klac membantu menurunkan ‘drag torque’ sehingga 30 peratus sekaligus memastikan klac boleh ditarik dengan mudah di samping pertukaran gear lebih lancar.

Elektronik

Pakej elektronik pada Honda XL750 Transalp ini juga serba baharu dan merangkumi empat mod menunggangn; Sport, Standard, Rain dan Gravel serta User. 

Setiap mod ini menyelaraskan tetapan enjin dan elektronik mengikut kesesuaian sementara mod User pula memberi kebebasan kepada penungagng membuat talaan sendiri. 

Segala informasi pula boleh diakses daripada skrin TFT berwarna. 

Antara ciri elektronik lain ditawarkan termasuk:

  • Engine Power – empat tahap
  • ABS – dua tahap
  • Honda Selectable Torque Control (HSTC) – lima tahap
  • wheelie control

Menariknya, HSTC dan ABS juga boleh dinyahaktifkan sekaligus memastikan XL750 Transalp ini sesuai untuk tunggangan lasak (off-road). 

Spesifikasi

Seperti Hornet 750, Honda XL750 Transalp ini juga datang dengan kerangka serba baharu dengan reka bentuk berlian yang disambugkan kepada subframe. 

Menurut Honda, meskipun memegang enjin yang lebih besar, namun kerangka pada Transalp ini 10 peratus lebih ringan berbanding Honda CB500X. 

Secara keseluruhan, XL750 Transalp ini hanyalah seberat 208kg.

Kelengkapan suspensi pula hadir dengan fork depan ‘separate function’ 43mm dari Showa dengan jarak pergerakkan diletakkan pada 200mm depan dan 190mm belakang. 

Sebagai jentera keupayaan off-road, Transalp ini menawarkan jarak kelegaan tanah (ground clearance) pada 210mm. 

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • kaliper brek 2-pot depan dengan cakera 310mm
  • kaliper brek 1-pot belakang dengan cakera 256mm
  • tayar 90/90-21” depan
  • tayar 150/70-18” belakang

Pengeluar skuter premium Itali, Italjet, mengorak langkah pertama di EICMA 2022 dengan mendedahkan Dragster 500GP. 

Dragster 500GP ini merupakan antara model yang dipamerkan di Milan yang berlangsung hari ini hingga 13 November 2022. 

Paling mencuri tumpuan,model prototaip ini dikuasakan enjin silinder tunggal 450cc 4-valve yang berupaya menghasilkan 43hp. 

Menariknya, ini tersebut merupakan platform sama yang terdapat pada Fantic Caballero namun telah ditala semula pihak Italjet.

Dragster 500GP ini pastinya menetapkan petanda aras baharu bagi skuter premium lantas tidak hairanlah Italjet sendiri melabelkan skuter tersebut sebagai ‘hyper scooter’. 

Meskipun bercirikan ‘skuter’ namun Dragster 500GP ini mengguna pakai transmisi manual 6-kelajuan seperti sebuah motosikal konvensional. 

Peminat Dragster pastinya sedar bahawa Dragster 500GP ini tidak lagi menampilkan Independent Steering System (ISS) sebaliknya digantikan dengan fork upside/down 47mm. 

Selain itu, Italjet Dragster 500GP ini juga didatangkan dengan kelengkapan premium seperti kaliper brek Brembo Stylema. 

Bagaimanapun, model ini tidak akan dipasarkan dalam masa terdekat sebaliknya Italjet mendakwa skuter tersebut hanya akan ada dalam perancangan bagi tahun 2024. 

Selain itu, Italjet turut mendedahkan skuter elektrik Dragster E01 di EICMA. 

Yamaha dengan rasminya memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT+ bagi tahun 2023 yang dinaik taraf dengan pelbagai ciri elektronik baharu.

Menurut Yamaha, Tracer 9 GT+ ini merupakan motosikal paling berteknologi tinggi yang pernah dihasilkan syarikat itu setakat ini.

Apa yang baharu?

Ciri utama yang membezakan Tracer 9 GT+ dengan model Tracer 9 GT sedia ada adalah kehadiran sistem Adaptive Cruise Control (ACC) yang pertama kalinya diperkenalkan pada jentera Yamaha. 

Sistem ACC tersebut berfungsi dengan mengawal ‘engine braking’ dan Unified Braking System (UBS) – pertama kali ditawarkan pada motosikal – bagi menjaga jarak antara motosikal dan kenderaan di hadapan. 

Menariknya, suspensi elektronik KYB juga akan dikawal selia oleh sistem ACC sewaktu diaktifkan dan akan menyelaraskan fork depan mengikut kesesuaian bagi memastikan tahap keselesaan penunggang dan pillion berada di tahap optimum. 

Tidak cukup dengan itu, sistem ACC tersebut juga mempunyai ‘cornering assist’ bagi mengelakkan daripada berlakunya pecutan sewaktu ‘mid-corner’ serta ‘passing assist’ yang membantu pecutan ketika hendak memintas kenderaan lain. 

Pada masa sama, Tracer 9 GT+ 2023 ini juga merupakan model Yamaha pertama yang dilengkapi dengan sistem ‘quickshifter’ generasi ketiga. Quickshifter itu juga boleh diguna pakai sewaktu sistem ACC masih aktif. 

Apa sebenarnya Unified Braking System (UBS)?

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada Tracer 9 GT+ adalah sistem UBS.

Sistem ini hanya akan diaktifkan ketika Brake Control (BC) juga dihidupkan. Sistem UBS ini menawarkan ciri berikut:

  • Brake Assist – diaktifkan sekiranya sistem mengesan bakal berlaku perlanggaran. 
  • Bantuan brek depan/belakang – sistem menyelaraskan tekanan brek depan dan belakang bagi memastikan jentera kekal stabil. 
  • Cornering Brake Control – mengawal tekanan brek depan dan belakang secara serentak sewaktu di selekoh bagi mengelakkan daripada tayar tergelincir. 

Selain daripada itu, Tracer 9 GT+ juga dilengkapi dengan panel meter TFT 7-inci – seperti yang terdapat pada Yamaha TMAX 2022 – yang dilengkapi sistem navigasi Garmin dan boleh dihubungkan kepada telefon pintar.

Untuk rekod, Yamaha Tracer 9 GT+ masih dikuasai enjin 890cc CP3 4-stroke, DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

GALERI: YAMAHA TRACER 9 GT+ 2023

Pengeluar motosikal dari China, CFMOTO bakal merancakkan pameran motosikal EICMA dengan mendedahkan 13 model baharu.

Model tersebut babitkan dua model NK, dua model MT, empat model CL-X, tiga model SR dan sebuah jentera konsep, NK-C22 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, CFMOTO juga akan turut memperkenalkan sebuah motosikal elektrik yang membawa lencana ZEEHO, sebuah syarikat baharu milik CFMOTO. 

Menurut laporan ZEEHO akan memperkenalkan AE6+, AE6 S+, AE8 S+ dan model konsep MAGNET di EICMA. 

Info bagi kesemua model ini hanya akan didedahkan sebaik EICMA membuka tirai pada 8 November ini (esok) di Milan. 

Bukan itu sahaja, CFMOTO akan turut membawa pelumba dan pasukan CFMOTO PruestelGP bagi memeriahkan lagi acara kali ini. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube