Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati telah pun merasmikan jentera Desmosedici 2021 serta mengumumkan Lenovo sebagai penaja utama dalam pelancaran pasukan itu secara atas talian yang berlangsung, malam tadi.

Ducati bakal membuka tirai musim 2021 dengan dua muka baharu, Jack Miller dan Francesco Bagnaia menggantikan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci.

*Jack Miller #43

Bagi musim 2021, jentera GP21 tampil dengan warna merah lebih menonjol berbanding musim lalu dengan winglet turut diwarnakan berbanding musim lalu.

*Pecco Bagnaia #63

Pengeluar motosikal Itali itu akan membariskan enam pelumba musim ini, Miller dan Bagnaia di pasukan factory diikuti Johann Zarco dan Jorge Martin di Pramac serta Luca Marini dan Enea Bastianini di Avintia.

Marini dan Bastianini akan beraksi dengan jentera GP19.

Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengharapkan dua pelumba muda ini mampu menamatkan penantian 13 musim tanpa sebarang kejuaraan dunia.

“Dalam hidup ada masanya anda perlu lakukan perubahan dan saya rasa ini adalah masa paling sesuai untuk melakukannya.

“Kami mempertaruhkan dua pelumba muda yang telah memiliki pengalaman bersama jentera Ducati sebelum ini. Saya percayakan bakat mereka,” jelasnya.

Triumph Motorcycles bakal memperkenalkan barisan model baharu Bonneville 2021 secara atas talian pada 23 Februari ini.

Triumph telah pun memuat naik video ‘teaser’ mengumumkan pelancaran global model Bonneville pada hujung bulan ini.

Berdasarkan video berdurasi 45 saat itu, enam model Bonneville akan diperkenalkan dengan kemas kini rekaan dan ciri baharu bagi 2021.

Setakat ini, tiada sebarang info mahupun khabar angin bahawa sebarang naik taraf mekanikal akan dilaksanakan kecuali enjin yang dijanka mencapai standard Euro 5.

Nantikan pelancaran rasmi pada 23 Februari ini pada jam 12 PM GMT (8 malam waktu Malaysia).

Volvo Car Malaysia (VCM) kini menawarkan waranti pengilang 5 tahun dengan perbatuan tanpa had bagi semua model Volvo yang didaftarkan bermula 1 Januari 2021.

Waranti lima tahun itu merupakan lanjutan dari waranti tiga tahun dengan 100,000 kilometer perbatuan yang ditawarkan sebelum ini.

Kini, pelanggan Volvo di Malaysia boleh menikmati perlindungan lebih baik tanpa sebarang caj.

Disember tahun lalu, VCM telah pun mengumumkan lanjutan waranti sehingga lapan tahun atau 160,000km bagi bateri High Voltage (HV) bagi setiap pembelian Volvo Plug-in Hybrid Vehicle (PHEV).

Bagi maklumat lebih terperinci, hubungi pengedar rasmi Volvo di Malaysia atau ikuti perkembangan VCM di Facebook dan Instagram.

Sempena kejayaan pelumba Suzuki MotoGP, Joan Mir, dalam merangkul kejuaraan dunia musim 2020, Suzuki memperkenalkan Swift Sport Hybrid World Champion Edition.

Aspek paling unik tentang Suzuki Swift ini adalah pemilihan ‘livery’ sama yang diguna pakai pada jentera Suzuki GSX-RR pasukan Suzuki Ecstar musim lalu.

Gabungan warna biru metalik dengan kemasan perak tersebut juga diinspirasikan daripada pasukan Suzuki pertama yang beraksi di kejuaraan dunia pada 1960.

Sementara itu, ruang dalam diwarnai dengan kemasan kuning fluorescent terutamanya di bahagian pintu depan, dan dashboard.

Menariknya, setiap daripada bahagian ini menampilkan tandatangan Joan Mir sendiri.

Suzuki Swift Sport Hybrid World Champion Edition ini didatangkan dengan enjin 1.4 Boosterjet K14D yang dipadangkan dengan Suzuki Hybrid 48V Technology dan menawarkan 129Hp serta 235Nm pada 2,000 dan 3,000rpm.

Menurut Suzuki, Swift edisi khas ini hanya boleh ditempah menerusi laman atas talian Suzuki pada harga EUR20,900 (RM102,400).

Hakikatnya, terdapat banyak motosikal klasik dan lama yang boleh didapati dengan mudah antaranya secara atas talian.

Namun, tak semua menawarkan kondisi terbaik dan hampir pasti kesemua motosikal klasik ini telah pun merekodkan perbatuan yang tinggi.

Bagaimanapun, kes berbeza bagi sebuah motosikal Kawasaki ZX7-R 1996 ini yang masih lagi tidak mencatatkan sebarang perbatuan walaupun selepas 25 tahun!

Motosikal dalam keadaan ‘new old stock’ ini adalah untuk dijual di United Kingdom dan ditawarkan pada harga GBP39,995 (RM224,500)!

Selain berada dalam keadaan serba baharu dan perbatuan kosong, ZX7-RR merupakan keluaran khas edisi ‘homologation’ dengan hanya 500 unit dihasilkan untuk pasaran dunia.

Menurut laporan, motosikal ini pada awalnya dijual di Itali dan merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi pembeli.

Difahamkan, pemilik motosikal ini juga mencari pembeli bagi yang berminat mendapatkan sebuah Ducati 1299 Superleggera serta Yamaha YZF-R7 OW02 (perbatuan kosong) yang dijual pada harga GBP69,995 (RM392,970) serta GBP59,995 (RM336,829).

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, baharu sahaja selesai menjalani pembedahan buang dua plat besi di tangan kanan, minggu lalu.

Senario itu meletakkan Hafizh terpaksa bersaing dengan masa bagi memastikan tangan kanan pulih sepenuhnya menjelang pembukaan tirai Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Losail, Qatar, bulan depan.

Menurut laporan BH, Hafizh menjalani pembedahan buang plat besi tersebut kerana berasa kurang selesa.

Bagaimanapun, dia mendedahakn perlukan masa hampir sebulan untuk pulih sepenuhnya.

“Doktor memberitahu, kalau boleh jangan buat kerja berat seperti latihan yang berat menggunakan tangan,” katanya kepada BH.

Hafizh bakal memulakan kempen musim 2021 bersama pasukan baharu, NTS RW Racing selepas kehilangan tempat di Aspar Team penghujung musim lalu. – BH

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube