Bikesrepublic

Berita Terkini

Dijangkakan lebih 50,000 kereta yang ditenggelami air ekoran banjir besar yang melanda lapan negeri terutamanya di Selangor dan Pahang akan dibiarkan tersadai.

Punca utama senario itu adalah disebabkan pemilik kereta perlu berdepan dengan kos tinggi bagi membaik pulih kenderaan.

Penasihat Teknikal Automotif, Datuk Ir. Mohamad Dalib menjelaskan kos baik pulih tersebut merangkumi enjin, ECU dan pembersihan.

“Jika pemilik mahu menggunakan alat ganti terpakai harga mungkin murah sedikit tetapi masalahnya tiada jaminan.

“Selain itu, pemilik perlu memikirkan kos lain yang berkaitan seperti kos membawa kenderaan ke bengkel dan cucian yang dianggarkan kos RM600 bagi sebuah kenderaan bergantung kepada saiz,” jelasnya.

Selangor antara negeri yang terjejas teruk dengan banjir terutamanya di kawasan Shah Alam, Hulu Langat, Klang, Dengkil dan Sepang diikuti Pahang dengan lebih 30,000 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Setakat ini, beberapa jenama kereta antaranya Honda, Toyota dan Mercedes menawarkan diskaun alat ganti. – Utusan Online

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) menawarkan perkhidmatan servis motosikal secara percuma bagi pemilik yang terkesan dengan banjir besar yang melanda negara ketika ini.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada objektif ‘Kempen Servis Prihatin MODENAS’ yang memfokuskan terhadap usaha membantu membaiki motosikal agar dapat berfungsi semula.

Kempen tersebut berlangsung hari ini sehingga 31 Disember 2021 di dua pusat servis MODENAS berikut:

  • Pusat Servis MODENAS (Sekysen U5 Shah Alam)
  • Pusat Servis MODENAS (Kuantan, Pahang)

Menurut MODENAS, antara perkhidmatan ditawarkan sepanjang kempen tersebut merangkumi:

  • caj upah percuma bagi baik pulih biasa
  • pemeriksaan percuma
  • cuci motosikal percuma
  • diskaun hingga 25 peratus bagi alat ganti (15 peratus bagi skuter)
  • diskaun hingga 70 peratus bagi ‘overhaul’

Orang ramai yang mahu dapatkan maklumat lebih terperinci diminta hubungi MODENAS di 1-800-88-1881 atau WhatsApp di +6019-5708135.

Individu yang terkesan dengan situasi banjir yang melanda negara ketika ini akan menerima penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman sehingga enam bulan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan bantuan tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif bagi meringkan beban rakyat yang terjejas akibat banjir.

“Moratorium (rehat bayaran) enam bulan pertama diberikan ke atas pembayaran ansuran bulanan dan ia terbuka kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara,” jelas Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran pinjaman tersebut babitkan pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi. – BH

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan penggantian dokumen secara percuma bagi orang ramai yang terkesan dengan banjir.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dokumen yang dimaksudkan merangkumi lesen memandu, cukai jalan dan sijil pemilikan kenderaan.

“Segala penggantian dokumen adalah percuma bagi mangsa banjir. Individu yang terkesan hanya perlu membuat laporan polis namun tidak perlu tergesa-gesa melakukannya,” jelas Wee Ka Siong.

Sementara itu, Dr Wee turut menjelaskan bahawa beberapa unit bergerak JPJ akan ditempatkan di beberapa kawasan terjejas bagi memudahkan orang ramai.

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi, telah pun merasmikan pembukaan Vespa Kota Kinabalu di Sabah.

Pusat pameran terbaru itu menawarkan barisan model Vespa serba lengkap yang turut merangkumi pusat servis buat pemilik Vespa di negeri itu.

Menariknya, perasmian Vespa Kota Kinabalu (Stunning Bike) juga menandakan julung kalinya sebuah pusat 3S Vespa dibuka di Sabah.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo, turut mencapaikan ucapan tahniah kepada Stunning BIke kerana sudi membawa jenama Vespa ke Sabah.

“Terima kasih kepada Stunning Bike yang membantu kami mengukuhkan jenama Vespa di negeri Sabah,” jelasnya.

Vespa Kota Kinabalu kini sertai Vespa Kuantan dan Vespa Johor Baharu yang telah pun dilancarkan sebelum ini.

Didi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Vespa Kota Kinabalu merupakan pengedar rasmi Vespa di Sabah yang membawa identiti korporat baharu.

Vespa Kota Kinabalu bertempat di Wisma Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Kategori kapcai 150cc kini bertambah sengit dengan penyertaan model terbaru, WMoto F15.

Pada harga hanya RM5,999 menjadikan WMoto F15 motosikal 150cc yang paling mampu milik dalam pasaran ketika ini.

Model tahun 2022 itu tampil dengan tiga warna menarik – Turquoise, Green dan Dark Blue – dan didatangkan dengan enjin satu silinder 149.2cc SOHC yang menawarkan 10.5hp pada 7,000rpm dan 11Nm pada 8,000rpm.

Meskipun angka kuasa dihasilkan jauh lebih rendah berbanding pesaing lain antaranya Honda RS-X (15.8hp) dan Yamaha Y15ZR (15.4hp) namun F15 menawarkan jarak perjalanan yang lebih baik hasil penggunaan tangki berkapasiti 5.5L.

Menurut WMoto, F15 ini juga sesuai untuk penunggang yang rendah hasil ketinggian tempat duduk hanyalah 720mm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • rim aloi depan dan belakang
  • cakera brek 290mm depan dan 190mm belakang
  • fork depan teleskopik
  • monoshock belakang boleh laras (preload)
  • rim 17-inci depan dan belakang
  • pengecas USB

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube