Bikesrepublic

Berita Terkini

Dulu, stesen minyak hanyalah tempat penghentian bagi mengisi minyak kenderaan dan mungkin mendapatkan beberapa makanan dan minuman sebelum meneruskan perjalanan.

Namun sekarang, ianya lebih dari itu, kini stesen minyak menjadi ‘one stop centre’ yang membolehkan kita mengisi minyak, mengisi perut serta memudahkan umat Islam menunaikan solat lima waktu.

Tak cukup dengan itu, pengalaman di stesen minyak terus berkembang dengan Shell Malaysia selaku peneraju terutamanya menerusi inisiatif terbaru dikenali sebagai Shell Advance MotoCare Express atau SAMCE.

Inisiatif baharu ini membolehkan geng motosikal servis kuda kesayangan masing-masing sementara tunggu kawan yang asyik dengan alasan ‘on the way’ tapi dah sejam belum sampai.

Selain dari tukar minyak hitam dan penapis minyak, pemilik motosikal juga tak perlu buat janji temu, hanya perlu ‘walk-in’ dan nikmati harga berpatutan. Senang kan?

Selain daripada itu, pengguna motosikal juga tak perlu risau tentang isu minyak tiruan, sebabnya hanya minyak Shell Advance yang 100 peratus asli gunakan.

Bukan itu saja, minyak lama pula akan dibuang ke tempat pembuangan yang sah atau ke pusat kitar semula minyak yang telah digunakan. Ingat, pembuangan sisa minyak lama boleh membahayakan alam sekitar dan orang di sekeliling.

Setakat ini, terdapat 26 lokasi SAMCE di seluruh negara namun angka itu akan meningkat bagi mmbolehkan akses lebih mudah kepada orang ramai pada masa akan datang. Sementara itu, semak semua lokasi tersebut di sini: https://www.shell.com.my/motorists/promotions/extra-rewards-motorcyclists.html

Buat masa ini, SAMCE hanya tawar perkhidmatan untuk geng kapcai dan motosikal berkuasa tinggi yang sudah pun tamat waranti, manakala yang masih dalam waranti perlu menghantar motosikal masing-masing ke pusat servis pengeluar yang berkenaan.

Bagi yang hantar motosikal ke SAMCE, tak perlu risau kerana mekanik semuanya berpengalaman dan telah pun menjalani latihan serba lengkap bagi memahami ‘kerenah’ motosikal masing-masing., mekanik semuanya sedia berkhidmat!

Tiba masanya geng kapcai pula merasa servis perkhidmatan terbaik dari mekanik berpengalaman dan terlatih dengan harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut mengenai minyak enjin Shell Advance dan SAMCE, layari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/advance-for-motorcycles.html

Sementara itu, bagi yang menghantar motosikal untuk tujuan servis dan pembelian minyak Shell Advance di SAMCE, anda juga berpeluang untuk menambah mata ganjaran BonusLink!

Hanya perlu beli satu botol Shell Advance di stesen minyak Shell atau SAMCE, kemudian tukar minyak enjin di mana-mana lokasi SAMCE seluruh negara. Kemudian belanja serendah RM10 ketika ketika isi minyak di stesen Shell bagi lengkapkan kelayakan dan nikmati 500 mata ganjaran! (tertakhluk kepada terma dah syarat)

Tak susah pun kan?

Jadi selepas ini, bila ‘member’ tanya nak berjumpa di mana sebelum mulakan aktiviti ‘ride’ di hujung minggu. Rujuk senarai lokasi SAMCE di stesen Shell seluruh negara sebagai panduan.

Bekas prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dalam temu bual bersama Speeedweek, membuat beberapa pendedahan dan pengakuan.

Pertamanya, Razlan – yang kini terajui RNF Racing menggantikan SRT di MotoGP bermula 2022 – mengakui tidak sepatutnya mengambil Valentino Rossi.

“Ramai yang berkata kepada kami bahawa kami tidak mempunyai pilihan selain menandatangani dengan Rossi pada 2021 kerana tekanan daripada Yamaha, tetapi ianya tidak seperti itu.

“Sejujurnya, saya tidak sepatutnya mengambil Rossi.

“Pada awalnya saya masih berasa skeptikal untuk mengambilnya dan sehinggalah Rossi mendapat podium bersama Quartararo dan Vinales di Jerez.

“Ketika itu saya terfikir mungkin dia masih mampu melakukannya,” jelasnya.

Bagaimanapun, jangkaan Razlan meleset apabila Rossi gagal pamer peningkatan di samping terkena jangkitan Covid-19.

“Prestasinya semakin bertambah buruk, tetapi kami sudah terlambat kerana keputusan telah dibuat.

“Saya rasakan Rossi telah meletakkan dirinya didalam tekanan namun pelumba muda yang lain jauh lebih pantas.

“Sebenarnya Rossi mencatat masa yang lebih baik berbanding sebelum ini tetapi ianya masih tidak mencukupi. Dia mahu menang. Hati dan fikirannya sudah bersedia tetapi badannya berkata tidak,” tambah Razlan.

Pada masa sama, Razlan akui seandainya dapat memutarkan masa, dia akan mengambil tawaran kontrak awal Petronas.

“Jika saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan menerima tawaran baharu Petronas pada Jun 2021.

“Tetapi ketika itu saya mahu berunding untuk mendapatkan lebih banyak dana,” jelas Razlan lagi. – Speedweek

Badan sukan permotoran motosikal dunia (FIM) telah memeperkenalkan beberapa peraturan baharu menjelang permulaan musim baharu bagi MotoGP dan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).

Kemas kini peraturan tersebut dilaksanakan berdasarkan apa yang telah berlaku pada musim 2021 apabila pelumba muda Dean Berta Vinales dan Jason Dupasquier maut kemalangan sewaktu bertanding.

Antara peraturan yang telah dikemas kini menyaksikan kelas World Supersport 300 diturunkan kepada 30-pelumba sahaja berbanding 35-pelumba sebelum ini.

Penyertaan ‘wildcard’ juga dihadkan kepada dua sahaja.

Sementara itu, had kelayakan umur bagi penyertaan WorldSSP300 juga dinaikan dari 16 ke 18 tahun namun akan dikuatkuasakan bermula musim 2023.

Keduanya, masa kelayakan perlu berada dalam 105% daripada pelumba terpantas bagi memastikan semua pelumba berada dalam jarak selamat.

Pada masa sama, FIM mewajibkan semua kelas perlumbaan untuk mengenakan pemakaian racing suit dengan fungsi beg udara yang sebelum ini hanya digunakan dalam kelas MotoGP dan WorldSBK.

FIM juga bakal menggubal peraturan dalam kelas Supersport bagi memastikan terdapat keseimbangan kuasa, kapasiti enjin dan berat jentera yang bertanding.

Lebih menarik, FIM juga mahu menubuhkan sistem yang boleh menganalisi helmet pelumba yang telah terlibat kemalangan atau alami kecederaan kepala.

Yamaha telah pun melancarkan WR155R Monster Energy Edition untuk pasaran Indonesia.

Bernadikan enjin 155cc yang sama terdapat pada Yamaha R15, Yamaha telah menala semula enjin WR155R ini dan hasilnya menawarkan 16.5hp pada 10,000rpm dan 14.3Nm @ 6,500rpm.

Yamaha WR155R ini merupakan motosikal ‘dual-sport’ yang dipasarkan khas untuk penunggang baharu.

Meskipun bersesaran 155cc namun WR155R ini menawarkan pelbagai ciri ‘adventure’ dan sesuai untuk tunggangan lasak antaranya ketinggian tempat duduk 888mm.

Jarak kelegaan tanah (ground clearance) 245mm dan jarak antara tayar (wheelbase) 1430mm juga menjadikan WR 155R ini sesuai untuk tunggangan ‘off-road’

Sementara itu, WR155R ini juga didatangkan dengan tangki 8.1L sekaligus menjadikan model ini bukan hanya sesuai untuk melayan ‘off-road’ di hujung minggu malah untuk penggunaan harian.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • rim spoke
  • ABS dwi-saluran
  • fork teleskopik 41mm
  • kerangka jenis semi-double cradle
  • skrin digital LCD
  • cakera brek 240mm depan dan 220mm belakang
  • rim 21″ depan dan 18″ belakang

Untuk makluman, Yamaha WR 155R Monster Energy Edition ini ditawarkan pada harga IDR38.2 juta (RM11,300).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari menafikan dakwaan bahawa harga alat ganti akan naik sehingga 60 peratus.

Baru-baru ini kecoh apabila sesetengah pihak mendakwa harga alat ganti bagi semua kelas kenderaan akan naik sehingga 60 peratus setelah semua sektor ekonomi kembali dibuka sepenuhnya 11 Oktober lalu.

Namun, Madani menjelaskan meskipun perubahan harga yang berpandukan senario semasa boleh berlaku namun pasaran alat ganti di Malaysia tertakluk kepada persaingan oleh pembekal.

“Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih produk yang paling kompetitif di pasaran dan jika terdapat keraguan ataupun tidak berpuas hati boleh mengajukan aduan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah memaklumkan bahawa tiada peningkatan harga bagi alat ganti Proton dan pengeluar kereta nasional itu tidak bercadang untuk menaikan harga.

“Proton juga memantau harga jualan oleh pengedar alat ganti sah. Ketika ini, tiada tanda akan naik harga,” jelasnya. –BH

Royal Enfield merupakan pengeluar motosikal terbaru untuk membuka kilang operasi dan pemasangan di Thailand selepas Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, BMW, Triumph Motorcycles dan Ducati.

Kilang yang terletak di Chachoengsao, Bangkok itu bukan sahaja bakal memasarkan motosikal di Thailand sahaja malah merangkumi seluruh Asia Tenggara.

Pembukaan kilang baharu itu juga menandakan usaha RE untuk terus melipat gandakan usaha perkilangan dan pemasaran motosikal di Asia.

Menariknya, kilang tersebut telah pun beroperasi dengan menghasilkan motosikal bersesaran kecil bersama syarikat Thailand, GPX.

Smeentara itu, Pengarah Eksekutif RE, B. Govindarajan telah pun mengesahkan bahawa kilang tersebut akan memasarkan beberapa model sebagai CKD termasuk Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 serta Himalayan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube