Bikesrepublic

Berita Terkini

Beberapa bulan lalu, ramai yang teruja apabila KTM melancarkan RC 8C edisi terhad.

Bagaimanapun, majoriti peminat jenama itu kecewa apabila KTM memaklumkan bahawa RC 8C adalah jentera yang dikhaskan untuk litar lumba sahaja selain hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia.

Namun, peminat jenama itu boleh bersorak kerana KTM disahkan bakal memperkenalkan RC 8C versi jalan raya menenerusi beberapa foto ‘spy shot’ yang telah dikongsikan media Jerman, motorradonline.de.

Berdasarkan gambar tersebut, jelas versi jalan raya ini tampak mengekalkan ciri yang sama terdapat pada RC 8C kecuali beberapa perkara antaranya penggunaan kerangka dan ‘swingarm’ daripada 890 Duke berbanding kerangka khas (teknologi Moto2 dan Moto3) yang digunakan pada RC 8C.

Radiator juga telah diperbesarkan sesuai bagi sebuah motosikal untuk kegunaan jalan raya.

Sementara itu, bahagian rekaan keseluruhan tampak tak jauh beza dengan RC 8C kecuali bahagian depan yang kini menempatkan lampu LED.

Bagaimanapun, secara keseluruhan sukar untuk membayangkan rupa sebenar model baharu ini termasuk spesifikasi yang akan diguna pakai sehinggalah hari pelancaran nanti yang akan diumumkan kemudian. – Motorradonline.de

Luca Marini dan Marco Bezzecchi telah pun menyempurnakan sesi ujian sulung bagi VR46 Ducati MotoGP di Jerez.

Marini dan Bezzecchi melengkapkan ujian pra-musim di Jerez menggunakan jentera Ducati GP21.

Bagaimanapun, ketika Bezzecchi akan meneruskan saingan musim 2022 nanti menggunakan jentera sama, Marini akan dinaik taraf dengan GP22 terkini.

Namun, meskipun ujian pra-musim telah pun bermula, nama Aramco, yang sebelum ini dikatakan bakal menjadi penaja utama VR46 bermula musim 2022 masih lagi tidak kelihatan.

Nama Aramco selaku penaja utama juga tidak muncul dalam senarai rasmi pasukan yang diumumkan MotoGP, minggu lalu.

Syarikat minyak gergasi Arab Saudi itu sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan media menerusi Tanal Entertainment Sports & Media mengesahkan tajaan yang menjanjikan tajaan berjumlah EUR18 juta namun setakat ini masih tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak VR46 mahupun Aramco.

Apa pun, nantikan pengumuman lanjut dari pihak VR46 sama ada Aramco akan tetap menjadi penaja utama atau ada nama lain yang akan diumumkan.

Sementara itu, ujian pra-musim VR46 akan bersambung di Litar Antarabangsa Sepang pada Februari nanti.

Hakikatnya memang bersepah minyak enjin motosikal dalam pasaran, termasuklah minyak enjin tiruan yang MEMANG memeningkan kepala.

Jadi, untuk memudahkan ‘korang’ semua dan tak payah nak pening kepala, kami dengan berlagaknya rekomen minyak enjin sintetik penuh CASTROL POWER1 ULTIMATE.

Ini lima (sebab) kami rekomen gila-gila CASTROL POWER1 ULTIMATE.

  1. Pecutan Mantap

Setiap kali tukar minyak hitam baharu, mesti ‘korang’ berharap yang kuda kesayangan akan pergi lebih laju sedangkan itu bukan fungsi utama sesebuah minyak enjin.

Tapi lain pula kisahnya bagi CASTROL POWER1 ULTIMATE yang terbukti meningkatkan prestasi enjin berbanding minyak enjin jenama lain berdasarkan ujian yang dijalankan pada enjin Honda CBR300 (pecutan penuh selama 30 saat).

  1. Perlindungan Terbaik

‘Korang’ dah tentunya tahu fungsi utama minyak pelincir adalah melindungi enjin tapi macam-mana kita nak tahu produk mana yang betul-betul buat kerja?

Minyak enjin melindungi permukaan enjin dari geseran antara satu sama lain sekaligus mengurangkan haba dan secara tidak langsung memanjangkan hayat enjin.

Disini CASTROL POWER1 ULTIMATE menawarkan perlindungan 50 peratus lebih baik daripada had industri pada motosikal dan skuter.

  1. Tunggangan Lancar

Dalam pasaran ada banyak jenama yang baik-baik belaka tetapi apa yang paling merisaukan, dah keluar duit beli berbotol-botol tapi keputusan dia tak berapa cemerlang.

‘Korang’ tak payah risau sebab CASTROL POWER1 ULTIMATE memang terbukti menjaminkan genggaman klac yang lancar, justeru meningkatkan tahap kelancaran sewaktu menunggang.

Paling mustahak jangan lupa kenal pasti apa tahap kelikatan yang sesuai sebelum guna. Jangan main bedal!

  1. Jaga Suhu Enjin

Ini antara aspek yang ‘kitorang’ sendiri rasa kagum sebabnya CASTROL POWER1 ULTIMATE dah jalani ujian ketahanan yang ekstrim lebih 12,000km dan hasilnya suhu enjin masih berada di tahap optimum.

Percayalah, perbezaan beberapa darjah boleh bawa perbezaan besar terutamanya dari segi penjimatan minyak dan keselesaan menunggang.

  1. Tahan Lasak

Minyak pelincir berkualiti tak sepatutnya memberi kesan pada prestasi enjin. Jadi pentingnya produk tertentu menawarkan tahap kelikatan dan kelinciran yang efisien.

Tak minat sekadar sembang kosong, CASTROL POWER1 ULTIMATE berjaya mengekalkan 95 peratus prestasi enjin meskipun menempuh lebih 48,000 kilometer sewaktu ujian di litar.

Secara tak langsung membuktikan CASTROL POWER1 ULTIMATE menawarkan tahap ketahanan tertinggi.

Bukan itu saja, ‘rider’ juga akan rasa enjin menghasilkan deruman yang lebih baik walaupun dah catat perbatuan yang tinggi.

Kesimpulan

Selepas baca segala poin penting di atas, mungkin ‘korang’ akan tertanya “berapa pulak kos untuk CASTROL POWER1 ULTIMATE ni?”

Sebelum ini, kami nak ingatkan, apa salahnya berbelanja ekstra untuk dapatkan barang baik untuk motosikal yang ‘korang’ bersusah payah kumpul duit nak beli tu?

Takkan motosikal beli beribu tapi minyak enjin nak sumbat yang harga kedai 2 ringgit?

Kalau ‘korang’ berminat, jangan pula tinjau bengkel motor Castrol Bike Point terdekat atau klik link berikut untuk dapatkan CASTROL POWER1 ULTIMATE dari stor rasmi Castrol Malaysia di Shopee, dijamin 100 peratus original!

CASTROL POWER1 ULTIMATE

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan marshal konvoi motosikal yang didapati telah bertindak seakan polis trafik dan menahan kenderaan awam lain di persimpangan Sua Betong, Port Dickson seperti video yang tular di media sosial, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Shah Mohamed.

Menurut Aidi, rakaman video berdurasi satu minit 10 saat itu jelas memaparkan marshal menahan trafik sewaktu lampu isyarat merah bagi membenarkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa besar untuk meneruskan perjalanan.

“Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta beri kerjasama pada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-647222,” jelasnya.

Jelas Aidi lagi, konvoi tidak mempunyai kuasa untuk bertindak menahan trafik, mengawal, melencong kenderaan awam lain tanpa kehadiran pihak berkuasa. – HM

Pelumba Yamaha, Toprak Razgatlioglu muncul juara dunia Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2021 meskipun menamatkan pusingan akhir di Litar Mandalika di belakang pesaing utama, Jonathan Rea.

Meskipun perlumbaan Race 1 dengan 20-lap itu pada awalnya terganggu dengan hujan namun tempat kedua sudah cukup buat Razgatlioglu mengukuhkan kedudukan mata untuk muncul juara dunia meskipun masih berbaki satu perlumbaan lagi.

Razgatlioglu menjadi pelumba pertama untuk merangkul takhta WorldSBK buat Yamaha sejak Ben Spies melakukannya pada 2009.

Razgatlioglu juga muncul pelumba Turki pertama yang berjaya melakar kejayaan tersebut.

Sementara itu, kejayaan Razgatlioglu juga menyaksikan dia menamatkan dominasi enam tahun berturut-turut Rea di pentas WorldSBK.

“Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya ketika ini.

“Impian saya musim ini sememangnya mahu muncul juara dunia untuk arwah ayah saya jadi hari ini cukup istimewa.

“Pada awalnya saya berasa gerun kerana tayar depan tergelincir beberapa kali. Ini adalah hari yang sangat istimewa buat saya,” jelas Razgatlioglu selepas Race 1 selesai.

Rea mendahului perlumbaan sebaik aksi bermula dengan Razgatlioglu jatuh ke tempat keempat sebelum kembali mengejar dan memintas Garret Gerloff dan Scott Redding untuk mengambil tempat kedua sementara Redding ketiga.

Kejuaraan ini juga bermakna, Razgatlioglu sertai juara dunia MotoGP, Fabio Quartararo yang berjaya menghadiahkan kejuaraan untuk Yamaha dalam musim sama.

FSR Technology kali ini memperkenalkan ShiftBoss 2.0 untuk pasaran tempatan.

ShiftBoss 2.0 ini merupakan sistem ‘quickshifter’ yang membolehkan penunggang menukar gear dengan pantas tanpa perlu menarik klac atau menutup ‘throttle’.

Menariknya, ShiftBoss 2.0 ini bukan sahaja boleh digunakan dengan ECU TuneBoss generasi kedua yang dilancarkan baru-baru ini malah boleh diselaraskan bersama TuneBoss generasi pertama.

ShiftBoss 2.0 ini membolehkan pemilik motosikal bersesaran 250cc ke bawah termasuk kapcai merasai fungsi yang sebelum ini hanya popular dikalangan motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali, hasil pembangunan lebih 2 tahun, ShiftBoss 2.0 menawarkan tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi berbanding versi terdahulu.

“Sehingga hari ini, terdapat lebih dari 30,000 pengguna ECU TuneBoss sejak ia dilancarkan tujuh tahun yang lalu pada 30 Oktober 2014.

“Setakat ini, hanya sekitar 10% yang telah memasang modul quickshifter, ini mungkin disebabkan oleh kerana ShiftBoss versi lama hanya direka untuk dua model sahaja.

“Sekarang, selain dari dua model itu, iaitu Yamaha FZ150i dan Y15ZR, ShiftBoss 2.0 juga sesuai untuk model-model lain seperti R25, R15, MT-15, Y16 dan Honda RS150R,” jelasnya.

Pada masa sama, Farhan menjelaskan ShiftBoss 2.0 kali ini juga sangat mampu milik dan unik.

“Untuk sistem ShiftBoss 1.0, kami tidak menyedari bahawa betapa uniknya sistem itu, oleh itu kami tidak memohon perlindungan harta intelek (IP). Untuk ShiftBoss 2.0, kami telah belajar dari pengalaman. Kami tahu sistem kami unik dan inovatif dan kami telah mengambil langkah untuk memastikan IP kami dilindungi,” tambahnya.

ShiftBoss 2.0 ditawarkan pada harga RM250 namun pengguna ShiftBoss lama boleh menaik taraf ke versi baharu itu dengan kos RM100 sahaja.

Perlu diingatkan bahawa ShiftBoss 2.0 hanya boleh dipadankan bersama motosikal yang menggunakan ECU TuneBoss generasi pertama dan kedua sahaja.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube