Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan, Shell Malaysia kini menawarkan baucar RM5 bagi kutipan 200 mata BonusLink yang dikutip di setiap stesen minyak Shell seluruh negara.

Ganjaran menarik itu ditawarkan sekali sahaja kepada setiap pengguna jalan raya dari November hingga Disember 2021 bersempena kempen ‘Every Little Point Counts’.

Pelanggan hanya perlu membuat sebarang transaksi pembelian di stesen Shell seluruh negara untuk mengutip mata BonusLink.

Setelah mengumpul 200 mata BonusLink, baucar RM5 akan dihantar kepada aplikasi BLINK atau emel yang telah mendaftar BonusLink.

Setiap baucar yang diterima boleh terus ditebus di stesen Shell seluruh negara.

Sementara itu, bagi yang belum memiliki BonusLink boleh mendaftar di mana-mana stesen Shell atau muat turun aplikasi BLINK di Apple App Store atau Google Play Store.

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan sudah ada beberapa pihak yang membuat tempahan di Ducati Malaysia meskipun masih belum ada tarikh pelancaran model itu di sini.

Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada V4 sebelum ini, pelanggan mungkin perlu menunggu hampir setahun sebelum ketibaan Multistrada V4 Pikes Peak tersebut.

Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa peminat jenama Ducati di Malaysia semakin kukuh saban tahun sehinggakan ada yang sanggup membuat tempahan walaupun harga dan tarikh pelancaran belum diketahui.

Ini juga mencerminkan tahap kepercayaan yang diberikan pada Ducati Malaysia dalam memenuhi kehendak pelanggan sebaik mungkin.

Maka tak hairanlah pihak Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang (Best Marketing Team dan Best Commercial After Sales) di rantau Asia baru-baru ini.

Sementara itu, orang ramai boleh tinjau dengan lebih dekat Ducati Multistrada V4 dan V4 S yang telah pun dilancarkan di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM136 ribu hingga RM147 ribu.

Kawasaki Versys 650 merupakan motosikal ‘sport-tourer’ paling popular sejak diperkenalkan pada 2007 dengan generasi pertama berjalan sehingga 2014.

Pengeluar motosikal Jepun itu kemudian mengemaskini Versys 650 untuk tahun 2015 dan mengekalkan sebahagian besar reka bentuk dan spesifikasi sehingga kini.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendedahkan Versys 650 itu bakal dinaik taraf secara besar-besaran untuk tahun 2022 sepertimana yang disahkan dokumen terbaru difailkan di Kesatuan Eropah.

Laman sesawang Kawasaki Amerika Syarikat juga mendedahkan tiga model baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi, dengan model di tengah seakan merujuk kepada Versys 650 berdasarkan reka bentuk rim depan yang sama dengan sedia ada.

Pada masa sama, dokumen yang difailkan di Eropah juga mendedahkan spesifikasi model baharu tersebut.

Bahagian enjin kekal bernadikan platform parallel-twin yang menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Chasis sama turut dikekalkan bagi model 2022 berdasarkan dimensi jarak antara tayar, panjang dan kelebaran jentera.

Namun, ukuran ketinggian adalah lebih rendah dengan 53.5″ berbanding 55.1″ pada model sebelumnya (dengan penghadang angin berada pada tetapan reendah).

Sementara itu, rekaan keseluruhan dijangka mengikut acuan sama seperti Versys 1000 yang diperkenalkan pada 2019.

Versys 650 akan datang itu juga dijangka akan dilengkapi skrin TFT dengan keterhubungan Bluetooth yang dibawa dari Ninja 650.

Apa pun nantikan pelancaran tiga model baharu itu termasuk Versys 650 pada 23 November ini.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya mendeahkan generasi baharu MT-09 setahun selepas model itu diperkenalkan secara global tahun lalu.

Jika dibandingkan dengan generasi kedua MT-09, generasi ketiga ini jelas tampil dengan rekaan serba baharu bagi tahun 2021.

Yamaha MT-09 2021 kini didatangkan dengan enjin (lebih besar berbanding model sebelumnya) tiga silinder 890cc yang kini menjana 117hp dan 93Nm.

Enjin serba baharu ini merupakan langkah kedepan Yamaha dalam mematuhi emisi Euro5 yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Meskipun sesaran lebih besar, namun enjin ini lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Sistem transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper yang dikelilingi kerangka Deltabox di samping subframe baharu.

Malah, swingarm juga lebih ringan dengan penggunaan bahan jenis aluminium lantas menyaksikan Yamaha MT-09 2021 ini hanya seberat 189 kilogram.

Sistem membrek hadir menerusi kaliper Nissin dan cakera brek 298mm di bahagian depan dan radial master cylinders dengan fork depan KYB dan penyerap hentakan belakang boleh laras (preload dan rebound).

Lebih menarik, Yamaha turut melengkapkan MT-09 2021 dengan unit IMU enam-axis yang menawarkan ean-angle sensitive traction control, slide control, cornering ABS, rear-lift mitigation seperti yang terdapat pada YZF-R1.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • paparan TFT 3.5 inci
  • quickshifter dengan auto-blipper
  • lampu depan LED dengan DRL

Benelli telah pun berkongsi ‘teaser’ TRK 800 serba baharu menjelang EICMA 2021 yang akan berlangsung di Milan, Itali, bulan ini.

TRK 800 tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa dalam usaha meneruskan kecemerlangan model TRK 502 sebelum ini telah mendominasi pasaran di Itali bagi tahun 2021.

Kemunculan TRK 800 sememangnya sudah dijangka apabila pemilik syarikat, QJ Motor telah pun mendedahkan model ADV tersendiri yang mengguna pakai enjin sama pada Leoncino 800.

Bagaimanapun, Benelli membuat keputusan untuk menghasilkan rekaan tersendiri berdasarkan video ‘teaser’ yang dimuat naik ke laman sosial syarikat itu.

Sekiranya TRK 800 menggunakan enjin sama pada Leoncino 800 maka dijangka motosikal ADV terbaru itu akan menawarkan sekitar 80hp dan 67Nm, seangkatan dengan Moto Guzzi V85TT (80hp) dan Yamaha Tracer 7 GT (72.4hp).

Benelli dijangka mempersembahkan TRK 800 secara rasmi di EICMA pada 25 hingga 28 November ini.

Hafizh Syahrin telah pun disahkan meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto2 musim depan selepas semusim bersama pasukan NTS RW Racing.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Hafizh dilaporkan bakal sertai Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama pasukan MIE Racing Honda Team.

Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun, menurut laporan Two Wheels, kedua-dua belah telah pun mengadakan perbincangan awal.

Bagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang persetujuan dicapai kerana perbincangan membabitkan beberapa pihak termasuk Honda, MIE Racing dan Hafizh sendiri.

MIE Racing Honda Team merupakan pasukan projek HRC hasil kerjasama Honda dan Althea Racing yang telah ditubuhkan pada 2019 dan bergerak sepenuhnya sebagai pasukan satelit pada musim 2020. – Two Wheels

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube