Bikesrepublic

Berita Terkini

Pasukan MIE Racing Honda Team dengan rasminya mengumumkan Hafizh Syahrin sebagai pelumba pasukan itu bagi menghadapai saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2022.

Hafizh bakal digandingkan bersama Leandro ‘Tati’ Mercado, yang turut diumumkan sebagai pelumba rasmi musim depan selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan musim ini.

*Leandro ‘Tati’ Mercado

Pelumba negara itu bakal memulakan karier baharu selepas disahkan akan meninggalkan pentas Moto2 bersama NTS RW Racing hujung musim ini.

Pada masa sama, MIE Racing Honda Team turut mengesahkan bahawa Hafizh dan Mercado bakal beraksi dengan jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan terutamanya Midori Moriwaki dan Honda atas kepercayaan mereka ke atas saya.

“Saya yakin kami mampu bekerjasama dan menghasilkan keputusan yang baik. Saya akan berikan yang terbaik,” jelas Hafizh dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan MIE Racing Honda Team.

Pada masa sama, pelumba berusia 27 tahun itu juga tidak sabar memulakan cabaran baharu di pentas WorldSBK.

“Ini adalah cabaran baharu buat saya tetapi saya tak sabar untuk mulakannya! Saya mahu berterima kasih kepada penaja, ahli keluarga, sahabat dan peminat atas sokongan berterusan mereka.

Terima kasih semua,” tambah Hafizh.

Pengalaman luas Hafizh terutamanya selepas menghabiskan dua musim di MotoGP dan enam musim di Moto2 dilihat sebagai aspek penting dalam membantu cabaran pasukan satelit Honda itu di WorldSBK musim depan.

Secara peribadi, Ducati Streetfighter V4 merupakan jentera ‘hypernaked’ yang cukup berkuasa bukan sahaja di litar lumba malah di jalan raya.

Bernadikan kuasa 205hp hasil daripada enjin Panigale V4 sudah cukup membuatkan leher rasa nak tercabut sebaik kelajuan mencecah 180km/j.

Bagaimanapun, kilang Borgo Panigale berpendapat Streetfighter V4 wajar diberikan layanan yang lebih istimewa dan daripada itu maka terhasilah Ducati Streetfighter V4 SP.

Menurut Ducati, Streetfighter V4 SP merupakan jentera naked yang paling berkuasa pernah dihasilkan dalam sejarah syarikat Itali itu.

Hasil penggunaan komponen yang lebih teknikal dan ringan antaranya rim karbon, Streetfighter V4 SP ini 3 kilogram lebih ringan berbanding V4 S.

Jentera baharu ini juga dilengkapi sistem Öhlins Smart EC 2.0 yang berkeupayaan mengubah tahap redaman mengikut gaya tunggangan penunggang.

Namun, aspek paling menarik perhatian adalah engine V4 1,103cc Desmosedici Stradele itu kini menghasilkan 208hp dan 123Nm pada 9,500rpm berbanding 205hp yang ditawarkan pada Streetfighter V4 standard.

Ducati World Premier 2022 menyaksikan sebuah lagi model baharu dilancarkan, Ducati Streetfighter V2.

Seperti Streetfighter V4 yang merupakan versi ‘naked’ daripada Panigale V4, Streetfighter V2 juga lahir daripada Panigale V2 yang telah dibuang ‘fairing’.

Hasilnya, Ducati Streetfighter V2 kekal membawa enjin Superquadro 955cc yang menawarkan 153hp dan 102Nm.

Bagaimanapun, berbanding Panigale V2 yang menawarkan ergonomik lebih agresif, Streetfighter V2 lebih mesra untuk kegunaan di jalan raya dan sebagai jentera harian hasil bantuan tempat duduk yang lebih menegak.

Ducati Streetfighter V2 ini juga dilengkapi dengan ‘single-sided swingarm’ yang lebih panjang, fork depan Showa Big Piston boleh laras, penyerap hentakan belakang Sachs (boleh laras) dan steering damper Sachs.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan brek kaliper radial Brembo M4-32 monoblock yang dipadankan bersama cakera brek 320mm.

Walaupun tampil sebagai versi lebih ‘jinak’ berbanding Streetfighter V4, varian V2 ini masih lagi didatangkan dengan pakej eletronik serba lengkap antaranya:

  • ABS Cornering EVO with ‘slide by brake’ function
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVP
  • Ducati Quick Shift (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • three riding modes (Sport, Road, Wet)

Mengekalkan acuan rekaan sama seperti Streetfighter V4, model V2 ini juga didatangkan dengan lampu LED penuh bersama fungsi ‘daytime running light’ (DRL) serta paparan skrin TFT 4.3″.

Bagaimanapun, Streetfighter V2 tidak didatangkan dengan komponen biplane wings (winglet) seperti versi V4 namun ditawarkan sebagai komponen tambahan bagi yang berminat.

Winglet tersebut membantu menghasilkan ‘downforce’ lebih 28kg pada kelajuan 265km/j.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun melancarkan skuter utiliti terbaru menerusi Yamaha Ego Gear yang boleh didapati dengan harga RM5,419.62 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Menurut HLYM, Yamaha Ego Gear menawarkan tunggangan yang senyap dan lancar hasil penggunaan enjin 125cc BlueCore dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG).

Yamaha Ego Gear itu juga menawarkan penjimatan minyak terbaik menerusi fungsi Start Stop terutamanya sewaktu tunggangan harian.

Kombinasi lampu LED juga mewujudkan rupa bentuk yang lebih moden di samping menawarkan pencahayaan terbaik sepanjang masa.

Bahagian meter juga mendapat pencahayaan yang baik sekaligus membantu menyampaikan info kelajuan di sebelah malam.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • soket pengecas elektrik mudah akses
  • lampu kecemasan
  • lantai anti-slip

Menurut HLYM, Yamaha Ego Gear ini tampil dengan tiga pilihan warna menarik, Silver, Red dan Blue.

Sempena kebenaran rentas negeri yang diumumkan kerajaan, Shell Malaysia kini menawarkan baucar RM5 bagi kutipan 200 mata BonusLink yang dikutip di setiap stesen minyak Shell seluruh negara.

Ganjaran menarik itu ditawarkan sekali sahaja kepada setiap pengguna jalan raya dari November hingga Disember 2021 bersempena kempen ‘Every Little Point Counts’.

Pelanggan hanya perlu membuat sebarang transaksi pembelian di stesen Shell seluruh negara untuk mengutip mata BonusLink.

Setelah mengumpul 200 mata BonusLink, baucar RM5 akan dihantar kepada aplikasi BLINK atau emel yang telah mendaftar BonusLink.

Setiap baucar yang diterima boleh terus ditebus di stesen Shell seluruh negara.

Sementara itu, bagi yang belum memiliki BonusLink boleh mendaftar di mana-mana stesen Shell atau muat turun aplikasi BLINK di Apple App Store atau Google Play Store.

Ducati baru sahaja memperkenalkan Ducati Multistrada V4 Pikes Peak menerusi episod tiga Ducati World Premier 2022 beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan sudah ada beberapa pihak yang membuat tempahan di Ducati Malaysia meskipun masih belum ada tarikh pelancaran model itu di sini.

Bukan itu sahaja, berdasarkan jarak pelancaran global dan tempatan Ducati Multistrada V4 sebelum ini, pelanggan mungkin perlu menunggu hampir setahun sebelum ketibaan Multistrada V4 Pikes Peak tersebut.

Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa peminat jenama Ducati di Malaysia semakin kukuh saban tahun sehinggakan ada yang sanggup membuat tempahan walaupun harga dan tarikh pelancaran belum diketahui.

Ini juga mencerminkan tahap kepercayaan yang diberikan pada Ducati Malaysia dalam memenuhi kehendak pelanggan sebaik mungkin.

Maka tak hairanlah pihak Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang (Best Marketing Team dan Best Commercial After Sales) di rantau Asia baru-baru ini.

Sementara itu, orang ramai boleh tinjau dengan lebih dekat Ducati Multistrada V4 dan V4 S yang telah pun dilancarkan di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM136 ribu hingga RM147 ribu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube