Bikesrepublic

Berita Terkini

Kumpulan media tempatan telah dijemput bagi menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah pada Selasa bagi menyaksikan sendiri proses pemasangan model Kawasaki 250cc.

Dua model tersebut merupakan Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS.

Ketiga-tiga model ini akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan mula diserahkan kepada pengedar sekitar hujung bulan Julai ini.

MODENAS Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS merupakan antara beberapa model CKD (bawah 650cc) yang akan dipasang di Gurun dan akan dijenamakan semula sebagai MODENAS sebelum dijual di pasaran tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, pemasangan Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS melibatkan satu ‘assembly line’ dan pengeluaran dijangka mencapai antara 200 hingga 300 unit sebulan (untuk satu syif).

Selain daripada ketiga-tiga model ini, MODENAS juga akan memasang dan menjenamakan semula beberapa model 650cc yang akan dipasarkan disini.

Menariknya, model 650cc pertama yang akan dipasarkan bermula tahun ini (2022) adalah MODENAS Vulcan S 650.

Vulcan S 650 digerakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 60 hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm.

Umum sedia maklum bahawa MODENAS telah pun dilantik selaku pengedar rasmi jenama motosikal Kawasaki di Malaysia.

Ini bermakna terdapat beberapa model CBU (complete built unit) Kawasaki yang akan dipasarkan di Malaysia menerusi MODENAS.

Ketika pertemuan dengan wakil MODENAS di Gurun, Kedah, pada Selasa, Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi mengesahkan model CBU yang akan dibawa masuk tahun ini untuk pasaran negara babitkan Ninja ZX-10R, Versys 100 0 SE, Z900RS dan Ninja 1000 SX.

Keempat-empat model ini akan menjadi kumpulan CBU pertama yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Sementara itu, model CBU lain seperti ZX-6R dijadualkan akan dilancarkan tahun depan.

Satu lagi pengumuman menarik daripada pihak MODENAS adalah mengenai model dua silinder 650cc.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, MODENAS akan turut memasang beberapa model 650cc secara pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, ketika ditemui di Gurun, Kedah mengesahkan bahawa antara model yang akan dipasang di sini babitkan Versys 650, Ninja 650 dan Z650.

*Kawasaki Vulcan S 650 2022

Menariknya, MODENAS akan memperkenalkan model 650cc seawal hujung tahun ini menerusi model Vulcan S 650.

Vulcan S 650 tersebut akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan dipasarkan pada penghujung 2022.

Vulcan S 650 digerakan enjin parallel-twin 649cc yang menawarkan 60 hp pada 7,500rpm dan 63Nm pada 6,600rpm.

Sementara itu, berita baik bagi kaki ‘touring’, MODENAS juga akan menjenamakan semula model ‘sport tourer’ popular, Versys 650 dengan Roslan mengesahkan bahawa model tersebut akan dilancarkan tahun depan.

MODENAS Versys 650 itu akan berlandaskan model Kawasaki Versys 650 terkini yang tampil dengan naik taraf terbaru antaranya skrin TFT dan fungsi ‘traction control’.

Seperti Vulcan S, Versys 650 juga dikuasakan enjin parallel-twin 649cc dan menawarkan 65.7hp pada 8,500rpm dan 61Nm pada 7,000rpm.

Edaran Modenas (EMOS) akan melancarkan tiga model 250cc tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan ketika ditemui di kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah, hari ini.

Sewaktu pertemuan tersebut, Roslan dengan suka cita memaklumkan bahawa model Kawasaki yang akan dilancarkan itu babitkan Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS.

Ini sekaligus menyaksikan Ninja 250 SL (satu silinder) tiada dalam perancangan MODENAS.

Ketiga-tiga model itu juga akan dijenamakan semula sebagai MODENAS dan akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Menurut Roslan lagi, ketika ini pihak MODENAS sedang mempersiapkan stok sebelum menyerahkan kepada pengedar pada Julai ini selaras dengan pelancaran yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Jemputan media juga dibawa menyaksikan model 250cc dengan lebih dekat sewaktu lawatan ke kilang Modenas dan berdasarkan pengamatan, Ninja 250 ABS akan ditawarkan dalam warna hitam sementara Z250 ABS tampil dengan gabungan warna merah hitam.

Ketiga-tiga varian ini juga menampilkan enjin dua silinder 250cc yang mematuhi piawaian Euro4.

Pengedar baharu jenama motosikal Kawasaki di Malaysia, Edaran Modenas (EMOS) telah mengesahkan bahawa model ZX-25R akan memasuki pasaran Malaysia tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS, Roslan Roskan dalam satu pertemuan di kilang MODENAS, Gurun, Kedah, hari ini.

Pengesahan itu sekaligus menyaksikan Malaysia akan sertai Indonesia, Thailand, Filipina serta Vietnam yang akan menawarkan model unik itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ditanya sama ada model tersebut akan dipasang di Malaysia, Roslan menjelaskan model itu sah masuk Malaysia namun sama ada secara pemasangan tempatan (CKD) atau CBU masih lagi dalam perbincangan bersama Kawasaki.

Kawasaki ZX-25R dikuasakan enjin 249.8cc 4-inline DOHC yang menawarkan 50hp pada 15,500rpm (51hp dengan Ram Air) dan 22.9Nm pada 14,500rpm dengan nisbah mampatan (compression ratio) 11.5:1.

Sepuluh lagi jalan raya sekitar Kuala Lumpur mungkin akan dikenakan had laju 30km/j.

Perkara itu diketengahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Meskipun ketika ini lokasi 10 jalan tersebut masih belum dikenal pasti namun pengerusi baharu MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon berharap jalan raya yang akan dikenakan had laju 30km/j tersebut akan memfokuskan kawasan yang mempunyai kepadatan pejalan kaki yang tinggi.

Di samping itu, lokasi yang akan dipilih juga akan mengambil kira rekod kemalangan babitkan pengguna jalan raya yang terdedah termasuk aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

“Dibawah cadangan terbaru, beberapa jalan raya dengan had laju 40km/j akan diturunkan kepada 30km/j sementara jalan raya dengan had laju 60km/j akan diturunkan kepada 50km/j,” ujar Prof Wong.

Jelas Wong lagi, dengan menurunkan had laju sesetengah kawasan, kebarangkalian kemalangan maut atau kecederaan boleh dikurangkan.

“Orang ramai sentiasa terkejar-kejar untuk kesana sini.

“Jika mereka boleh memperlahankan kenderaan, kemalangan boleh dielak.

“Dengan mengurus had laju, kita boleh mengurangkan angka kemalangan,” tambahnya.

Sementara itu, pakar pengangkutan, Goh Bok Yen berkata aspek keselamatan tidak boleh dicapai dengan hanya memperkenalkan had kelajuan kenderaan.

“Sudah tiba masanya DBKL menjadikan jalan di bandar lebih mesra pengguna bagi kenderaan bukan bermotor seperti basikal dan pejalan kaki.

“Mencapai keseimbangan perkongsian jalan raya di antara kenderaan dan pejalan kaki juga amat penting di kawasan pusat perniagaan,” katanya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube