Bikesrepublic

Berita Terkini

Selain daripada mendedahkan Lucky Explorer 5.5 (KLIK SINI untuk bacaan lanjut), MV Agusta turut memperkenalkan sebuah lagi motosikal ‘adventure’ menerusi Lucky Explorer 9.5.

Berbanding Lucky Explorer 5.5 yang bernadikan enjin parallel-twin 550cc, Lucky Explorer 9.5 pula dihidupakn enjin 931cc 3-silinder yang berupaya menghasilkan 123hp pada 10,000prm dan 102Nm pada 7,500rpm.

Menurut MV Agusta, enjin 931cc tersebut diambil daripada enjin 800cc 3-silinder yang terdapat pada Brutale 800, Dragster 800 dan Turismo Veloce namun dengan bore dan stroke yang telah diperbesarkan.

Selain daripada dilengkapi skrin TFT 7″, Lucky Explorer 9.5 ini juga datang dengan dua jenis transmisi klac automatik Rekluse dan transmisi separa-automatik elektronik yang menyamai transmisi DCT pada Honda CRF1100L Africa Twin.

Selain itu, model ADV ini juga didatangkan dengan swingarm aluminium, tayar 21″ depan dan 18″ belakang serta jarak antara tayar 1,580mm.

Sementara itu, maklumat lebih terperinci mengenai model prototaip ini akan diumumkan kemudian pada hari pelancaran yang dikatan akan berlaku tidak lama lagi.

MV Agusta memulakan langkah pertama di EICMA 2021 dengan memperkenalkan motosikal ‘adventure’, Lucky Explorer 5.5.

Meskipun masih dalam peringkat prototaip namun laporan media antarabangsa mendakwa bahawa motosikal ini akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai model 2022.

Menariknya, Lucky Explorer 5.5 merupakan projek motosikal yang dibangunkan MV Agusta dengan kerjasama Qianjiang, yang merupakan syarikat pemilik jenama Benelli dan QJ Motor di China.

Hasilnya, Lucky Explorer 5.5 ini digerakkan enjin 550cc parallel-twin yang diambil daripada Benelli TRK 502 namun MV Agusta telah membesarkan bore dan stroke kepada 70.5mm x 71mm dari 69mm x 66.8mm.

Meskipun bernadikan enjin dan kerangka yang sama dari TRK 502 namun rekaan keseluruhan Lucky Explorer 5.5 lebih menarik di samping disertakan spesifikasi lebih tinggi antaranya kaliper brek Brembo.

Buat masa ini tiada pengumuman rasmi bila model ini akan dipasarkan namun pihak MV Agusta menjelaskan model ini sudah pun hampir peringkat pengeluaran dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Yamaha telah pun mengemas kini YZF-R6 untuk tahun 2022 dengan dua varian baharu R6 Race dan R6 GYTR dengan kedua-duanya adalah jentera khas untuk litar lumba sahaja.

Yamaha R6 Race merupakan jentera litar lumba yang diinspirasikan daripada generasi R6 terdahulu.

Bagaimanapun, Yamaha telah membuang segala aspek yang menjadikan R6 sebagai jentera ‘road-legal’ antaranya lampu depan, cermin sisi dan pemegang nombor plat bagi menghasilkan jentera litar lumba.

Selain daripada datang dengan satu pilihan warna sahaja (hitam) namun R6 Race ini masih lagi mengekalkan spesifikasi sama seperti R6 ‘road-legal’terdahulu antaranya suspensi KYB, kaliper brek 4-pot depan dengan cakera brek 320mm dan pakej elektronik.

Sementara itu, Yamaha R6 GYTR merupakan versi yang lebih tinggi bagi tahun 2022.

R6 GYTR ini didatangkan serba lengkap dengan segala aksesori tambahan daripada GYTR dan Yamaha.

Selain daripada dilengkapi dengan ECU perlumbaan superstock, R6 GYTR ini didatangkan dengan ciri berikut:

  • cowling set
  • wire harness
  • interface cable
  • on/off switch
  • AIS plug set
  • ABS emulator
  • keyless fuel cap
  • seat cushion
  • adjustable race rear set
  • ECU set
  • ekzos full system Akrapovic

Polis Port Dickson telah menahan dua lelaki menjadi marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang bertindak menahan aliran trafik di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Menurutnya kedua-dua lelaki tersebut yang berusia 26 dan 27 tahun itu bekerjasa sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

Penahanan tersebut turut menyaksikan polis merampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Z800 serta set pakaian yang diguna pakai seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.

Difahamkan, pihak polis masih memburu empat lagi individu lain yang turut dikesan bertindak sebagai marshal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” jelas Aidi.

Baru-baru ini tular rakaman berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan konvoi motosikal berkuasa tinggi telah bertindak mengawal aliran trafik dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat bagi membenarkan konvoi tersebut berjalan. – HM

Beberapa bulan lalu, ramai yang teruja apabila KTM melancarkan RC 8C edisi terhad.

Bagaimanapun, majoriti peminat jenama itu kecewa apabila KTM memaklumkan bahawa RC 8C adalah jentera yang dikhaskan untuk litar lumba sahaja selain hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia.

Namun, peminat jenama itu boleh bersorak kerana KTM disahkan bakal memperkenalkan RC 8C versi jalan raya menenerusi beberapa foto ‘spy shot’ yang telah dikongsikan media Jerman, motorradonline.de.

Berdasarkan gambar tersebut, jelas versi jalan raya ini tampak mengekalkan ciri yang sama terdapat pada RC 8C kecuali beberapa perkara antaranya penggunaan kerangka dan ‘swingarm’ daripada 890 Duke berbanding kerangka khas (teknologi Moto2 dan Moto3) yang digunakan pada RC 8C.

Radiator juga telah diperbesarkan sesuai bagi sebuah motosikal untuk kegunaan jalan raya.

Sementara itu, bahagian rekaan keseluruhan tampak tak jauh beza dengan RC 8C kecuali bahagian depan yang kini menempatkan lampu LED.

Bagaimanapun, secara keseluruhan sukar untuk membayangkan rupa sebenar model baharu ini termasuk spesifikasi yang akan diguna pakai sehinggalah hari pelancaran nanti yang akan diumumkan kemudian. – Motorradonline.de

Luca Marini dan Marco Bezzecchi telah pun menyempurnakan sesi ujian sulung bagi VR46 Ducati MotoGP di Jerez.

Marini dan Bezzecchi melengkapkan ujian pra-musim di Jerez menggunakan jentera Ducati GP21.

Bagaimanapun, ketika Bezzecchi akan meneruskan saingan musim 2022 nanti menggunakan jentera sama, Marini akan dinaik taraf dengan GP22 terkini.

Namun, meskipun ujian pra-musim telah pun bermula, nama Aramco, yang sebelum ini dikatakan bakal menjadi penaja utama VR46 bermula musim 2022 masih lagi tidak kelihatan.

Nama Aramco selaku penaja utama juga tidak muncul dalam senarai rasmi pasukan yang diumumkan MotoGP, minggu lalu.

Syarikat minyak gergasi Arab Saudi itu sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan media menerusi Tanal Entertainment Sports & Media mengesahkan tajaan yang menjanjikan tajaan berjumlah EUR18 juta namun setakat ini masih tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak VR46 mahupun Aramco.

Apa pun, nantikan pengumuman lanjut dari pihak VR46 sama ada Aramco akan tetap menjadi penaja utama atau ada nama lain yang akan diumumkan.

Sementara itu, ujian pra-musim VR46 akan bersambung di Litar Antarabangsa Sepang pada Februari nanti.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube