Bikesrepublic

Berita Terkini

Remy Gardner telah pun diangkat sebagai juara dunia Moto2 bagi musim 2021 dengan kelebihan empat mata dihadapan rakan sepasukan, Raul Fernandez.

Bagaimanapun, ketika pusingan akhir di Valencia menyaksikan Gardner disahkan sebagai juara, Fernandez mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu pihak media bahawa Gardner mendapat bantuan istimewa daripada KTM Ajo Moto2 untuk muncul juara.

Gardner kemudiannya menyelar kenyataan rakan sepasukannya itu selepas kedua-duanya selesai menjalani sesi ujian bersama pasukan Tech3 KTM di Jerez.

“Siapa juara sebenarnya?

“Dia boleh bercakap apa yang dia nak tetapi saya rasa pasukan (KTM Ajo) telah memberikan peluang sama rata kepada kami dan pelumba yang lebih baik telah muncul juara.

“Pada saya kenyataan itu langsung tidak berasas,” bidas Gardner.

Namun, Fernandez dalam kenyataan balas menjelaskan bahawa kenyataannya telah disalah erti.

Gardner dan Fernandez sekali lagi disatukan di MotoGP bersama Tech3 KTM menggantikan Danilo Petrucci dan Iker Lecuona bagi mengharungi saingan MotoGP musim 2022.

Seorang anggota polis telah dikenakan tindakan saman apabila didapati menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak selepas tular video rakaman menerusi aplikasi Tik Tok yang dimuat naik akaun @haikaliskandar.

“Kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap anggota terbabit dengan mengeluarkan saman trafik bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan ditetapkan,” jelasnya.

Difahamkan, anggota polis dari Balai Polis Ampang itu sedang melakukan rondaan sewaktu dirakam melakukan kesalahan tersebut.

Perodua akhirnya melancarkan Myvi baharu selepas beberapa minggu pelbagai teaser dikongsikan.

Menariknya, Perodua telah menerima lebih 4,303 unit tempahan dalam tempoh sembilan hari setakat ini dengan angka tersebut dijangka naik selepas pelancaran.

Perodua juga menjangkakan akan menerima lebih 6,000 unit tempahans setiap bulan.

Menurut Perodua, Mvyi baharu ini telah menelan belanja lebih RM50 juta untuk pembangunan.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi baharu,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Myvi baharu tampil dengan lima varian berserta harga seperti berikut:

  • 1.5L AV – RM58,800
  • 1.5L H – RM53,900
  • 1.5L X – RM49,900
  • 1.3L G – RM47,700
  • 1.3L G (Basic) – RM45,700

Antara naik taraf terbesar adalah pengenalan sistem Perodua Smart Drive Assit (PSDA) yang sekaligus meningkatkan tahap keselamatan pemandu.

PSDA ini merangkumi Advance Safety Assist versi 3.0, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist (LKS), Blind Spot Monitoring System (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang tersedia dalam semua varian kecuali 1.3L G (Basic).

Bukan itu sahaja, semua varian Myvi kini didatangkan dengan transmisi D-CVT menggantikan transmisi 4-kelajuan sekaligus meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 5 peratus.

Hafizh Syahrin bakal mengorak langkah sulung dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bersama MIE Racing Honda Team, Januari depan di Sepanyol.

Bekas pelumba Moto2 negara itu bersama-sama rakan sepasukan Leandro Mercado bakal menguji jentera Honda CBR1000RR-R.

“Saya tidak pernah bawa jentera ini, ujian mungkin pada hujung Januari atau awal Februari di Sepanyol,” jelasnya.

Sementara itu, dalam usaha mengeejar keserasian lebih baik, pelumba berusia 27 tahun itu mengharapkan dapat menguji jentera baharu itu di Malaysia sejurus pulang dari London.

Dalam perkembangan sama, Hafizh mengharapkan penaja utama, UMW Grantt International akan terus bersamanya ke WorldSBK.

“Saya harap ada peluang untuk teruskan kerjasama lagi. Terima kasih UMW membantu saya di Moto2 termasuk menanggung kos latihan dan perjalanan,” tambah Hafizh. – BH

Selepas berbulan spekulasi yang disusuli dengan beberapa dokumen paten, akhirnya Brixton Motorcycles mendedahkan Cromwel 1200 2022.

Sekalipun motosikal jenama Britain milik syarikat Austria (KSR Group) itu dihasilkan di China, namun pelancaran Cromwell 1200 seakan menghadirkan masa depan yang cerah bagi Brixton Motorcycles.

Meskipun rekaan keseluruhan jelas diinspirasikan daripada jenama terkemuka Triumph Bonneville, Cromwell 1200 masih lagi didatangkan dengan ciri terkini antaranya lampu LED penuh, ABS dan paparan skrin TFT.

Brixton Cromwell 1200 ini juga menawarkan 80hp pada 8,500rpm dan 108Nm pada 3,500rpm sekaligus setaraf dengan Bonneville T120 yang menghasilkan 79.1hp dan 105Nm.

Sementara itu, sistem suspensi merangkumi penyerap hentakan KYB manakala aspek brek dikendalikan kaliper brek Nissin dengan cakera brek 310mm depan dan 260mm belakang yang dipadankan bersama tayar 18″ depan dan 17″ belakang.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah:

  • fungsi ride-by-wire
  • dua mod tunggangan
  • tangki 16L
  • tinggi tempat duduk 800mm
  • berat bersih 235kg

Menurut Brixton, Cromwell 1200 ini boleh mencapai kelajuan maksima 198km/j.

Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta mengesahkan bakal melancarkan dua motosikal ‘adventure’ baharu pada 23 November ini di EICMA.

Pengumuman tersebut sekaligus mengesahkan kenyataan CEO MV Agusta, Timur Sardarov sebelum ini yang memaklumkan motosikal ADV tersebut akan dikuasakan enjin 950cc.

Salah satu daripada motosikal tersebut turut dilihat menjalani ujian jalan raya baru-baru ini.

Menurut MV Agusta lagi, kedua-dua model itu juga akan dibuka untuk pra-tempahan pada 23 November nanti.

Sementara itu, bagi meraikan ketibaan dua model baharu itu, MV Agusta turut melancarkan projek Lucky Explorer yang bertujuan meraikan peminat rali dan perlumbaan ‘off-road’.

“Saya teruja dengan pelancaran projek istimewa ini. Lucky Explorer bukan sahaja tentang motosikal tetapi juga tentang emosi dan memori yang berlaku di belakang tabir,” jelas Sardarov.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube