Bikesrepublic

Berita Terkini

Petronas Sepang Racing Team (PSRT), dengan kerjasama Ohvale, melancarkan jentera MiniGP edisi terhad dengan hanya 46 unit dihasilkan.

Menurut PSRT, jentera MiniGP ini dibangunkan berdasarkan Ohvale 160cc GP-0 namun telah dinaik taraf dengan beberapa komponen baharu.

Ini merupakan jentera sama yang mendapat pengikitirafan Dorna dan FIM bagi Kejuaraan Dunia MiniGP.

Antara komponen yang telah dinaik taraf adalah:

  • chasis baharu
  • fork depan Mupo dan monoshock Ohlins boleh laras
  • livery PSRT
  • winglet
  • karburetor Dell’Orto
  • sistem ekzos Arrow

Sementara itu, pelanggan juga akan mendapat pakej eksklusif berupa pemanas tayar dan pelindung motosikal serta beberapa alat ganti pilihan.

Motosikal tersebut juga tampil dengan livery PSRT oleh pembekal sama yang menghasilkan livery bagi jentera MotoGP PSRT.

Tempahan bagi kesemua 46 unit akan mula dibuka September nanti.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di petronassrt.ohvale.com

Pramac Racing mengumumkan kontrak lanjutan sebagai pasukan sokongan factory Ducati untuk tiga musim lagi bermula dari 2022 hingga 2024.

Perkara itu turut disahkan Pengarah Projek Ducati, Paolo Ciabatti.

“Kami di Ducati berbesar hati kerana dapat memperbaharui kerjasama dengan Pramac Racing untuk tiga musim lagi di MotoGP.

“Bersama Pramac Racing, kami telah mencapai pelbagai kejayaan bersama. Hasil kolaborasi ini, kami berjaya melahirkan ramai pelumba muda.

“Tambahan lagi, kami yakin mampu mencapai lebih banyak kejayaan bersama Pramac,” jelas Ciabatti.

Kerjasama antara Ducati-Pramac telah pun bermula sejak 2005 dan kekal kukuh saban tahan dengan kedua-duanya menyumbang aspek penting dalam pembangunan keduapdua pasukan.

Pramac Racing meneruskan saingan MotoGP musim 2021 dengan sesi ujian bebas rasmi bermula hari ini di Mugello, Itali.

Johann Zarco akan terus menerajui Pramac hujung minggu ini bersama-sama Michele Pirro yang menggantikan Jorge Martin sementara pelumba itu sembuh dari kecederaan.

Berminat mencari jentera ‘track bike’ dengan DNA perlumbaan terbaik untuk kegunaan di litar lumba?

Kami cadangkan sila layari Ebay ketika ini kerana jentera Kawasaki ZX-10R 2016 milik Jonathan Rea telah dibuka untuk bidaan bagi sesiapa yang mampu memilikinya.

Lebih menarik, iklan tersebut dimuat naik pihak Provec Racing sendiri yang merupakan pihak yang mengendalikan operasi KRT WSBK yang berpangkalan di Granollers, Catalunya, Sepanyol.

Menurut iklan tersebut, model ZX-10R tersebut merupakan jentera latihan milik enam kali juara dunia Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Jonathan Rea.

Berdasarkan info dikongsikan, model 2016 itu merupakan jentera yang digunakan semasa latihan Rea yang membantu menyumbang kepada dominasi pelumba itu di pentas WSBK.

Menariknya, jentera untuk dijual itu kini didatangkan dengan enjin serba baharu dengan perbatuan kosong.

Meskipun Provec Racing telah melakukan pelbagai modifikasi namun kesemua ciri yang diperlukan untuk kembali menjadi jentera ‘road-legal’ antaranya pemegang nombor plat, cermin sisi dan lampu depan/belakang turut akan disertakan.

Sementara itu, pihak yang berjaya membuat bidaan bagi jentera unik tersebut juga akan menikmati beberapa pengalaman berikut:

  • berjumpa dengan Rea dan kru Kawasaki Racing Team (KRT)
  • pas VIP KRT bagi pusingan WSBK pilihan
  • gear rasmi KRT dengan tandatangan Rea
  • dengar penjelasan dari Rea sendiri mengenai segala modifikasi yang telah dilakukan
  • tandatangan Rea pada motosikal tersebut

Antara modifikasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • enjin baharu dengan perbatuan kosong
  • kit ECU racing
  • sistem ekzos Akrapovic
  • kit regulator Kawasaki
  • sistem penyejukan Taleo
  • hos Samco
  • rantai dan sproket Renthal
  • pelindung enjin GB racing
  • kit race Showa Superstock
  • head pope dengan ‘racing offset’ oleh Provec Racing
  • handelbar khas oleh Provec Racing
  • line brek J.Juan
  • stering damper K-Tech

Bukan itu sahaja, jentera ini juga didatangkan dengan warna KRT Winter Test.

Orang ramai yang berminat untuk membuat bidaan sila klik PAUTAN INI.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan kluster rentas negeri terus merekodkan peningkatan sepanjang April hingga Mei.

Sepanjang tempoh tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan 19 kluster rentas negeri daripada 50 kluster yang telah dicatat sejak awal tahun ini yang menyumbang kepada 6,291 kes.

Menurut Ismail Sabri, setakat 20 Mei, KKM telah merekodkan sejumlah 1,966 kluster rentas negeri dengan 528 daripadanya masih aktif manakala 1,438 lagi telah pun berakhir.

Sambutan Aidilfitri baru-baru ini telah menyumbang kepada peningkatan besar kluster rentas negeri ekoran masih ada individu yang melanggar prosedur operasi standard dengan pulang beraya menggunakan surat kebenaran bekerja. – BERNAMA

Jack Miller akan terus menyarung warna merah bagi musim 2022 setelah menandatangani kontrak lanjutan bersama Ducati.

Pelumba itu dianugerahkan kontrak sambungan apabila berjaya merekodkan dua kemenangan selepas lima pusingan setakat ini.

Dua kemenangan berturut-turut di Jerez dan Le Mans menjadikan Miller pelumba Australia pertama selepas Casey Stoner melakukannya pada 2012.

Miller ketika ini menduduki tempat keempat perebutan kejuaraan dunia dengan 64 mata, 16 mata dibelakang pendahulu, Fabio Quartararo.

“Saya sangat gembira kerana dapat meneruskan pengembaraan bersama pasukan Ducati Lenovo untuk semusim lagi.

“Menyarung warna ini sememangnya satu penghargaan dan berjaya memenangi dua perlumbaan sebelum ini bersama jentera Desmosedici GP merupakan satu impian!

“Saya kini boleh memberikan fokus sepenuhnya pada musim ini. Saya kini berada di kedudukan keempat dan musim 2021 masih panjang.

“Saya akan berikan yang terbaik untuk merebut kejuaraan,” jelas Miller.

Saingan MotoGP kembali bersambung dengan pusingan keenam di litar Mugello pada hujung minggu ini.

Pengeluar motosikal India, Bajaj Auto, dilaporkan bakal memperkenalkan Pulsar RS250 tahun ini.

Model tersebut bakal dilancarkan bersama dengan model Pulsar NS250 yang telah pun didedahkan menerusi imej ‘spyshot’ yang tular Februari lalu.

Pulsar RS250 dan NS250 merupakan versi yang telah dinaik taraf daripada model 200cc yang masih lagi ditawarkan ketika ini.

Menurut laporan media di India, RS250 dan NS250 dibangunkan dengan platform enjin satu silinder sama yang terdapat pada KTM Duke 250.

Menariknya, versi 250 ini didakwa akan didatangkan dengan lampu LED serta paparan digital LCD penuh seperti yang terdapat pada Dominar 250.

Walaupun tiada info lebih terperinci didedahkan ketika ini namun Bajaj dijangka akan melancarkan kedua-dua model tersebut sekitar tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Modenas dilaporkan bakal melancarkan generasi baharu Dominar 400 tidak lama lagi.

Sejak dilancarkan pada 2018 dengan penjenamaan semula oleh Modenas, motosikal segment ‘touring’ itu merupakan model 400cc paling mampu milik ditawarkan ketika ini dengan harga bawah RM15,000.

Versi baharu Dominar bakal tampil dengan pelbagai ciri dinaik taraf antaranya enjin DOHC, ekzos berkembar, kuasa lebih tinggi, fork USD serta fungsi ‘gear indicitor’.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube