Bikesrepublic

Berita Terkini

Konsep Ducati CR241 dan Ducati RR241 telah dipamerkan di acara Bike Shed Moto Show, London.

Kedua-dua konsep berasaskan Ducati Scrambler (atau Scrambler Ducati) dan sudah pastinya tujuan mereka ialah untuk mempamerkan keupayaan Centro Stile Ducati. Oleh itu, kedua-duanya menggunakan 803cc penyejuk udara 90 darjah V-Twin daripada Ducati Scrambler.

Konsep Ducati CR241

Ducati CR241 mempersembahkan versi café racer yang telah berkembang, walaupun  ia mengekalkan inspirasi rekabentuk mesin perlumbaan tahun 1960-an, seperti fairing yang dipasang pada tangki bahan api seperti Pantah dan 750SS. Ia kemudiannya diberi sentuhan moden seperti warna dan bentuk yang moden. Ducati berkata ia bertujuan “untuk membangkitkan emosi dan nostalgia peminat rocker British tahun 60-an.”

Elemen utama lain termasuk rim hadapan 17 inci dengan tayar jalan dan bar hendal dengan cermin di hujung. Pelana boleh ditukar menjadi satu tempat duduk, sekali gus kelihatan seperti pelana “panettone” klasik pada motosikal perlumbaan tahun 1970-an.

Konsep Ducati RR241

Sementara itu, model Ducati RR241 mendapat rawatan pasca kiamat (apocalypse) dengan estetika minimalisnya: dua roda, tangki, enjin dan hendal.

Semua bahagian aluminium dibiarkan terdedah, manakala penutup tangki digantikan dengan bingkai yang mana penunggang boleh memasang beg tangki untuk barang keperluan. Pelana bahagian pembonceng juga boleh ditanggalkan untuk dijadikan rak bagasi, dan ekzos Termignoni yang dipasang tinggi melengkapkan penampilannya.

Tayar Pirelli Scorpion Rally dipasang pada rim 18-inci dan 17-inci, dan madgad depan yang tinggi menyatakan ia sudah bersedia untuk menghadapi kesukaran. Apa yang diperlukan sekarang ialah pemegang senjata dan arahan tentang cara menapis petroleum menjadi petrol.

Adakah mereka akan masuk tahap produksi?

Kedua-dua konsep itu telah dipamerkan di acara Bike Shed Moto Show, dari 24 hingga 26 Mei. Malangnya, Ducati tidak menyatakan sama ada mereka akan membawa kedua-dua konsep ke arah produksi. Kita perlu menunggu sehingga Intermot atau Ducati Days pada akhir tahun apabila mereka melancarkan model baharu.

Motosikal pengembaraan Benelli TRK552 (2024) baharu telah diperkenalkan.

Benelli TRK552 baharu ini merupakan pengganti kepada Benelli TRK502 yang membuat penampilan sulungnya pada 2017. Model yang lama itu telah melalui beberapa kemaskini, walaupun tiada yang ketara. Bagaimanapun, kelas pengembaraan 400cc hingga 500cc semakin hangat sejak itu, kerana beberapa pencabar baharu telah memasuki arena termasuklah KTM 390 Adventure, CFMoto 450 MT-X/Ibex, Royal Enfield Himalayan, Fantic Caballero 500, dan lain-lain. Jadi, sudah tiba masanya Benelli mengemaskini TRK kelas pertengahan ini.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin TRK502 yang lama agak “semput” apabila dibandingkan di kalangan pesaingnya. Jadi, enjin berkembar selari 549cc baharu itu ditingkatkan kuasanya kepada 61 hp pada 8,500 RPM dan tork kepada 54 Nm pada 6,000 RPM.
  • Tambah lagi, enjin baharu ini menggunakan engkol 270-darjah untuk meniru susunan pemasaan enjin V-twin 90-darjah V-kembar, dan membuang engkol 360-darjah yang lama. Engkol 360-darjah bermaksud kedua-dua piston naik dan turun bersama-sama.

  • Model lama itu juga terlalu berat untuk kategorinya, jadi Benelli telah menurunkan berat basah TRK552 kepada 226 kg (kurang 5 kg). Berat keringnya sekitar 215 kg.
  • Lampu utama dan lampu isyarat LED untuk menggantikan mentol halogen dan pijar yang kuno.

  • Suspensi Marzocchi boleh laras di depan dan belakang, dan lengan ayun aluminium yang baharu.
  • Sistem brek J. Juan dengan ABS dwi-saluran. J. Juan kini dimiliki oleh Brembo.

  • Skrin TFT baharu dengan pautan telefon pintar, menggantikan LCD lama yang malap.
  • Walaubagaimanapun, model baharu ini tiada ciri mod tunggangan.

Benelli TRK552 (2024) kini sedang dijual di China, jadi terdapat kemungkinan besar bahawa pengedar tempatan, MForce Holdings akan membawanya ke sini tidak lama lagi.

Kami pernah menyiarkan berita tentang kemungkinan sebuah BMW R18 yang lebih berkuasa sedang dibina. Berita itu ternyata benar, tetapi rupanya ia menjadi BMW R20 Concept.

Konsep BMW R20 ialah sebuah karya mekanikal,” kata Markus Flasch, Ketua BMW Motorrad, yang digambarkan meninjau di bawah penutup dalam berita sebelumnya. Dia menambah, “Enjin Big Boxer merupakan pusatnya.”

Ya, ia merupakan enjin Boxer 2000cc dengan penyejukan minyak-udara. Jurutera BMW merekabentuk penutup kepala silinder, penutup tali sawat, dan penyejuk minyak baharu untuk memuatkan susunan ekzos 2-ke-2.

Kerangka keluli krom-molibdenum itu juga baharu. Lengan ayun Paralever dua sisi itu juga baharu. Ia jauh lebih pendek daripada lengan ayun R nineT dengan aci pemacu yang lebih pendek. BMW berkata aci yang sedemikian mengimbangi tork pemacu enjin (aci yang lebih panjang akan menghasilkan tork yang lebih tinggi pada kedua-dua hujungnya, seperti jungkat-jungkit).

R20 Concept ini turut memaparkan beberapa butiran menarik seperti suspensi Öhlins, roda belakang jenis cakera, kaliper brek hadapan dengan 6-piston, dan kaliper brek belakang 4-piston.

R20 Concept membuat penampilan sulungnya di Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Itu berita penting kerana motosikal konsep BMW yang muncul di pameran itu sering dibawa ke tahap produksi.

Kami perlu tambah bahawa enjin Boxer silinder berkembar merupakan enjin yang sinonim dengan BMW. Terdapat dua varian, satu dengan penyejukan minyak-udara yang digunakan dalam banjaran R18, manakala satu lagi ialah versi yang berkuasa tinggi dan penyejukan cecair yang digunakan oleh barisan R 1250/1300.

Royal Enfield Shotgun 650 (2024) telah dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 hari ini.

Walaupun rekabentuk retro-futuristik motosikal ini diilhamkan oleh SG650 Concept, ia masih seumpama kanvas kosong untuk penyesuaian dan pemperibadian di kalangan peminat di seluruh dunia. Malah, Royal Enfield berkata ia sebuah “kanvas untuk pemperibadian, mencerminkan gabungan tenaga kreatif mentah, budaya adat anarki dan DNA Royal Enfield yang ikonik.”

Ciri-ciri utama:
  • Menggunakan platform enjin Royal Enfield 650 yang terbukti.
  • Enjinnya merupakan jenis 648cc berkembar selari dengan penyejukan minyak-udara, dan SOHC.

  • Ia menghasilkan 34.6 kW (46.4 hp) pada 7,250 RPM dan 52.3 Nm pada 5,650 RPM.
  • Tork yang tinggi pada RPM rendah itu bermakna ia ditala untuk pecutan, dan sesuai untuk persekitaran bandar.

  • Suspensi hadapan terdiri daripada fork Showa 43mm jenis terbalik, dengan piston besar, berfungsi berbahagi.
  • Tugas suspensi belakang dikendalikan oleh sepasang penyerap hentakan RSU dengan pelarasan prabeban 5 langkah.

  • Saiz roda depan ialah 18-inci, manakala yang belakang berukuran 17-inci.
  • Sistem brek motosikal ini menggunakan cakera tunggal 320mm di depan, dan cakera 300mm di belakang.

  • Lampunya yang nampak fancy itu menggunakan LED.
  • Meter-meter digital-analog dilengkapi dengan ciri navigasi Tripper.

  • Aplikasi Royal Enfield Wingman yang baharu memaparkan data seperti di mana motosikal berada pada masa nyata, tahap bahanapi dan minyak enjin, kala servis, dan sebagainya.
  • Juga terdapat sebuah port USB untuk mengecas peranti anda.

  • Ergonomik motosikal ini memudahkan penunggang, dengan ketinggian pelana hanya pada 795mm, pemijak kaki di bahagian pertengahan, dan posisi handel yang senang dicapai.
  • Royal Enfield menawarkan 31 Aksesori Motosikal Tulen bagi Shotgun 650 termasuklah cermin pandang belakang yang diletak dihujung handel, pelana solo, rim-rim yang dimesin.

  • Juga terdapat pakaian-pakaian jenama Royal Enfield untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup anda.
  • Terdapat empat warna iaitu: Stencil White, Plasma Blue, Green Drill, and Sheet Metal Grey.

  • Harga jualan untuk Royal Enfield Shotgun 650 (2024) bermula dari RM 34,900.

Pra-tempahan dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu 

Pada masa yang sama,  pratempahan kini dibuka untuk Royal Enfield Himalayan (2024) serba baharu.

Tayangan perdana rasmi motosikal itu akan berlangsung pada 8 Jun 2024, di JioSpace Petaling Jaya.

Skuter Honda ADV350 (2024) yang ditunggu-tunggukan akhirnya telah tiba di Malaysia. Ia dilancarkan di pameran Malaysia Autoshow 2024.

Sebagai banjaran Honda ADV, ia merupakan sebuah skuter adventure yang berkonsepkan “Urban Adventure Scooter” atau Skuter Advenuter Bandaran. Maka ia sesuai bagi tunggangan saban hari di dalam keadaan bandar yang sesak dengan kenderaan.

Namun, sesebuah skuter bersaiz seperti ini turut menjadikannya sebuah skuter untuk mengembara jauh, apatah lagi dengan ciri-ciri yang hampir sama dengan model X-ADV (750) yang lebih besar.

Ciri-ciri utama:
  • Rekabentuk yang mirip dengan abang besarnya Honda X-ADV.
  • Enjin 330cc, silinder tunggal, SOHC, dengan penyejukan cecair yang dilengkapi dengan teknologi suntikan bahanapi PGM-FI serta enhanced Smart Power Plus (eSP+).
  • Enjin ini dapat menghasilkan 21.5 kW (28.8 hp) pada 7,500 RPM dan tork 31.8 Nm 5,250 RPM.

(WARNA INI TIADA DI MALAYSIA)

  • Takungan minyak enjin ialah 1.8 liter.
  • ADV350 menggunakan transmisi CVT dan bukan DCT manual seperti X-ADV.
  • Tayar depan bersaiz 120/70 dengan rim bersaiz 15-inci.
  • Tayar belakang bersaiz 140/70 dengan rim saiz 14-inci.

  • Cakera brek depan bersaiz 256mm, yang belakang sebesar 240mm.
  • Ciri brek anti kunci (ABS) ialah standard dan merupakan sistem dwi-saluran untuk roda depan dan belakang.
  • Yang menariknya ialah ciri Emergency Stop Signal (ESS – Isyarat Berhenti Kecemaasan) yang ada kali pertama pada sebuah skuter. Lampu belakang akan berkelip apabila penunggang membrek mengejut.

  • Tempat menyimpan barang di bawah pelana boleh memuatkan dua buah helmet full-face.
  • Meter digital dengan pautan Bluetooth.
  • Kapasiti tangki minyak 11.7 liter.
  • Keberatan hanya 186 kg.

Terdapat 3 wana iaitu Mat Candy Tulip Red, Pearl Smokey Gray, dan Mat Gun Powder Black Metallic (tiada yang biru). Harga jualan Honda ADV350 (2024) yang disyorkan ialah RM 33,999 tanpa pendaftaran, cukai jalan, dan insurans.

Terdapat dua warna baharu untuk Yamaha XMAX (2024).

Yamaha XMAX (atau juga dipanggil XMAX 250 secara tidak rasmi) kekal popular sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018. Terdapat keraguan tentang jangka hayat model itu pada masa itu kerana harganya, tetapi ia masih berdiri teguh. Malah, rangkaian XMAX yang terdiri daripada varian 125cc, 250cc dan 300cc merupakan skuter terlaris di dunia.

Terdapat beberapa kemas kini sejak itu yang membawa kepada varian terbaharu yang dilancarkan pada 2023. Kemas kini terbaru ini memberikan motosikal itu skrin TFT 4.2 inci yang menampilkan fungsi Yamaha Y-Connect dan ciri navigasi Garmin StreetCross Connectivity, cermin depan boleh laras, DRL baharu (lampu siang hari), dan lampu isyarat depan yang dipasang belakang cermin.

Versi 250cc di dalam pasaran kita menggunakan enjin 249cc, silinder tunggal, penyejukan cecair, SOHC yang menghasilkan 16.6 kW (22.5 hp) pada 7,000 RPM dan 24.3 Nm pada 5,500 RPM.

Pandu uji kami pada motosikal ini mendapati ia pantas dan mempunyai pengendalian yang tangkas  bagi sebuah skuter besar, dan menyebabkan kami sagat topang tengah berkali-kali melalui selekoh.

Dua warna baharu bagi Yamaha XMAX (2024) ialah Icon Black dan Ruby Red.

Hong Leong Yamaha Motor set the 2024 Yamaha XMAX ‘s meletakkan harga jualan pada RM 24,498.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insuran. Ia dilindungi oleh waranti 2 tahun atau 20,000km (yang mana sampai dahulu).

Pembeli akan menerima kunci cakera brek Yamaha yang bernilai RM 100.

Sila layari laman web Hong Leong Yamaha Motor untuk keterangan lanjut.

GALERI FOTO

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube