Bikesrepublic

Berita Terkini

Dua lelaki bertindak merompak sebuah stesen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis awal pagi tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit yang mula tular di laman sosial hari ini jelas menampakkan dua suspek lelaki terlibat dalam rompakan di stesen terbabit.

Kedua-duanya memasuki premis dengan memakai topi keledar dan topeng muka

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1677201789124191

Kedua-dua suspek telah menyerbu ke dalam premis sambi bersenjatakan pisau dan merompak duit stesen minyak terbabit sebelum melarikan diri.

Pada masa sama, rakaman CCTV jelas menampakkan suspek melarikan diri menggunakan jentera Benelli TRK502.

Sebuah syarikat swasta menggunakan peluang diskaun 70 peratus bagi bayaran balik saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membayar saman tertunggak RM500,000.

Perkara itu didedahkan Ketua Penguatkuasa JPJ Selangor, Mohamad Hafiz Usman yang turut memaklumkan bahawa JPJ Selangor telah mengutip bayaran balik saman lebih 1.6 juta setakat 31 Ogos 2020 yang melibatkan 21,476 saman.

Syarikat yang menjalankan perniagaan cucian itu menggunakan tawaran diskaun 70 peratus untuk menjelaskan tunggakan setengah juta ringgit.

Sementara itu, Mohamad Hafiz yakin lebih ramai pihak yang akan tampil untuk menjelaskan tunggakan sebelum tarikh akhir diskaun 70 peratus berakhir hujung bulan ini.

Diskaun 70 peratus ditawarkan bagi semua jenis saman kecuali individu yang terlibat dengan kes mahkamah. – Bernama

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menegaskan pihaknya tidak bercadang untuk memikat Andrea Dovizioso bagi musim 2021.

Penjelasan itu dibuat susulan terdapat khabar angin bahawa Petronas SRT berminat dengan khidmat pelumba Itali itu selepas disahkan bakal meninggalkan Ducati, hujung musim ini.

Razlan dalam perkongsian terbaru di Facebook berkata, ‘Saya ingin menjelaskan, kami langsung tidak mempertimbangkan Dovi bagi musim 2021.”

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2776448279348182&id=100009491117146

Terdahulu, Razlan akui dia dalam dilema sama ada membawa masuk legenda MotoGP, Valentino Rossi atau memberi slot itu kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Menerusi temubual bersama StadiumAstro, Razlan akui berasa tersepit.

“Saya memang tersepit dalam hal ini.

“Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita.

“Tetapi kami perlu membuat pemilihan berdasarkan keputusan dicapai kerana di tahap MotoGP, pelumba itu harus terus menyerlah dan bukannya mencari pendedahan setahun dua lagi,” jelasnya.

Honda bakal kembangkan portfolio Forza dengan versi yang lebih besar berdasarkan ‘teaser’ baharu yang dimuat naik di laman YouTube, Isnin lalu.

Model ‘flagship’ ini dijangka bakal menjadi pesaing kepada skuter maxi Yamaha, TMax 560.

Video ‘teaser’ berdurasi 15 saat itu tidak memaparkan dengan jelas model Forza serba baharu itu namun berdasarkan beberapa petunjuk, jelas menunjukkan ini adalah model yang lebih besar.

Honda Forza 350

Pada masa sama, Honda baru sahaja melancarkan versi 350cc ketika di Pameran Motor Bangkok, Julai lalu, menggantikan model sebelumnya yang bersesaran 300cc.

Senario ini sekaligus beri bayangan, Forza baharu ini adalah versi yang lebih besar berkemungkinan atas 500cc dengan Motorcycle News mendakwa sebagai pengganti kepada sebuah lagi skuter maxi, NCX 750cc.

Honda bakal perkenalkan Forza serba baharu ini secara rasmi pada 14 Oktober ini.

Sejurus selepas pendedahan Boon Siew Honda (BSH) bakal membawa masuk CBR250RR hujung tahun ini, pengedar Honda mula membuka tempahan bagi model tersebut.

https://www.facebook.com/hondabigwingsetapak/posts/613951469302933

Honda BigWing Petaling Jaya dan Honda BigWing Setapak mula mengiklankan pembukaan tempahan bagi CBR250RR.

Senario ini sekaligus mengesahkan makluman yang diperoleh minggu lalu daripada orang besar di BSH.

Menariknya, BSH bakal membawa masuk model terkini, CBR250RR SP yang menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • ride-by-wire
  • tiga mod tunggangan
  • paparan LCD
  • lampu LED
  • fork depan USD 37mm
  • ABS dual-channel
https://www.facebook.com/HondaBigWingPetalingJaya/posts/1596601060529330

Meskipun tiada sebarang harga rasmi yang didedahkan setakat ini namun Honda BigWing Petaling Jaya mendedahkan CBR250RR SP 2020 ini akan ditawarkan bawah RM30,000!

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mahukan kajian terperinci dijalankan melibatkan rakaman video ‘dashcam’ bagi kelancaran proses tuntutan , perundangan jenayah atau sivil di mahkamah.

‘Dashcam’ menjadi medium penting bagi semua pengguna jalan raya di Malaysia terutamanya bagi memberi gambaran jelas sebarang insiden yang berlaku.

https://www.facebook.com/223545897823128/videos/311327966625586

Dr Wee Ka Siong turut bersetuju sebarang penggunaan alat merekod kemalangan adalah sesuatu yang baik dan wajar kerana boleh dijadikan bahan bukti penting di mahkamah.

Lantas, beliau mahukan perundangan lebih terperinci diwujudkan agar penggunaan rakaman ‘dashcam’ boleh digunakan dengan efisien.

“Tanpa adanya satu peruntukan perundangan dan peraturan jelas, saya khuatir sebarang perlakuan direkodkan tidak boleh digunakan dalam tuntutan atau prosiding mahkamah atau perundangan kelak.

“Perkara ini kelak akan menyebabkan orang ramai menyalahkan kerajaan kerana mewajibkan penggunaan satu peralatan tidak boleh digunakan di mahkamah,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, beliau tidak menolak cadangan untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam’ oleh semua pengeluar kenderaan jika perundangan membabitkan ‘dashcam’ diwujudkan. – BH

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube