Bikesrepublic

Berita Terkini

Modenas bakal memulakan penjenamaan beberapa model Kawasaki bermula dengan Ninja 250.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, sewaktu sesi Track Day Modenas Bersama Media yang berlangsung di 3StonePark, Glenmarie, hari ini.

Menurut Roslan, tatkala kekangan pandemik Covid-19 semakin berkurang, pihaknya akan kembali merancakkan kerjasama bersama Kawasaki bermula 2022.

Model yang pernah ditayangkan sebelum ini, Modenas Ninja 250, akan dilancarkan sekitar hujung suku pertama 2022.

Pada masa sama, Roslan turut mengulangi bahawa buat masa ini perancangan awal masih lagi babitkan penjenamaan semula beberapa model dari 250cc hingga 650cc namun perkara itu masih lagi dalam peringkat perbincangan buat masa ini.

Sementara itu, kami turut dimaklumkan bahawa Kawasaki Heavy Industries (KHI) akan menghantar seorang wakil dari Jepun yang akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) bagi membantu melancarkan kerjasama Modenas-Kawasaki.

Antara aspek yang turut akan diperhalusi adalah soal servis selepas jualan serta alat ganti dengan segala maklumat terperinci akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah pun mengumumkan pengambil alihan sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia.

Bagaimanapun, proses peralihan tersebut akan mengambil masa enam bulan dan akan dibantu pengendali terdahulu Kawasaki Motors Sdn Bhd (KMSB).

Dalam tempoh peralihan tersebut pemilik motosikal Kawasaki boleh mendapatkan bantuan teknikal dan selenggara serta alat ganti di pengedar rasmi Kawasaki terdahulu.

Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi (KIP) sah sertai pasukan tempatan, TKKR Racing Team yang diumumkan menerusi perkongsian di Facebook pasukan itu hari ini.

KIP juga bakal membuat penampilan sulung bersama TKKR di Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 yang kembali bersambung hujung minggu ini. .

Menurut TKKR Racing Team, MSBK dianggap sebagai medan ujian buat KIP selepas apa yang berlaku sebelum ini.

“Kita cuba dulu dan anggap sebagai track day kerana kami amat faham bagaimana tempoh menenangkan diri dari apa yg berlaku.

“Namun disebabkan KIP lahir dari industri tempatan dan antara pelumba yg mempunyai disipilin dan motivasi yg tinggi saya amat yakin beliau akan kembali,” jelas perkongsian tersebut.

Bukan itu sahaja, TKKR Racing turut mendedahkan bahawa pasukan itu juga bercadang membawa KIP ke saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2022 serta ke peringkat lebih tinggi jika diizinkan.

Sebelum ini, pasukan TKKR Racing kendalian Datuk Bobie Farid Shamsudin itu dilihat mempersiapkan jentera lumba dengan no.89 bagi menghadapi MSBK 2021.

Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman @ Damok telah pun disahkan bakal beraksi di Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan.

Perkara itu didedahkan pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin sewaktu temu ramah bersama media, minggu lalu.

Damok dalam kenyataan terbaru, bukan sahaja tidak sabar untuk memulakan saingan di Moto3 malah menyuarakan sasaran untuk muncul pelumba muda terbaik di kejuaraan dunia itu.

“Pencabar saya ramai (untuk Rookie of the Year Moto3 2022), (pelumba) sama juga yang berlumba di CEV.

“Ramai yang dari CEV diangkat ke Kejuaraan Dunia (Moto3) untuk berlumba tahun depan. Apapun, saya akan tetap memberikan saingan dan ‘potong’ mereka,” jelasnya.

Meskipun pasukan Moto3 tersebut hanya akan didedahkan pada 15 Oktober ini, namun menurut Damok, pasukan yang bakal disertainya itu telah beraksi pada 2017 sebelum membuat keputusan tarik diri namun akan kembali musim depan. – BH

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar eksklusif jenama motosikal QJ Motor di Malaysia.

Qianjiang Motorcycles merupakan pengeluar motosikal China yang juga merupakan syarikat pemilik jenama Benelli, Keeway dan QJ Motor.

Menghasilkan motosikal sejak 1985, QJ Motor menghasilkan pelbagai jenis jentera dua roda untuk pasaran China dan antarabangsa.

Kemasukan jenama QJ Motor secara langsung memperluaskan tawaran motosikal di Malaysia menerusi model 100cc hingga 1300cc antaranya SRT800, SRK600 dan QJ Race 250.

Menurut MForce, beberapa model QJ Motor sedang dalam proses ujian ketahanan ketika ini bagi memastikan setiap model berapa dalam keadaan terbaik sebelum dipasarkan sekitar Suku Kedua 2022.

Bekas pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi dikatakan bakal kembali ke litar bersama pasukan TKKR Racing Team.

Perkara itu dibangkitkan menerusi perkongsian terbaru TKKR Racing Team dan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) di laman sosial Facebook, hari ini.

KIP dikhabarkan bakal menyertai saingan MSBK 2021.

Meskipn belum dinyatakan secara rasmi namun gambar jentera dengan nombor 89 memberi bayangan merujuk kepada KIP yang turut beraksi dengan angkat tersebut sewaktu di Kejuaraan Dunia Moto3.

Selepas meninggalkan pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3, masa depan KIP di litar lumba terumbang-ambing.

Bagaimanapun, situasi terbaru ini menandakan perkembangan positif daripada pelumba berusia 23 tahun itu apatah lagi pernah memenangani dua perlumbaan Moto3 pada 2016.

Apa pun, nantikan pengumuman rasmi dari pihak KIP dan TKKR Racing Team.

Malaysia semakin hampir untuk memintas Thailand dengan kadar kemalangan maut motosikal tertinggi dunia.

Menurut statistik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, lebih 70.2 peratus daripada sejumlah 2,954 kemalangan maut di Malaysia membabitkan penunggang motosikal dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini.

Sementara itu, sejak 2015 pula, sejumlah 26,316 penunggang motosikal dan pembonceng telah terbunuh dengan kadar purata berada di antara 62.7 peratus hingga 67.3 peratus.

Menurut Pengarah Pusat Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Muhammad Marizwan Abdul Mana, data terbaru oleh PDRM itu ternyata membimbangkan.

“Data terbaru ini ternyata mengejutkan kerana pada awalnya kami jangkakan kemalangan maut motosikal akan mencapai 70 peratus pada 2025,” jelasnya.

Ketika ini, Libya merupakan negara paling membahayakan untuk penunggang motosikal diikuti Thailand di tempat kedua namun sejak 2015, negara jiran itu merekodkan kes kemalangan maut motosikal tertinggi.

Mengikut laporan 2018 oleh WHO, 74 peratus daripada jumlah kemalangan maut 22,491 babitkan penunggang motosikal. – FMT

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube