Bikesrepublic

Berita Terkini

Jenama motosikal Itali, Benelli, telah pun mendedahkan 252R, sebuah jentera jenis sportsbike berkapasiti 250cc.

Benelli 252R ini dikuasakan enjin parallel-twin 249cc, DOHC yang menawarkan 26hp dan 24Nm.

Reka bentuk keseluruhan 252R ini tampak moden dengan reka bentuk yang dibawa dari 302R 2021 termasuk paparan digital LCD dengan kemampuan Bluetooth.

Antara ciri lain yang turut diumumkan adalah tangki 14L dengan berat (kering) 177kg, tempat duduk terpisah, lampu LED dan rim serba hitam.

Sistem brek dikendalikan Anti-lock Braking System (ABS) dengan bantuan cakera brek depan dan belakang manakala bahagian suspension datang dengan fork upside/down 37mm dan penyerap hentakan tunggal di belakang.

Ketika ini tidak dapat dipastikan sama ada Benelli 252R ini akan dibawa masuk untuk pasaran Malaysia.

Awal tahun ini, timbul khabar angin yang mengatakan Kawasaki rancang untuk memperkenalkan Z650RS, motosikal bercirikan retro klasik yang diinspirasikan daripada Z900RS.

Desas-desus itu kemudian bertambah kuat apabila Kawasaki mendedahkan video teaser dengan slogan ‘Retrovolution’ yang sekaligus beri bayangan merujuk kepada model retro baharu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal Jepun disahkan akan memperkenalkan Z650RS berdasarkan dokumen kelulusan yang difailkan di Eropah.

Dokumen itu bukan setakat mengesahkan nama model sebagai Z650RS malah mendedahkan kapasiti enjin yang diguna pakai.

Kawasaki Z650RS akan datang itu (seperti jangkaan) akan dikuasakan enjin 650cc yang sama terdapat pada model Z650 yang menawarkan 67hp dan 63.7Nm.

Z650RS itu juga akan berkongsi kerangka sama dengan Z650 namun dengan panel badan bercirikan retro seperti model popular Z900RS.

Ketika ini, tiada tarikh diumumkan bagi pelancaran model baharu tersebut namun berdasarkan video teaser yang dikongsikan sebelum ini, Kawasaki Z650RS 2022 pastinya sudah hampir untuk didedahkan secara rasmi.

MV Agusta telah pun melancarkan Brutale 1000 RS yang sebelum ini dicanang sebagai versi lebih ‘mampu milik’ berbanding Brutale 1000 RR.

Bagaimanapun, sekali imbas, sukar untuk membezakan kedua-dua model ini tatkala Brutale RS meneruskan reka bentuk dan panel badan sama seperti RR.

Namun, melihat kepada spesifikasi, perubahan ketara tertumpu kepada bahagian suspension, apabila Brutale RS didatangkan dengan fork depan Marzocchi dan penyerap hentakan belakang dari Sachs menggantikan suspension elektronik Ohlins yang terdapat pada varian RR.

Antara aspek lain yang turut dikemas kini adalah ergonomik penunggang, tempat letak kaki, cermin sisi serta tempat duduk.

Bagaimanapun, Brutale RS ini kekal menawarkan ‘riding aid’ sama yang ditawarkan pada RR.

Bukan itu sahaja, enjin empat silinder 998cc turut dikekalkan dan masih menawarkan 208hp pada 13,000rpm dengan kelajuan maksima 300km/j.

Ini merupakan enjin yang telah dinaik taraf awal tahun ini yang diperkenalkan pada Brutale RR yang merangkumi conrod dan injap titanium, dan profil cam baharu.

Buat masa ini tiada harga rasmi diumumkan namun melihat kepada spesifikasi dan dakwaan jenama Itali itu sebelum ini, Brutale RS akan tampil dengan harga lebih ‘mesra’ berbanding Brutale RR.

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi Lembah Klang.

Peralihan ke Fasa 2 ini turut menyaksikan pergerakan diantara negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dibenarkan dengan tanpa sebarang sekatan jalan raya.

Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, berita ini amat dinantikan warga Lembah Klang yang sebelum ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berada dalam Fasa 1.

Peralihan ke Fasa 2 ini akan berkuatkuasa pada 10 September (Jumaat).

Pengeluar tayar motosikal, Michelin, telah pun membuka tirai Motorcycle Tyre Virtual Exhibition edisi kedua bagi peminat di Malaysia.

Pameran secara mya edisi kedua ini meneruskan kejayaan edisi pertama namun dengan beberapa penambahbaikan bagi memastikan pengunjung menikmati pengalaman maya yang interaktif.

Antara ciri terbaru diperkenalkan adalah The Michelin Guide, yang memaparkan kemampuan Michelin lebih dari sekadar peneraju tayar di samping penglibatan Michelin dalam FIM MotoE serta pengenalan pada dua tayar motosikal terbaru, Michelin Anakee Street dan Michelin Road Classic.

Edisi kali ini menempatkan enam ruang pameran yang membabitkan:

  • The Michelin Guide – menyiarkan segala informasi tentang pameran virtual
  • Launch Area – penerangan tentang dua produk terbaru, Anakee Street dan Road Classic
  • Product Display – maklumat terperinci bagi semua produk tayar motosikal Michelin
  • Technology & Performance – menceritakan teknologi terkini dan rekaan terbaru yang diterapkan
  • MotoGP & Motorcycle Racing Strategy – menerangkan tentang usahasama Michelin bersama MotoGP serta penglibatan dalam MotoE
  • Partnership with Original Equipment Manufacturers – menyiarkan kerjasama Michelin dengan pengeluar motosikal dunia

Laman maya ini tampil dengan enam bahasa pilihan, Bahasa Inggersi, Thai, Indonesia, Jepun, Korea dan Vietnam.

Orang ramai yang berminat boleh akses Michelin Motorcycle Tyre Virtual Exhibition di https://motorcycletyreexhibithall.michelin.asia/new-login

Triumph Motorcycles akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi model terbaru, Speed Triple 1200 RR.

Menurut pengeluar motosikal British itu, Speed Triple 1200 RR akan dirasmikan pada 14 September ini.

Bagaimanapun, dalam video ‘teaser’ terbaru berdurasi 45 saat itu, Triumph menampakkan Speed Triple 1200 RR tersebut secara jelas.

Berdasarkan pemerhatian, jentera baharu ini menggabungkan elemen sportsbike dan retro yang unik dengan penggunaan lampu LED bulat didepan yang dipadankan dengan reka bentuk panel klasik.

Sekali imbas, Speed Triple 1200 RR ini membawa aura seakan sama dengan MV Agusta Superveloce 800.

Bagaimanapun, dengan enjin sama yang terdapat pada Speed Triple 1200 RS, pastinya membuatkan model baharu ini jauh lebih baik.

Apa yang pasti, kita tak perlu menunggu lama bagi mengetahui info lebih terperinci tatkala Triumph Speed Tripel 1200 RR 2022 ini akan dilancarkan pada 14 September ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube