Bikesrepublic

Berita Terkini

Porsche akhirnya mengesahkan akan membuka kilang operasi CKD di Malaysia dengan kerjasama Sime Darby, yang merupakan pengedar rasmi jenama Porsche disini.

Perkembangan terbaru itu turut menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama diluar Jerman yang akan memiliki kilang pemasangan seumpamanya.

Difahamkan, operasi CKD Porsche akan dilakukan di kilang pemasangan Inokom milik Sime Darby Motors di Kulim, Kedah, yang ketika ini turut memasang BMW, Hyundai, Mazda dan MINI.

Menariknya, dalam kenyataan dikeluarkan Porsche, setiap model yang dihasilkan akan mengikut keperluan tempatan dan hanya boleh didapati untuk pasaran Malaysia sahaja.

Porsche turut mengesahkan bahawa operasi CKD tersebut akan membuka tirai pada 2022.

Sementara itu, pemasangan CKD tersebut dikatakan akan membabitkan model popular ketika ini, antaranya Cayenne dan Macan.

MForce Bike Holdings, selaku pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia telah pun mengemaskini tiga varian BX 150 untuk pasaran tempatan.

*BX 150R Cafe Race

Menurut MForce, varian BX 150, BX 150X dan BX 150R telah dinaik taraf dari segi rekaan dan corak baharu untuk tahun 2021 bagi memastikan model dilancarkan ada 2018 itu kekal segar.

*BX 150 Classic

Bagaimanapun, ketig-tiga varian masih lagi mengekalkan enjin 149cc 4-lejang, SOCH dengan suntikan bahan api elektronik ang menawarkan 11hp pada 8,000rpm dan 11.9Nm pada 6,000rpm serta dipadankan bersama transmisi 5-kelajuan.

Kesemuanya lengkap dengan fork teleskopik di depan, penyerap hentakan berkembar di belakang, cakera brek 280mm depan dan 229mm belakang serta tangki 14L.

*BX 150X Scambler

Sistem membrek pula dibantu dengan teknologi Combined Braking System (CBS) yang memastikan brek yang lebih efisien sewaktu menunggang.

Ketiga-tiga varian BX 150 ini adalah ditawarkan seperti berikut:

  • BX 150 Classic – RM10,488
  • BX 150X Scrambler – RM10,788
  • BX 150R Cafe Racer – RM11,088

Pelanggan juga akan menikmati waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dulu) bagi setiap pembelian BX 150.

Bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, akan menjadi pelumba pasukan Sepang Racing Team (SRT) bagi musim 2022.

*Andrea Dovioso

Perkara itu didedahkan pengendali Yamaha, Lin Jarvis, dalam satu temu bual bersama media antarabangsa.

Menurut Jarvis, Yamaha telah pun mencapai persetujuan bersama Andrea (Dovizioso) mengenai perkara tersebut dengan pelumba Itali itu akan memulakan saingan seawal pusingan di Misano, September ini.

*Lin Jarvis

“Sasaran utama SRT adalah untuk bekerjasama dengan pelumba muda namun tak ramai pelumba yang benar-benar pantas.

“Kami mahukan Raul Fernandez tetapi dia terikat sementara ramai pelumba muda lain telah pun menandatangani kontrak bersama pengeluar lain.

“Kami telah pun mencapai persetujuan dengan Andrea (Dovizioso) bahawa dia akan berlumba bersama pasukan satelit (SRT) bagi 2021 dan seterusnya pada musim 2022 dengan jentera rasmi YZR-M1,” jelasnya.

Dengan Dovizioso telah pun disahkan menjadi sandaran baharu SRT musim depan, pasukan satelit Yamaha itu masih lagi belum menentukan siapakah yang bakal digandingkan bersama pelumba berpengalaman itu.

*Marco Bezzecchi

“Kami telah pun menghubungi VR46 bagi Marco Bezzecchi tetapi mereka berminat dengan khidmatnya bagi musim 2022.

“Untuk itu pelumba kedua masih belum ditentukan tetapi kami akan mengumumkannya di Misano nanti,” tambah Jarvis.

Pendedahan oleh Jarvis ini sekaligus menyaksikan Dovizioso bakal sertai prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dan Johan Stigefelt selaku pengurus pasukan dalam membentuk satu entiti baharu musim depan setelah Petronas dan SIC telah pun menamatkan usahasama hujung musim ini.

Razlan sebelum ini turut mendedahkan akan mewujudkan pasukan serba baharu yang tidak lagi akan bergerak dengan warna ikonik Petronas musim depan. – GPOne

Fabio Quartararo mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dunia MotoGP setelah merekodkan kemenangan kelima di GP Britan, hari ini.

Pelumba factory Yamaha itu dengan selesa melintasi garisan penamat dengan jarak tiga saat diikuti wakil Suzuki Ecstar, Alex Rins kedua dan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro ketiga.

Sementara itu, Pol Espargaro (Repsol Honda) yang bermula di petak pertama, terpaksa akur di kedudukan kelima meskipun mendahului di peringkat awal perlumbaan.

Perlumbaan rancak pada suatu ketika menerusi saingan adik beradik Pol dan Aleix Espargaro apabila berada dikedudukan pertama dan kedua sebelum Quartararo memintas dan terus membuka jurang besar.

Bagaimanapun, Rins yang bermula di petak ke-10 menampilkan aksi terbaiknya musim ini untuk mengejar kelompok depan sebelum menempatkan diri di tempat kedua.

Pada masa sama, Aleix Espargaro turut pamer aksi terbaiknya setakat ini apabila menghadiahkan podium pertama bagi pasukan Aprilia Racing.

Meskipun sempat dipintas Jack Miller di lap terakhir namun Espargaro kembali mengejar untuk merampas kembali kedudukan ketiga.

Selain itu, Jake Dixon terpaksa akur dikedudukan terakhir dalam aksi sulung di kelas premier bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT).

Berikut keputusan penuh perlumbaan:

Baru-baru ini, Yamaha Motor India telah pun disahkan akan melancarkan generasi baharu Yamaha R15.

Berdasarkan dokumen aplikasi yang difailkan di India, model tersebut dinamakan sebagai Yamaha R15M dan menampilkan komponen lebih premium berbanding versi standard.

Menariknya, Yamaha R15M itu telah pun mendarat di seluruh pengedar rasmi Yamaha di India.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, R15M itu datang dengan dua warna pilihan, Yamaha Blue dan Silver.

Antara perubahan ketara berbanding generasi seterusnya adalah rekaan fasia depan dengan lampu projektor LED yang diinspirasikan daripada YZF-R7.

Lampu projektor tersebut turut diapit dengan dua DRL (daytime running light) di sebelah kiri dan kanan.

Sementara itu, laporan di India mendakwa meskipun bahagian belakang tampil sama seperti generasi sebelumnya namun corong udara dikatakan lebih besar.

Pada masa sama, paparan skrin baharu ini juga dikhabarkan boleh dihubungkan dengan telefon pintar secara Bluetooth.

Sementara itu, Yamaha Motor India juga akan memperkenalkan R15M versi Monster Energy Yamaha MotoGP seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, Yamaha R15M ini akan terus dikuasakan enjin satu silinder, 155cc, penyejukan udara dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Susulan pertambahan litar bagi musim 2022, MotoGP membuat keputusan untuk menyemak semula jadual penganjuran ujian pra-musim.

Ujian pra-musim akan bermula dengan Sepang Shakedown babitkan pelumba uji dan pelumba ‘rookie’ pada 1 hingga 2 Februari sebelum ujian rasmi dilangsungkan pada 5 hingga 6 Februari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

MotoGP kemudiannya akan berangkat ke Litar Jalan Raya Mandalika untuk ujian pra-musim selama tiga hari dari 11-13 Februari.

Ini sekaligus menyaksikan tiada ujian pra-musim akan diadakan di Qatar menjelang perlumbaan pembukaan musim 2022 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac depan.

Sementara itu, kategori Moto2 dan Moto3 akan menjalani ujian pra-musim di Jerez pada 22 hingga 24 November ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube