Bikesrepublic

Berita Terkini

Tahukah anda Ducati pernah membina enjin untuk kereta perlumbaan Formula One?

Nama “Ducati” tidak menimbulkan sebarang kekaburan tentang apa yang mereka bina. Mereka telah mendominasi litar lumba selama bertahun-tahun sekarang dan prestasi semasa mereka dalam MotoGP menyebabkan sesetengah pengkritik mengejek siri perlumbaan itu sebagai “Piala Ducati.” Pengilang Itali itu sangat berbangga dengan pencapaian mereka sehingga Ketua Pegawai Eksekutif Claudio Domenicali menolak sebarang cadangan untuk membina moped dan skuter baru-baru ini.

Tetapi ya, mereka memang membina enjin Formula Satu.

Dekad itu

Ikon Itali itu menemui takdir mereka untuk membina motosikal hanya selepas Perang Dunia Kedua. Mereka menghasilkan radio, bahagian radio dan juga peluru meriam sebelum itu.

Tetapi era selepas perang adalah sukar bagi banyak syarikat di negara-negara selain daripada yang di bumi Amerika. Kilang Ducati telah dibom sehingga hancur pada tahun 1944. Apa yang Ducati ada hanya enjin Cucuiolo yang direka oleh Aldo Farinelli. Jadi, Ducati terpaksa mencari dana dengan mencuba hampir semua perkara.

Industri kereta mula berkembang pesat di Itali selepas perang, jadi Ducati memperkenalkan prototaip kereta mereka yang dipanggil DU4 pada tahun 1946. Ia gagal dan meyingkirkan pembuat itu keluar dari perniagaan automotif untuk 14 tahun akan datang.

Pertukaran peraturan Formula One

Pada tahun 1960, kematian tiga pemandu terkemuka menjadi pendorong kepada penganjur Formula One untuk memaksa pengeluar mengecilkan saiz enjin mereka daripada 2500cc kepada 1500cc, bagi mengekang kelajuan kereta mereka. Perubahan ini menarik minat jurutera Ducati legenda Fabio Taglioni. Dia meneruskan hasrat untuk membina sebuah enjin yang dia fikir mungkin akan berfungsi dengan baik dalam Formula Satu.

Dia tampil dengan V8 1500cc yang menampilkan penggerak injap desmodromik (apa lagi). Ia menghasilkan 170 hp, yang merupakan sesuatu yang amat besar ketika itu.

Pada masa yang sama, pasukan Formula One OSCA-Maserati sedang mencari enjin baharu. Tetapi mereka telah kehilangan begitu banyak wang sehingga mereka tidak mampu membeli enjin F1 Ducati. Selain itu, pasukan lain telah pun mempunyai pembekal enjin mereka dan tiada tempat untuk Ducati.

Oleh itu, enjin Ducati F1 tidak pernah dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Ia mungkin telah akan hilang dalam sejarah jika bukan kerana pencapaian mereka dalam dunia motosikal kini.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. menyokong DEL Racing dan WR Performance untuk membentuk pasukan Yamaha bagi menyahut cabaran rali Rimba Raid 2024.

Pasukan itu yang diuruskan oleh Dato’ Eric Loo, akan menurunkan Muhamad Fareez dan Alan Ng sebagai penunggang. Mereka akan menggunakan jentera Yamaha T7 Ténéré yang telah membuktikan dirinya sebagai jentera yang mendominasi perlumbaan sejak dua tahun lalu. Bagi WR Performance pula, mereka akan memberikan sokongan teknikal dan tayar Motoz kepada pasukan.

Ia menandakan penglibatan rasmi yang sulung bagi Hong Leong Yamaha dalam Rimba Raid. Yamaha T7 Ténéré meletakkan penyertaan mereka dalam Kelas B untuk motosikal berbilang silinder antara 250cc hingga 999cc. Kerjasama dengan DEL Racing dan WR Performance ini akan diteruskan untuk Rimba Raid 2025.

Rimba Raid 2024 akan berlangsung dari 25-29 September di Lenggong, Perak, berpindah dari wilayah biasa mereka di Pahang.

Maaf jika tajuk di atas mengerikan tetapi itulah realitinya yang jika kita tidak menghormati risiko bermotosikal dan mengambil pendekatan mudah.

Sebaliknya, kita boleh mengurangkan beberapa risiko ini. Kita mendapat masalah kerana kita memilih untuk mengabaikan risiko-risiko tersebut. Sesuatu kesilapan yang berlaku jika membawa kereta boleh dimaafkan, tetapi kesilapan kecil di atas motosikal akan menjaminkan kecederaan.

Jadi inilah kesilapan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

1. Menunggang jenis motosikal yang tidak sesuai

Membeli Kawasaki H2 atau apa-apa motosikal dengan 200hp serta-merta selepas mendapat lesen anda adalah resipi untuk bencana. Sentiasa mulakan dengan motosikal yang boleh diurus seperti 250cc atau tidak lebih daripada 500cc dan ‘upgrade’ secara beransur-ansur.

Walaupun begitu, cubalah cari cara untuk meningkatkan kemahiran tunggangan anda (dengan membaca lebih banyak artikel).

2. Menunggang melepasi tahap kemahiran

Ini adalah kesilapan yang boleh dilakukan oleh mana-mana penunggang, tidak kira yang baharu atau berpengalaman. Penunggang baru biasanya agak berhati-hati kerana mereka masih membiasakan diri untuk menunggang. Walaubagaimanapun, selepas enam bulan hingga setahun, anda mungkin berfikir untuk menunggang dengan lebih laju.

Jika anda mendapati diri anda sering melampaui kelajuan ketika memasukki selekoh atau panik apabila menghadapi sesuatu situasi yang mencabar, ini bermakna anda perlu meningkatkan kemahiran menunggang anda.

3. Menunggang seperti di atas litar

Ini boleh berlaku khususnya di jalan kegemaran anda, kerana anda fikir ia selamat untuk memulas pendikit dengan lebih banyak lagi setiap kali. Anda tidak sepatutnya mencari had anda dan motosikal anda di mana-mana di luar trek perlumbaan.

Ini kerana litar tidak mempunyai sebarang trafik dan situasi bahaya seperti di atas jalan. Jika anda ingin menunggang seperti anda berada di trek, pergilah ke ‘trackday.’

4. Tidak memikirkan akibat tindakan anda

Terlalu ramai penunggang kelihatan mementingkan diri sendiri dan melakukan perkara seperti melanggar lampu merah dan menunggang melawan lalu lintas. Kami belum mula menyebut mengenai menunggang secara sembarangan atau tanpa mengambil kira keselamatan diri dan orang lain.

Penunggang yang baik akan memikirkan apa yang akan berlaku jika dia melakukan ini atau itu. Ia mungkin terdengar tidak menyeronokkan tetapi sekali lagi, apa gunanya jika anda tercedera?

Dan berhenti mendengar ego anda bahawa anda sudah menjadi penunggang yang baik, atau lebih teruk, lebih baik daripada yang lain.

5. Terlalu memercayai pengguna jalan yang lain

Mari kita mulakan dengan mengatakan bahawa tidak ada pemandu yang waras yang bangun pada waktu pagi dan memutuskan untuk membahayakan penunggang motosikal dengan sengaja. Setiap pengguna jalan raya adalah manusia lain, sama seperti anda dan saya. Kita melakukan kesilapan, mereka melakukan kesilapan, jadi jangan ambil hati mengenai kesilapan mereka.

Dan oleh kerana semua orang melakukan kesilapan, jangan ambil mudah keselamatan anda sendiri.

Jangan sekali-kali berfikir bahawa kereta di hadapan tidak akan memangkah jalan anda, atau lori itu tidak akan keluar dari persimpangan. Jadi, sentiasa menunggang dengan perasaan bahawa orang lain boleh melalukan kesilapan, walaupun tiada orang yang waras mahukan sebarang masalah.

Statistik polis menunjukkan bahawa angka kematian akibat lumba haram meningkat dengan mendadak di daerah Sungai Buloh dalam tempon Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, “Setakat ini, sebanyak 11 penunggang motosikal dilaporkan maut akibat aktiviti berlumba dengan tujuh kertas siasatan dibuka berbanding tempoh sama tahun lalu dengan tiga penunggang motosikal maut dan tiga kertas siasatan dibuka.

Peningkatan ini amatlah membimbangkan. Justeru itu, ibu bapa atau penjaga haruslah peka dan cakna dalam mengawal kegiatan anak-anak masing-masing.

Khususnya anak-anak dibawah umur, terutama pada waktu malam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lumba haram yang boleh mengancam dan meragut nyawa mereka serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Tegas beliau, penunggang motosikal di bawah umur dan penjaga boleh dituduh mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu bawah umur dan membenarkan orang lain yang tidak memiliki lesen memandu.

Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata dalam isu lumba haram ini, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Beliau berkata demikian berhubung sebuah kes di mana dua orang budak berusia 13 tahun maut akibat bertembung ketika mereka membuat aksi “wheelie.” Kejadian berlaku di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong, Shah Alam, malam tadi.

Penulis ini telah menunggang motosikal selama hampir 40 tahun dan dia boleh menasihatkan anda bahawa menukar tayar kepada yang lebih baik adalah peningkatan prestasi yang terbaik dengan segera.

‘Bikers’ selalu bercakap tentang membuat motosikal mereka lebih ‘power’ dan laju. Ia biasanya melibatkan pengubahsuaian enjin, menukar sistem ekzos, menggantikan alatan ‘standard’ dengan yang lebih ringan, dan juga melaraskan semula atau menggantikan komponen suspensi.

Sebenarnya, satu set tayar baru yang baik boleh membuat perbezaan yang ketara, kerana walaupun enjin anda mungkin memperoleh 30 kuasa kuda tambahan, anda tidak dapat memanfaatkannya ini kerana tayarnya buruk.

1. Keselamatan

Ini merupakan aspek terpenting kerana tayar lama atau yang kurang baik tidak mencengkam dengan sempurna. Ia mungkin melompat di atas bonggol-bonggol di atas permukaan jalan raya dan menyebabkan cengkaman kurang pada permukaan yang kurang rata sepenuhnya. Kompaun tayar yang keras juga menjadikannya kurang lentur untuk mencengkam permukaan jalan.

Lebih kritikal, tayar yang kurang baik juga menjejaskan prestasi brek yang mengakibatkan ketidakstabilan atau lebih teruk, kehilangan cengkaman. Pada motosikal yang ada sistem ABS pula, anda boleh merasakan ABS dicetuskan terlalu awal. Oleh itu, anda akan mengimbanginya dengan menggunakan tekanan brek yang lebih sedikit, justeru menyebabkan jarak dan masa berhenti bertambah.

2. Cengkaman

Tayar yang baik memberikan daya cengkaman yang diperlukan untuk memaksimumkan kuasa enjin semasa pecutan dan tunggangan berkelajuan tinggi, mengoptimumkan prestasi brek, dan membantu suspensi berfungsi dengan lebih baik dalam semua aspek. Tetapi, anda harus memilih jenis tayar yang sesuai untuk jenis motosikal dan keperluan tunggangan anda, contohnya, tayar ‘sport-touring’ apabila anda ingin menunggang motosikal ‘sport-tourer’ anda untuk jarak jauh.

3. Pengendalian

Ini adalah satu lagi kelebihan yang jelas. Tayar tertentu mungkin berasa bagus apabila ia baru, tetapi mula menunjukkan belangnya apabila mula haus. Satu set tayar yang baik yang sesuai dengan ciri-ciri motosikal anda sangat membantu dalam aspek pengendalian motosikal anda.

4. Keselesaan

Tayar lama mungkin telah kehilangan keanjalannya, menyebabkan ia berasa keras. Akibatnya, anda boleh merasakan setiap benjolan yang dilanggar, menyebabkan tangan anda menjadi kebas dan badan anda berasa seperti anda bergelut dengan beruang.

Namun apa yang penting adalah untuk mencari tayar terbaik untuk motosikal dan keperluan anda. Secara amnya, Bridgestone mempunyai pembinaan yang paling keras, diikuti oleh Michelin, kemudian Pirelli, dan yang paling lembut ialah Metzeler. Ia juga bergantung pada jenis tayar, contohnya, jenis ‘sport’ berbanding ‘sport-touring’ berbanding dwi-sukan.

5. Keyakinan

Tayar baharu yang baik memberikan prestasi yang diperlukan apabila melibatkan semua aspek cengkaman termasuk tindakbalas stereng, mengambil selekoh, dan daya cengkaman semasa brek. Aspek-aspek ini menambah keyakinan anda yang seterusnya membolehkan anda berasa lebih santai apabila anda menunggang.

Penutup

Jadi, fikirkanlah tentang menaiktaraf tayar anda terlebih dahulu apabila anda mahu pergi lebih laju. Selain itu, mengubahsuai enjin anda dan komponen lain memerlukan lebih banyak wang, akan membatalkan waranti anda (jika motosikal anda masih baharu), dan boleh mengakibatkan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

Tayar yang baik menawarkan lebih banyak lagi dan merupakan nilai yang lebih baik untuk wang titik peluh anda.

Brek karbon hanya digunakan dalam kelas teratas untuk perlumbaan motosikal (MotoGP) dan kereta (Formula Satu).

Tetapi mengapa hanya motosikal MotoGP yang menggunakannya?

Pada mulanya

Tugas membrek dimulakan oleh brek dram, yang memberi laluan kepada sistem brek cakera. Tetapi ini mempunyai beberapa had termasuk menjadi terlalu panas dan mengurangkan prestasi membrek kerana ia tertutup (walaupun terdapat usaha membuat saluran masuk udara), dan perlu dilaraskan secara manual apabila pad dipakai. Selain itu, pergerakan lengan ayun menyeret lengan penggerak bersama-sama dengannya dan menyebabkan brek diaktifkan apabila suspensi belakang mampat, dan tidak pula makan apabila bahagian belakang terangkat.

MV Agusta ialah pembuat motosikal pertama yang memasang brek cakera pada motosikal mereka pada 1965, namun hanya dalam skala kecil. Tetapi Honda CB750-lah yang mempopularkan brek cakera untuk motosikal produksi apabila ia dilancarkan pada 1969.

Sistem brek cakera menawarkan banyak kelebihan seperti pelaraskan sendiri apabila pad dan cakera haus, ia tidak  dipengaruhi oleh pergerakan lengan ayun; ia menyejukkan sendiri kerana cakera, kaliper, dan pad terdedah kepada aliran udara.

Akibatnya, pembuat brek mula menjadikan sistem brek lebih berkuasa dengan menaiktaraf pam utama, kaliper, cakera, dan pad. Kaliper bermula daripada mengandungi satu omboh, kepada dua omboh, meningkat kepada empat, dan juga enam pada satu masa.

Apabila kuasa brek meningkat, penunggang mendapati mereka boleh membrek lebih kuat dan lebih kuat. Pada masa yang sama, pengeluar motosikal memperkenalkan motosikal yang lebih laju dan lebih pantas. Aksi membrek yang lebih agresif tidak memberikan cakera cukup peluang untuk sejuk dengan secukupnya, terutamanya di trek.

Ini mengakibatkan cakera brek menjadi bengkok. Apabila ia berlaku, pad brek tidak melekap sepenuhnya pada cakera, justeru prestasi membrek berkurangan. Bagi penunggang, tuil brek terus mengundur ke arah bar hendal. Kebengkokan cakera mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi kesannya boleh dirasai.

Pengeluar brek mengatasinya dengan menghasilkan bahan yang lebih baik untuk cakera dan pad untuk menggalakkan penyejukan yang lebih pantas. Walau bagaimanapun, motosikal terus menjadi lebih pantas dan lebih pantas, jadi sekali lagi kuasa brek meningkat dan penunggang brek lebih lambat dan lebih kuat. Tuas mula kembali ke palang semula!

Permulaan brek karbon

Jawapannya dijumpai di dalam sektor penerbangan. Apabila pesawat semakin besar dan berat, mereka terpaksa mendarat pada kelajuan yang lebih tinggi agar tidak terpegun. Oleh itu, mereka memerlukan kuasa brek yang lebih tinggi.

Akhirnya apabila pesawat Concorde supersonik dilancarkan, sayap deltanya memerlukan kelajuan pendaratan yang lebih tinggi daripada pesawat-pesawat dengan sayap biasa. Daya yang diperlukan untuk menghentikannya berupaya mencairkan brek keluli.

Oleh itu, Dunlop membangunkan cakera dan pad brek dengan gentian karbon pertama pada tahun 1969.

Kegunaan di dalam perlumbaan

Kereta Formula Satu juga semakin pantas, terutamanya selepas jurutera Lotus, Colin Chapman menemui faedah aerofoil dan memasangnya pada Lotus 49 pada tahun 1968. Sejak itu, kereta-kereta itu mendapat lebih banyak tujahan. Akibatnya, pemandu mendapati mereka terpaksa memijak pedal brek sehingga ke lantai!

Brabham memutuskan untuk mencari Dunlop yang telah membangunkan brek untuk Concorde bagi menghasilkan brek karbon untuk kereta Formula Satu mereka pada 1976.

Bagi motosikal pula, Wayne Rainey mencubanya pada GP British 1988 dan kagum dengan prestasi mereka dan terus memenangi perlumbaan itu. Maka bermulalah kegunaan brek karbon di dalam kelas Grand Prix 500cc.

Kelebihan sistem brek karbon

Brek karbon memerlukan haba untuk berfungsi. Dengan kata lain, haba perlu dijana dan disimpan dalam cakera untuk sistem berfungsi pada tahap optimumnya.

Ini bertentangan terus dengan cakera keluli atau besi, yang perlu disejukkan, jika tidak, haba berterusan tidak lama lagi akan membengkokkannya atau membawanya ke takat lebur.

Brek karbon pertama memerlukan penunggang menggunakan sedikit tekanan pada tuil brek hadapan dalam beberapa pusingan pertama untuk memastikan cakera panas. Tetapi penyelidikan dan pembangunan lanjut telah menghasilkan bahan-bahan hari ini.

Sistem terkini tidak memerlukan penunggang untuk terus menarik tuil untuk memanaskan brek. Sebaliknya, penunggang hanya perlu membrek dengan kuat semasa sebelum bermulanya perlumbaan. Cakera akan mencapai suhu operasi 200° Celsius pada permulaan perlumbaan dan akan terus berfungsi apabila haba dikekalkan antara 200° hingga 800° Celsius.

Tetapi kerana brek karbon memerlukan haba untuk berfungsi, pasukan-pasukan perlumbaan akan menukarnya kepada cakera keluli dan pad sinter apabila berlumba dalam hujan. Bagaimanapun, ini berubah apabila Bradley Smith menamatkan saingan di tempat kedua di Grand Prix San Marino pada 2015 dengan cakera dan pad karbon walaupun hujan. Namun, ia disebabkan oleh sifat trek yang memerlukan aksi membrek yang kuat bagi membina haba yang diperlukan.

Brek terbaharu mempunyai faktor geseran yang jauh lebih tinggi dan sangat berkuasa sehingga ia boleh memperlahankan motosikal dari 355 km/j hingga 90 km/j dalam jarak kurang daripada 300 meter, dalam masa kurang daripada 5 saat.

Satu lagi faedah menggunakan brek karbon ialah berat ‘tidak berspring’ yang lebih rendah justeru mengurangkan daya giroskopik.

Jadi, tidak hairanlah mereka berharga USD 20,000 setiap satu!

Tetapi mengapa mereka tidak digunakan dalam kelas lain?

Faktor terbesar ialah kos, oleh itu penganjur Dorna dan FIM memutuskan bahawa adalah lebih baik untuk mewajibkan brek keluli untuk kelas lain untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan. Itulah sebabnya brek karbon hanya digunakan dalam MotoGP, manakala brek keluli digunakan dalam Moto2, Moto3, World Superbike dan sebagainya. Brek karbon pernah digunakan dalam kelas 250cc pada satu masa tetapi kelas Moto2 telah kembali kepada brek keluli.

Bolehkah saya menggunakannya di jalan raya?

Tidak, ia terlalu tidak praktikal untuk kegunaan di jalan raya. Ia mustahil seseorang penunggang dapat terus membina dan menahan suhu operasi dalam cakera dalam cuaca kering, apa lagi apabila hujan dan pada bulan-bulan yang lebih sejuk. Satu-satunya cara untuk menjana haba yang mencukupi dan mengekalkannya adalah dengan memastikan tuil brek ditekan sepanjang masa. Sebaliknya, brek keluli pada motosikal jalan raya berfungsi antara -50 hingga 600° Celsius.

Selain itu, cakera karbon bertahan hanya kira-kira 1000 kilometer.

Sistem brek karbon semasa semuanya dibekalkan oleh Brembo yang telah melabur banyak dalam teknologi itu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube