Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas kejayaan memperkenalkan V-Strom 650 XT, SV650, GSX-R1000, GSX-R1000R, Katana 1000, V-Strom 1050 XT dan Hayabusa sebelum ini, Suzuki Malaysia akan terus mengukuhkan jenama motosikal Jepun itu di Malaysia dengan dua model baharu.

Berdasarkan hantaran terbaru di Facebook, Suzuki Malaysia memperkembangkan portfolio dengan model ‘hyper-naked’ Suzuki GSX-S1000 dan skuter maxi, Burgman 400.

Suzuki GSX-S1000

Suzuki GSX-S1000 merupakan versi yang lebih berkuasa daripada GSX-S750 dan memasuki generasi kedua, selepas enam tahun generasi pertama diperkenalkan pada 2015.

Selain datang dengan rekaan serba baharu, GSX-S1000 juga menerima pelbagai naik taraf terkini antaranya enjin 999cc 4-inline itu kini mencapai standard Euro 5 dan berupaya menghasilkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi sebelumnya.

Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu.

Suzuki GSX-S1000 ini juga datang dengan pakej elektronik lengkap yang merangkumi:

  • Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Clutch Assist System
  • Quickshifter
  • Traction Control dengan lima mod berbeza
  • Suzuki low-rpm assist

Berdasarkan harga yang dimuat naik salah satu pengedar Suzuki Malaysia, Suzuki GSX-S1000 ini ditawarkan pada harga RM76,900.

Suzuki Burgman 400

Segmen skuter maxi di Malaysia bakal menjadi lebih rancak dengan Suzuki Burgman 400.

Skuter maxi ini telah dinaik taraf dengan enjin 400cc satu silinder yang telah dipertingkat dengan penggunaan twin-spark bagi menjaminkan pembakaran yang lebih efisien.

‘Timing’  enjin juga telah diolah agar lebih mudah dihidupkan, serta lebih lancar sewaktu ‘idling’. Enjin Burgman 400 ini juga mencapai standard Euro 5.

Meskipun rekaan keseluruhan tampak tak berubah namun, Burgman 400 ini didatangkan dengan fungsi elektronik terkini antaranya traction control dan ABS.

Ruang bawah tempat duduk juga cukup besar dengan kapasiti 42L sementara pencahayaan juga lebih baik dengan sistem lampu LED. Skuter ini juga dilengkapi soket 12V.

Buat masa ini, Suzuki Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi bagi kedua-dua model ini namun perkara itu dijangka akan dilakukan pada masa terdekat.

Merujuk kepada hantaran Facebook pengedar Suzuki Malaysia, Suzuki Burgman 400 ini dijual pada harga RM45,999.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyambut baik inisiatif kerajaan dengan pelaksanaan ‘Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia’ sebanyak RM1,000 bagi meringkankan beban rakyat yang terkesan dengan banjir kilat yang melanda negara sebelum ini.

Bagi menyokong inisiatif tersebut, HLYM turut menawarkan diskaun sehingga 25 peratus bagi kerja pembaikan.

Orang ramai boleh menebus baucar RM1,000 tersebut bagi tujuan berikut:

  • baik pulih motosikal persendirian yang terjejas dengan banjir
  • bayaran pendahuluan untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal alami ‘total loss’

Sementara itu, HLYM mengingatkan orang ramai yang mahu menebus baucar bagi tujuan baik pulih perlu membawa salinan kad pengenalan sementara bagi yang bertujuan membeli motosikal perlu membawa salinan kad pengenalan, laporan polis atau insurans, gambar kerosakan banjir atau sebarang laporan berkaitan.

Baucar Diskau Automotif Keluarga Malaysia sebanyak RM1,000 boleh ditebus hingga 31 Mac ini.

PROTON telah diumumkan selaku salah satu daripada kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China, tahun ini.

Menurut PROTON dalam satu kenyataan, pencapaian tersebut berjaya diraih hasil daripada kerjasama dengan Geely Auto Group yang merupakan rakan kongsi prestij rasmi Sukan Asia, kali ini.

Difahamkan, kesemua model PROTON terkini termasuk Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70 akan diguna pakai di kejohanan Asia itu pada 10 hingga 25 September depan.

Pengumuman tersebut turut disampaikan Timbalakn Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

“Mencerminkan komitmen PROTON ke arah ‘Inspiring Connections’ dan usaha berterusan kami untuk kecermelangan, kami ingin menawarkan cara baru bagi memeriahkan Sukan Asia ke-19 melalui kempen-kempen kami.

“Acara pelbagai sukan di Asia akan memberikan platform penting kepada PROTON, dan matlamat kami adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat untuk sertai kami dan memberikan sokongan kepada olahragawan negara bagi mendorong mereka untuk mencapai kejayaan, dan merangkul identity kita sebagai sebahagian dari Keluarga Asia,” jelasnya.

Generasi ketiga Isuzu D-Max bingkas menarik minat pengguna di Malaysia sejak dilancarkan April tahun lalu.

Gabungan rekaan moden dan keselesaan terbaik telah mengangkat tahap trak pikap generasi terbaru dari Isuzu itu.

Model ‘flagship’ Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L paling menonjol yang turut sekaligus meningkatkan daya tarikan jenama trak pikap Isuzu di Malaysia.

Meskipun model D-Max turut terkesan dengan masalah kekurangan semi-konduktor yang melanda dunia ketika ini namun Isuzu Malaysia berjaya serahkan 713 unit model X-Terrain kepada pengguna.

Bagaimanapun, model 1.9L 4×4 terus kekal sebagai model paling popular dengan 842 unit telah pun berjaya dijual dengan pengguna di Lembah Klang dan Kota Kinabalu muncul sebagai pelanggan dengan permintaan tertinggi setakat ini.

Varian X-Terrain juga muncul sebagai trak pikap paling berjaya apabila menggondol lima anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’ tahun lalu .

Ekoran permintaan tinggi memasuki 2022, Isuzu Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang tangguhan penyerahan kenderaan agar pelanggan tidak berasa kecewa dengan tempoh masa menunggu ketika ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil sekumpulan pemilik kereta Honda selepas didapati berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai menerusi perkongsian yang tular di laman sosial.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selepas pihaknya mengesan perkongsian di media sosial yang menunjukkan sebuah kelab kereta berhimpun di lorong kecemasan di lebuh raya terbabit pada Sabtu lalu.

Menurut Fazley, polis Seremban akan memanggil ketua kelab sementara 48 kereta yang berkumpul juga telah dikenal pasti.

“Untuk permulaan kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah seperti yang tular itu merupakan satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” jelasnya.

Tambah Fazley lagi, kesemua individu terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Pada masa sama, Fazley memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menilai cadangan untuk menyelaraskan tempat untuk tujuan bergambar.

“Lebuhraya Temiang-Pantai merupakan lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit tetapi tindakan mengambil gambar seperti yang tular itu boleh mengundang bahaya,” tambahnya. – HM


Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, menegaskan bahawa Kejuaraan Dunia MotoGP akan dikurangkan kepada 19 perlumbaan sekiranya terdapat lokasi perlumbaan yang mewajibkan kuarantin.

Bagi Ezpeleta, Dorna lebih sanggup mengurangkan pusingan perlumbaan dari 21 ke 19 daripada menjalani kuarantin di negara yang menguatkuasakan perkara itu susulan varian Omicron.

“Jika kami dimaklumkan bahawa perlu menjalani kuarantin sehingga 14 hari, jawapan kami jelas. Kami tidak akan ke negara itu.

“Bagi negara lain yang tidak memerlukan kuarantin, mereka boleh meminta sijil vaksinasi lengkap atau sebarang dokumentasi seperti yang dilakukan tahun lalu,” ujar Ezpeleta.

Ketika musim 2021, hanya 18 pusingan MotoGP berlangsung dengan pusingan di Jepun, Finland, Australia, Malaysia dan Thailand dibatalkan ekoran krisis Covid-19.

Kecuali pusingan di Qatar dan Amerika Syarikat, kesemua pusingan lain hanya berjalan di benua Eropah ekoran rata-rata negara luar mewajibkan kuarantin antara tujuh hingga 14 hari.

Bagaimanapun, Malaysia dijangka akan kembali menganjurkan MotoGP musim 2022 bermula dengan ujian pra-musim yang dijadualkan berlansung pada 4 hingga 5 Februari ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube