Bikesrepublic

Berita Terkini

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan Yamaha NVX 2021 menerusi siaran virtual hari ini.

Bagi tahun 2021, Yamaha NVX tampil dengan dua varian, standard dan dengan ABS sekaligus memperkembangkan pilihan bagi segmen skuter 150cc.

NVX baharu ini menjadi model Yamaha pertama di Malaysia menawarkan ciri Y-Connect, yang membolehkan penunggang memadankan telefon pintar kepada skuter bagi mendapatkan info dan status terkini jentera.

Antara info yang disampaikan adalah:

  • status semasa bateri dan minyak enjin
  • status penggunaan bahan api
  • peringatan servis
  • lokasi terakhir jentera

Selain daripada memudahkan penjagaan dengan peringatan servis, ciri Y-Connect juga memudahkan pemilik mengenal pasti lokasi jentera sekaligus memberi kelegaan sewaktu meletakkan kenderaan.

Enjin Yamaha Blue Core 155cc SOHC dengan VVA ini juga menawarkan peningkatan kuasa 15hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm berbanding model sebelumnya.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • skrin LCD digital dengan keterhubungan Y-Connect
  • rekaan lampu LED serba baharu di bahagian depan dengan 12 LED kompak di bahagian belakang
  • soket 12v DC
  • sistem Start & Stop (varian ABS)
  • Smart Key @ keyless (varian ABS)
  • penyerap hentakan belakang dengan sub tank (varian ABS)

Yamaha NVX baharu ini juga mampu pergi lebih jauh dengan jarak 200km berbanding model sebelumnya hasil bantuan tangki yang lebih besar, 5.5L berbanding 4.6L sebelum ini.

Varian ABS juga didatangkan dengan fungsi ABS satu saluran dan dipadankan bersama cakera brek 230mm di bahagian depan.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Yamaha NVX baharu ini pada harga RM8,998 bagi varian Standard dan RM10,998 bagi varian ABS.

Pasukan VR46 sah sertai MotoGP musim depan dan akan beraksi di kelas premier sehingga 2026 setelah menandatangani perjanjian bersama penaja utama Saudi Aramco.

Projek MotoGP tersebut berjaya dilunaskan hasil kerjasama dengan Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik YM Putera Abdulaziz Al-Saud.

“Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik Putera Abdulaziz bin Abdullah Al-Saud, mengumumkan perjanjian strategik bersama pasukan VR46 Valentino Rossi di MotoGP.

“VR46 akan membuat penampilan bermula 2022 bersama Tanal Entertainment Sport & Media dan Saudi Aramco sebagai penaja utama bagi tempoh 2022-2026.

“ARAMCO Racing Team VR46 akan beraksi di litar dengan sokongan beberapa penaja penting lain di pentas dunia,” jelas Tanal Entertainment Sport & Media dalam satu kenyataan rasmi.

Saudi Aramco bukan syarikat asing dalam sukan permotoran kerana telah pun terlibat dalam sukan Formula 1.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula 77,708 unit kenderaan pelbagai model bagi menggantikan ‘fuel pump’.

Menurut Honda Malaysia, panggilan semula itu membabitkan model berikut:

Sementara itu, Honda Malaysia memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku atas pengumuman ini.

Bagaimanapun, semua model baharu tidak terkesan dengan panggilan semula ini.

Semua pelanggan ang terkesan akan dimaklumakn menerusi surat pemberitahuan namun semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi HondaTouch.

Honda Malaysia menggesa semua yang terlibat untuk menghubungi pengedar rasmi Honda bagi menetapkan janji temu untuk menggantikan ‘fuel pump’.

Penggantian tersebut adalah percuma dan segala kos berkait dengan penggantian tersebut akan ditanggung pihak Honda Malaysia.

Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 telah pun selamat tiba di Malaysia menerusi sesi ‘unboxing’ yang dijalankan secara strim langsung oleh Fast Bikes Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi tunggal jenama Triumph Motorcycles di Malaysia.

Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm).

Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya.

Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi.

‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya.

Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994.

Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu.

Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compression
  • monoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)
  • tayar Metzeler RACETEC RR
  • Cornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)
  • paparan TFT 5″
  • lima mod tunggangan
  • Triumph Shift Assist (Quickshifter)
  • lampu LED penuh
  • sistem keyless
  • My Triumph Connectivity
  • berat 198kg

Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang.

Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion.

Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, Speed Triple 1200 RS 2021 ini ditawarkan pada harga RM99,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Benelli, SYM dan WMoto di Malaysia mahu memberi ganjaran kepada peminat motosikal di Malaysia.

*WMOTO Xtreme 150i

Sebagai penghargaan terhadap kerjasama dan kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, MForce menawarkan 10 buah helmet jenama LS2 secara percuma.

*SYM Jet X 150

Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengimbas kod QR di bawah, kemudian mengisi soalan kaji selidik. 10 calon bertuah akan membawa pulang helmet baharu dari LS2!

*Imbas kod dan isi kaji selidik dan 10 calon bertuah akan membawa pulang helmet LS2 baharu!

Kami dimaklumkan pihak MForce bahawa peraduan ini telah pun berjalan dan akan berakhir pada hujung Jun ini.

Peluang memenangi helmet LS2 ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Ketika pengeluar dua roda lain yang sudah memulakan projek elektrik, Husqvarna juga enggan ketinggalan apabila mendedahkan E-Pilen, motosikal elektrik sulung syarikat itu.

Berdasarkan rekaan, Husqvarna E-Pilen jelas menampilkan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada Svartpilen dan Vitpilen.

*Husqvarna Svartpilen

Seperti motosikal elektrik lain, E-Pilen juga memperlihatkan rekaan panel yang sama di bahagian tengah, bagi memuatkan tiga pek bateri.

Meskipun tiada info mengenai bateri yang diguna pakai namun berdasarkan saiz motosikal tersebut, bateri terbabit mungkin hanya menawarkan 1.5kWh setiap satu.

Melihat kepada rekaan (konsep) E-Pilen ini, jelas Husqvarna membina jentera tersebut bagi kegunaan kawasan bandar dan bukannya untuk tunggangan jarak jauh.

Menurut Husqvarna, E-Pilen mampu pergi sejauh 100km sebelum perlu mengecas semula bateri.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube