Bikesrepublic

Berita Terkini

Peluang untuk Toprak Razgatlioglu menyapu bersih pusingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Magny-Cours, Perancis, tidak kesampaian apabila kemenangan di Superpole telah dibatalkan gara-gara protes dari Kawasaki.

Kawasaki mendakwa pelumba Yamaha itu telah melebihi had litar (track-limit) sewaktu melakukan pintas terhadap Jonathan Rea.

Penganjur kemudiannya mengambil masa lebih empat jam sebelum memutuskan protes Kawasaki itu berasas lantas menghadiahkan kemenangan kepada Rea.

Keputusan itu turut menyaksikan jurang antara Razgatlioglu selaku pendahulu kejuaraan dan Rea dipisahkan hanya tujuh mata.

Ini juga menyaksikan Razgatlioglu masih berputih mata dalam melakukan kemenangan berganda di pusingan WorldSBK.

Sementara itu, prinsipal pasukan Pata Yamaha, Paul Denning, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut.

“Minggu ini kami disajikan dengan saingan hebat antara dua calon kejuaraan,

“Bagi pasukan kami, ini kali pertama kami menang ketiga-tiga perlumbaan. Bagi Toprak, ini adalah pencapaian sulung dalam kariernya.

“Saya kecewa dengan protes dari Kawasaki kerana kami sesekali tidak akan mengambil jalan itu,” jelasnya.

Difahamkan, Race Direction telah pun memutuskan diakhir perlumbaan bahawa tiada kesalahan dilakukan Razgatlioglu kerana situasi itu tidak memberikan sebarang kelebihan pada pelumba itu.

Bagaimanapun, protes dari Kawasaki termasuk rakaman ‘onboard’ dari Rea meletakkan tayar belakang Razgatlioglu cecah had litar kurang 5mm.

Pos Malaysia Terima ‘Walk-In’ Bagi Urusan Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan

Pos Malaysia kini menerima ‘walk-in’ bagi semua urusan pembaharuan lesen dan cukai jalan di semua kaunter operasi seluruh negara bermula Isnin ini.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee ka Siong memaklumkan bahawa orang ramai yang sebelum ini telah membuat janji temu boleh terus mengikut tarikh ditetapkan atau terus ‘walk-in’ ke mana-mana kaunter Pos Malaysia berdekatan untuk berurusan.

Sebelum ini, Wee Ka Siong turut menjelaskan bahawa kaunter urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi secara kapasiti penuh bermula Isnin bagi pelanggan yang telah lengkap dua dos vaksin.

Moratorium pembaharuan lesen dan cukai jalan juga telah pun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Boon Siew Honda dijangka akan melancarkan Honda CBR150R 2021 pada 7 September ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Honda Motorcycle Malaysia dengan slogan ‘Bersedia Untuk Sesuatu Ketangkasan’.

Meskipun tidak mendedahkan rupa jelas model tersebut namun berdasarkan siluet yang ditayangkan, jangkaan kami merujuk kepada CBR150R yang sebelum ini telah pun dipasarkan di negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia, Filipina dan Laos.

Sekiranya benar, maka segmen motosikal sportsbike 150cc bakal bertambah rancak apatah lagi sebelum ini orang ramai hanya disajikan dengan Yamaha YZF-R15.

Bagaimanapun, semakan di ruangan komen Honda Motorcycle Malaysia, rata-rata masih mempersoalkan bilakah Winner X akan diperkenalkan di Malaysia.

Apa pun, segalanya akan terjawab pada 7 September ini jam 8 malam di Facebook Honda Motorcycle Malaysia.

Kerajaan bakal mengumumkan kebenaran rentas negeri serta beberapa kelonggaran lain dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan juga sedang pertimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan kita sudah putuskan beberapa siri cadangan,” jelasnya.

Difahamkan, perkara tersebut akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Ada harapan (untuk rentas negeri), cuma saya (minta) sabar sekejap lagi, sikit saja masa lagi,” tambahnya. – HM

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan lanjutan moratorium bagi pembaharuan lesen memandu (LMM) dan cukai jalan (LKM).

Menurut Wee Ka Siong lagi, lanjutan ini juga bermakna penguatkuasaan JPJ tidak akan memfokuskan terhadap lesen dan cukai jalan hingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan perlu memastikan adanya perlindungan insurans yang sah dan harus dipamerkan sewaktu pemeriksaan kenderaan dilakukan oleh JPJ.

Lanjutan moratorium ini dikuatkuasakan setelah pihak kementerian mendapati ramai yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semua kaunter bagi individu yang mahu berurusan secara ‘walk-in’ bermula 6 September ini.

Bagaimanapun, hanya indiivdu yang selesai dua dos vaksin Covid-19 (melebihi 14 hari selepas dos kedua) dibenarkan untuk hadir.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pembukaan kapasiti penuh kaunter JPJ adalah memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Kaunter juga akan beroperasi pada hujung minggu sekiranya ada keperluan termasuk bagi negeri yang cuti pada Jumaat.

Tambah Wee Ka Siong lagi, individu yang hadir untuk urusan JPJ perlu mempamerkan status Risiko Rendah Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

JPJ juga akan hentikan sistem janji temu dalam talian bermula 6 September ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube