Bikesrepublic

Berita Terkini

Yamaha telah buat keputusan untuk menamatkan kontrak Maverick Vinale berkuatkuasa serta merta.

Keputusan bersama itu dicapai susulan penggantungan Vinales daripada GP Austria minggu lalu.

Sebelum ini, Vinales digantung ekoran tindakannya dengan sengaja merosakkan enjin jentera M1 ketika di lap akhir GP Styria di Red Bull Ring.

Vinales kemudiannya membuat permohonan maaf atas tindakannya yang disifatkan sebagai gagal mengawal emosi.

Pelumba Sepanyol itu sebelum ini disahkan akan meninggalkan Yamaha di hujung musim 2021 selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak setahun lebih awal.

Bagaimanapun, pengendali Yamaha, Lin Jarvis menyifatkan menamatkan perjanjian lebih awal adalah jalan terbaik bagi kedua belah pihak.

“Kami telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kerjasama lebih awal.

“Keputusan ini akan membenarkan dia (Vinales) untuk menetapkan masa depannya di samping memberi ruang kepada kami memfokuskan baki musim ini di samping mencari pengganti,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pelumba uji, Cal Crutchlow akan digandingkan bersama Fabio Quartararo di Silverstone minggu depan.

Sebelum ini, pelumba SRT, Franco Morbidelli dicanang akan diangkat ke Yamaha menggantikan Vinales.

Rapid KL telah mengumumkan penutupan sejumlah besar stesen LRT, MRT dan Monorel bermula esok, 21 Ogos dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Rapid KL, penutupan tersebut membabitkan 15 stesen LRT, lapan stesen MRT dan kesemua stesen Monorel.

Berikut senarai stesen yang terlibat menurut Rapid KL:

  • LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling
    • Chan Sow Lin
    • Hang Tuah
    • Masjid Jamek
    • Sultan Ismail
    • Pudu
    • Plaza Rakyat
    • Bandaraya
    • Cheras
  • LRT Laluan Kelana Jaya
    • Kampung Baru
    • Masjid Jamek
    • KL Sentral
    • Abdullah Hukum
    • Dang Wangi
    • Pasar Seni
    • Bangsar
  • MRT Laluan Kajang
    • Taman Pertama
    • Cochrane
    • Bukit Bintang
    • Pasar Seni
    • Maluri
    • Tun Razak Exchange (TRX)
    • Muzium Negara
  • Kesemua stesen Monorel KL

Punca penutupan tidak dinyatakan dengan jelas selain pihak Rapid KL menyatakan tindakan itu adalah bertujuan memelihara keselamatan awam.

Scott Redding bakal meneruskan cabaran di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama BMW Motorrad.

Pengumuman itu tiba setelah Redding merekodkan kemenangan ketiga musim ini di Most.

“Kami berbesar hati menyambut Scott (Redding) ke keluarga WorldSBK kami. Beberapa tahun ini, dia telah membuktikan peningkatan yang baik daripada British Superbike (BSB) ke WorldSBK dan menjadi pelumba yang hebat,” jelas Pengarah Permotoran BMW Motorrad, Marc Bongers.

Redding bakal meninggalkan Ducati selepas menghabiskan dua musim bersama pasukan Itali itu dan akan beralih ke jentera BMW M 1000 RR musim depan.

Dia akan digandingkan bersama Mark Van Der Mark dan Tom Sykes sekiranya proses lanjutan kontrak berjalan dengan baik.

Ducati Malaysia telah pun membuka tempahan bagi tawaran terbaru 2021, Ducati Multistrada V4S.

Pengumuman pra-tempahan itu dibuat menerusi saluran media sosial Ducati Malaysia namun tiada harga rasmi diumumkan setakat ini.

Ducati Multistrada V4S merupakan motosikal segmen adventure yang telah pun dilancarkan secara global menerusi Ducati World Premier hujung tahun lalu.

Ducati Multistrada V4 ini didatangkan dengan enjin serba baharu, dinamakan Granturismo V4 yang bersesaran 1,158cc yang menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.

Unit ini tidak lagi mengguna pakai injap Desmodromic seperti jentera Ducati lain sebaliknya menerapkan injap spring (valve spring) sekaligus meletakkan ‘major service interval’ berada pada 60,000km berbanding 30,000km sebelum ini.

Ducati menawarkan tiga varian Mulitstrada ini untuk pasaran dunia, V4 (standard) lengkap dengan warna Ducati red dan rim serba hitam, V4 S hadir dengan pilihan warna Aviator Grey serta fungsi quickshifter (up/down) manakala V4 S Sport ditawarkan dengan livery Sport serta ekzos Akrapovic (jenis gentian karbon) dan fender depan gentian karbon.

Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan dukacita mengumumkan pembatalan MotoGP Malaysia 2021 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Oktober ini.

Pembatalan ini juga mengesahkan bahawa tiada pusingan di Asia dijalankan setelah Jepun dan Thailand turut mengambil langkah sama sebelum ini.

Bagaimanapun, SIC terus optimis agar MotoGP kembali ke Malaysia bagi musim 2022.

Sementara itu, SIC mengucapkan terima kasih kepada Dorna Sports, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa dan peminat sukan permotoran tempatan atas sokongan dan kerjasama diberikan sehingga kini.

Pengumuman pembatalan tersebut sudah dijangka setelah menilai status semasa negara dalam memerangi Covid-19 setakat ini.

Sementara itu, GP Malaysia akan digantikan dengan GP Misano pada tarikh sama.

Minggu lalu, Yamaha telah pun menggantung Maverick Vinales daripada beraksi di GP Austria ekoran tindakannya dengan sengaja cuba merosakan enjin jentera M1 ketika di GP Styria pada minggu sebelumnya.

Vinales kemudiannya telah pun membuat permohonan maaf dan mengakui tindakannya ekoran gagal mengawal emosi.

Bagaimanapun, dalam laporan terbaru, pelumba Sepanyol itu sekali lagi akan menjalani penggantungan dan tidak akan terlibat dengan perlumbaan di Silverstone, hujung bulan ini.

Difahamkan, Fabio Quartararo akan digandingakn dengan pelumba uji, Cal Crutchlow di GP Britain.

Crutchlow sebelum ini telah pun beraksi untuk beberapa pusingan bersama Sepang Racing Team (SRT), menggantikan Franco Morbidelli yang alami kecederaan.

Sementara itu, SRT akan menggandingkan Valentino Rossi bersama pelumba Moto2, Jake Dixon, yang akan membuat penampilan sulung MotoGP di laman sendiri.

GP Britain bakal jadi medan ujian untuk SRT menilai kemampuan Dixon, dalam usaha mencari dua pelumba baharu yang akan membawa saingan pasukan itu menjelang musim 2022.

Pelumba Moto3, Darryn Binder, juga dicanang akan diangkat ke SRT musim depan.

Minggu lalu, SRT disahkan tidak akan meneruskan kerjasama dengan Petronas selaku penaja utama (title sponsor) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi musim 2022 sekaligus akan bergerak sebagai entiti bebas. – Motorsport.com

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube