Bikesrepublic

Berita Terkini

Jorge Lorenzo telah dibebaskan daripada pertuduhan pengelakan cukai oleh Mahkamah Pentadbiran Ekonomi Pusat Sepanyol.

Terdahulu, mahkamah itu berkata Lorenzo berhutang €35 juta (RM176.4 juta) cukai pendapatan tak dibayar pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

Pada tahun-tahun itu, Lorenzo merupakan pelumba rasmi Yamaha, dan perbendaharaan Sepanyol mendakwa bahawa penduduk asal Mallorca itu bermastautin di Sepanyol pada masa itu, oleh itu perlu membayar cukai pada kerajaan Sepanyol.

Namun, Lorenzo menegaskan (dengan bantuan pasukan perundangannya) bahawa kediamannya berada di Switzerland selama tempoh ini – sebuah negara yang syarat minimum pemastautin adalah bahawa penduduk Switzerland mesti menghabiskan sekurang-kurangnya 90 hari sepanjang tahun di situ, sebelum mereka diberikan kediaman dan tidak perlu membayar cukai.

Setelah menyiasat isu ini dan fakta yang dikemukakan, mahkamah Sepanyol mendapati bahawa tempat tinggalnya sebenarnya memenuhi syarat Swiss, dan memutuskan untuk memihak kepada Lorenzo lalu membebaskan beliau daripada pertuduhan itu.

Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa cukai Sepanyol cuba menuntut cukai dari pelumba.

Contoh sebelum ini termasuk Dani Pedrosa, Aleix & Pol Espargaro, dan Sito Pons yang kesemuanya juga dituduh lari dari membayar cukai.

Ducati bakal menambah satu lagi varian Streetfighter V4 dengan versi SP berdasarkan dokumen yang telah difailkan di Amerika Syarikat.

Menurut data homologasi dari AS itu, Ducati Streetfighter V4 SP itu akan terus dikuasakan enjin V4 1,103cc seperti yang terdapat pada varian standard dan V4 S namun versi SP ini akan tampil jauh lebih ringan.

Menjadikan Panigale V4 SP sebagai acuan utama, dijangkakan rata-rata komponen dan panel yang terdapat pada Streetfighter V4 akan digantikan dengan bahan jenis gentian karbon.

Bahagian rim juga dijangka akan mengguna pakai bahan jenis magnesium seperti yang terdapat pada varian V4 S dalam usaha meningkatkan nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio).

Sentuhan terakhir pastinya membabitkan penggunaan sistem klac kering (dry clutch) seperti yang terdapat pada Panigale V4 SP.

Difahamkan, Ducati bakal menjadikan EICMA 2021 sebagai platform pelancaran model baharu ini.

TVS Motor Company telah melancarkan skuter yang mereka dakwa sebagai skuter 125cc paling berkuasa dan berteknologi tinggi di pasaran – NTorq 125 Race XP.

Diinspirasikan oleh rekabentuk pesawat ‘stealth’, TVS NTorq 125 Race XP menayangkan gaya agresif, dengan lampu LED di hadapan dan belakang.

Warnanya juga mendapat inspirasi daripada motosikal lumba, dan roda merahnya menambahkan lagi gayanya.

Enjin terbaru TVS NTorq 125 Race XP merupakan enjin 125cc silinder tunggal yand dilengkapi sistem Race Tuned Fuel Injection (RT-Fi) yang mengeluarkan 10hp kuasa dan tork sebanyak 10.8Nm.

Menurut TVS, ini adalah enjin skuter 125cc paling berkuasa dalam segmen pasarannya.

Apa yang membezakannya dari pesaingnya adalah tambahan teknologi yang pada kebiasaannya hanya terdapat pada motosikal sesaran lebih besar; contohnya, ia mempunyai dua mod iaitu Race dan Street.

Pada mod Street, NTorq memberi kuasa dengan lancar, iaitu paling sempurna untuk menunggang di bandar, sementara mod Racememberi penunggang tindak balas pendikit yang lebih tajam untuk menunggang lebih agresif, terutama di jalan raya lurus.

Ciri yang paling menonjol dari NTorq baru adalah Bluetooth melalui TVS SmartXconnect, yang membolehkan penunggang mengawal fungsi seperti menukar mod menunggang, navigasi, kecerahan konsol dan banyak lagi.

TVS SmartXonnect juga mempunyai ciri bantuan suara – juga yang pertama dalam segmen ini – dan penunggang kini dapat mengawal beberapa tetapan melalui interaksi suara semasa mereka berada di jalan raya.

NTorq 125 Race XP baru kini terjual di India dan terdapat dalam skema warna tiga nada, dengan harga 83,275 rupee (RM4,748).

Diperkenalkan secara global pada lewat tahun lalu, Ducati Malaysia kini membuka pra-tempahan bagi XDiavel Black Star.

Bagi tahun 2021, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan bagi varian baharu XDiavel ini.

Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula ini menghasilkan 160hp (naik 8hp) pada 9,500rpm dan 127Nm pada 5,000rpm berbanding 152hp dan 125Nm sebelum ini.

Antara langkah yang dilaksanakan Ducati bagi mencapai standard Euro 5 adalah dengan menggantikan ‘silencer’ ekzos dengan rekaan baharu yang didatangkan dari Diavel 1260.

Ducati XDiavel Black Star menawarkan pilihan warna yang lebih menonjol dengan gabungan warna kelabu, hitam matte dengan kemasan warna merah yang terpampang di tangki dan di pelindung cylinder head.

Varian baharu ini juga didatangkan dengan fabrik jenis suede, rim aloi (forged), Brembo M50, Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), Boshc Brembo ABS 9.1 MP, traction control, launch control, cruise control, lampu LED dan skrin TFT 3.5 inci.

Model ini juga didatangkan dengan sistem infotainmen Ducati Multimedia system yang boleh dihubungkan menerusi Bluetooth.

Difahamkan, Ducati XDiavel Black Star ini akan ditawarkan pada harga bermula RM161,900!

KTM Malaysia dengan rasminya memperkenalkan 1290 Super Adventure S 2021 untuk pasaran tempatan.

Antara pembaharuan yang terdapat pada motosikal adventure ini adalah kerangka baharu serta kedudukan tangki berbeza di samping enjin 1301cc itu kini Euro 5.

Kerangka baharu ini telah direka bagi memperbaiki pembahagian berat (weight distribution) sekaligus meningkatkan kawalan.

KTM turut mengalihkan steering head 0.6 inci ke belakang berbanding Super Adventure 2020.

KTM mendakwa perubahan ini membantu dalam meningkatkan kemampuan mengambil selekoh yang lebih tajam yang turut dibantu oleh swingarm yang lebih panjang.

Meskipun kapasiti tangki kekal pada 23L namun rekaan tempat duduk yang lebih ke bawah telah merendahkan lagi tahap pusat graviti 1290 Super Adventure S ini.

Tangki tersebut juga lengkap dengan ruang kecil yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar menerusi soket pengecas USB.

Subframe baharu juga merendahkan tempat duduk penumpang setengah inci kepada 33.4 inci berbanding model 2020 namun boleh dinaikkan kepada 34.2 inci.

Menurut KTM, handlebar juga boleh diselaraskan sementara penghadang angin baharu menawarkan perlindungan dan aerodinamik terbaik.

Bagi menyaingi motosikal ADV lain antaranya BMW R 1250 GS dan Ducati Multistrada V4, Super Adventure S juga lengkap dengan sistem radar yang telah diserap di antara lampu LED hadapan.

Radar tersebut berfungsi dengan menawarkan adaptive cruise control selain dari traction control (lean-sensitive dan off-road), cornering dan off-road ABS, dan stability control.

Kesemua fungsi ini boleh diakses menerusi paparan TFT 7″ menggantikan skrin 6.5″ sebelum ini pada model 2020.

Bagaimanapun, 1290 Super Adventure S ini kekal dengan enjin V-Twin 1,301cc yang menawarkan 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm namun KTM mendakwa unit ini 1.5 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Jentera ini juga tampil dengan ‘suspension’ WP Apex separa-aktif terkini yang dikawal menerusi IMD 6D.

Orang ramai yang berminat kini boleh mendapatkan KTM 1290 Super Adventure S dengan harga RM132,900.

Minggu lalu, KTM telah pun memperkenalkan RC 8C, jentera khas litar lumba yang terhad kepada 100 unit sahaja.

Lengkap dengan tetapan khas serta spesifikasi istimewa yang diinspirasikan dari jentera KTM MotoGP RC16, KTM RC 8C merupakan idaman bagi setiap kaki litar.

Bagaimanapun, jentera hanya seberat 140 kilogram itu didatangkan dengan tanda harga yang agak tinggi, sekitar GBP30,999 (RM182k) dan atas faktor itu, kami menyangka RC 8C akan berada dalam pasaran untuk sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum habis dijaul.

Namun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan KTM RC 8C itu telah habis dijual tak sampai lima minit sahaja.

Antara faktor utama penjualan pantas terbabit adalah peluang sertai sesi ujian bersama Red Bull KTM Factory Racing di Jerez bagi 25 pembeli pertama.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube