Bikesrepublic

Berita Terkini

Diperkenalkan secara global pada lewat tahun lalu, Ducati Malaysia kini membuka pra-tempahan bagi XDiavel Black Star.

Bagi tahun 2021, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan bagi varian baharu XDiavel ini.

Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula ini menghasilkan 160hp (naik 8hp) pada 9,500rpm dan 127Nm pada 5,000rpm berbanding 152hp dan 125Nm sebelum ini.

Antara langkah yang dilaksanakan Ducati bagi mencapai standard Euro 5 adalah dengan menggantikan ‘silencer’ ekzos dengan rekaan baharu yang didatangkan dari Diavel 1260.

Ducati XDiavel Black Star menawarkan pilihan warna yang lebih menonjol dengan gabungan warna kelabu, hitam matte dengan kemasan warna merah yang terpampang di tangki dan di pelindung cylinder head.

Varian baharu ini juga didatangkan dengan fabrik jenis suede, rim aloi (forged), Brembo M50, Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), Boshc Brembo ABS 9.1 MP, traction control, launch control, cruise control, lampu LED dan skrin TFT 3.5 inci.

Model ini juga didatangkan dengan sistem infotainmen Ducati Multimedia system yang boleh dihubungkan menerusi Bluetooth.

Difahamkan, Ducati XDiavel Black Star ini akan ditawarkan pada harga bermula RM161,900!

KTM Malaysia dengan rasminya memperkenalkan 1290 Super Adventure S 2021 untuk pasaran tempatan.

Antara pembaharuan yang terdapat pada motosikal adventure ini adalah kerangka baharu serta kedudukan tangki berbeza di samping enjin 1301cc itu kini Euro 5.

Kerangka baharu ini telah direka bagi memperbaiki pembahagian berat (weight distribution) sekaligus meningkatkan kawalan.

KTM turut mengalihkan steering head 0.6 inci ke belakang berbanding Super Adventure 2020.

KTM mendakwa perubahan ini membantu dalam meningkatkan kemampuan mengambil selekoh yang lebih tajam yang turut dibantu oleh swingarm yang lebih panjang.

Meskipun kapasiti tangki kekal pada 23L namun rekaan tempat duduk yang lebih ke bawah telah merendahkan lagi tahap pusat graviti 1290 Super Adventure S ini.

Tangki tersebut juga lengkap dengan ruang kecil yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar menerusi soket pengecas USB.

Subframe baharu juga merendahkan tempat duduk penumpang setengah inci kepada 33.4 inci berbanding model 2020 namun boleh dinaikkan kepada 34.2 inci.

Menurut KTM, handlebar juga boleh diselaraskan sementara penghadang angin baharu menawarkan perlindungan dan aerodinamik terbaik.

Bagi menyaingi motosikal ADV lain antaranya BMW R 1250 GS dan Ducati Multistrada V4, Super Adventure S juga lengkap dengan sistem radar yang telah diserap di antara lampu LED hadapan.

Radar tersebut berfungsi dengan menawarkan adaptive cruise control selain dari traction control (lean-sensitive dan off-road), cornering dan off-road ABS, dan stability control.

Kesemua fungsi ini boleh diakses menerusi paparan TFT 7″ menggantikan skrin 6.5″ sebelum ini pada model 2020.

Bagaimanapun, 1290 Super Adventure S ini kekal dengan enjin V-Twin 1,301cc yang menawarkan 160hp pada 9,000rpm dan 138Nm pada 6,500rpm namun KTM mendakwa unit ini 1.5 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Jentera ini juga tampil dengan ‘suspension’ WP Apex separa-aktif terkini yang dikawal menerusi IMD 6D.

Orang ramai yang berminat kini boleh mendapatkan KTM 1290 Super Adventure S dengan harga RM132,900.

Minggu lalu, KTM telah pun memperkenalkan RC 8C, jentera khas litar lumba yang terhad kepada 100 unit sahaja.

Lengkap dengan tetapan khas serta spesifikasi istimewa yang diinspirasikan dari jentera KTM MotoGP RC16, KTM RC 8C merupakan idaman bagi setiap kaki litar.

Bagaimanapun, jentera hanya seberat 140 kilogram itu didatangkan dengan tanda harga yang agak tinggi, sekitar GBP30,999 (RM182k) dan atas faktor itu, kami menyangka RC 8C akan berada dalam pasaran untuk sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum habis dijaul.

Namun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan KTM RC 8C itu telah habis dijual tak sampai lima minit sahaja.

Antara faktor utama penjualan pantas terbabit adalah peluang sertai sesi ujian bersama Red Bull KTM Factory Racing di Jerez bagi 25 pembeli pertama.

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mengakui bersetuju melepaskan Franco Morbidelli ke factory Yamaha bagi musim 2022.

Meskipun tiada pengumuman rasmi namun berdasarkan laporan media antarabangsa, Morbidelli akan menggantikan Vinales di Yamaha.

“Ini adalah impiannya, dan kami tidak akan menolak. Dia (Morbidelli) juga telah mengajukan soalan ini, dan kami juga telah berikan lampu hijau.

“Kini perbincangan adalah diantara Yamaha dan VR46,” jelas Razlan.

Penghijrahan Morbidelli bermakna Razlan perlu membentuk pasukan baharu bagi saingan musim 2022, apatah lagi dengan Valentino Rossi dijangka bakal undur diri.

Antara nama yang disebut sebagai calon adalah bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, namun bagi Razlan, pelumba berpengalaman itu bukan sasaranya.

“Idea itu menarik tetapi kami enggan berada dalam situasi sama seperti tahun ini.

“Dovizioso tidak beraksi selama setahun. Kami mahukan pelumba yang boleh dibentuk, sepertimana kami lakukan bersama Fabio Quartararo,” tambah Razlan.

Pada masa sama, Razlan juga menepis dakwaan yang mengaitkan pasukan itu dengan enam kali juara dunia WorldSBK, Jonathan Rea.

“Kami ada membuat senarai calon diluar MotoGP, seperti Toprak Razgatlıoğlu, Garrett Gerloff, nama dia (Rea) turut ada. Tetapi dukacitanya, usianya agak lanjut. Kami mahu memfokuskan pelumba muda,” ujarnya lagi.

Sebaliknya, Razlan mengakui sedang mengintai kelompok Moto2 ketika ini.

“Kami sedang melihat di Moto2, dari tempat pertama hingga kesembilan, termasuk Xavi (Vierge). Ada pelumba lain yang masih ada antaranya Marco Bezzecchi, Joe Roberts dan Marcel Schrotter.”

Dalam perkembangan sama, pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow, akan kembali ke litar bersama SRT menggantikan Morbidelli untuk tiga pusingan seterusnya.

Morbidelli ketika ini masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan lutut. – GPOne

Litar Mandalika di Lombok, Nusa Tenggara Barat, yang dijangka siap pada tahun 2022 ada kemungkinan besar akan menjadi litar kesukaan ramai yang terbaru dalam dunia perlumbaan, kata seorang pakar.

Peminat sukan permotoran Arief Kurniawan berkata litar ini cantik dan juga lancar, dan ini boleh menjadikannya litar kesukaan ramai nanti.

Pembangun Mandalika, Indonesian Tourism Development Corporation (ITDC), menyasarkan litar 4.3km itu akan memenuhi semua spesifikasi yang ditetapkan dan juga lulus ujian homologasi International Motorcycling Federation (FIM).

Mandalika Grand Prix Association, penganjur dan pengendali litar, menyatakan bahawa pada pertengahan bulan Julai tahun ini, kerja-kerja pembinaan di litar telah selesai 81.42 peratus.

Sementara itu, kerja-kerja kerikil ‘run-off’, rumput ‘run-off’, terowong utara dan tembok penahan, jalan servis luar dan dalam, dan pemasangan konkrit lebih dari 95 peratus selesai.

Arief berkata litar itu masih belum dapat memenuhi syarat FIM kerana paddock belum siap, tetapi walaupun tanpa kelayakan homologasi itu, World uperbike (WSBK) masih memilih Mandalika sebagai tuan rumah kejuaraan itu pada bulan November ini, sementara rancangan untuk ia menjadi tuan rumah MotoGP ditunda ke Mac depan.

Kerja-kerja pada aspal litar dan lorong trek dijangka selesai hujung Julai 2021, sebelum wakil FIM memeriksanya untuk homologasi, sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum acara, untuk menentukan kelayakan litar sebagai tempat untuk kejuaraan lumba dunia itu.

Untuk memenuhi syarat FIM, aspal, ‘run-off’, pitstop, bangunan paddock, kemudahan kesihatan dan helipad perlu disiapkan dan sebuah hospital disediakan di kawasan berdekatan.

Apabila siap, Litar Mandalika akan setanding litar Sepang di sini dan litar Chang di Thailand, iaitu litar terkenal yang digunakan untuk MotoGP, kata Arief.

“Ini kerana Mandalika Circuit mempunyai nilai jual yang unik: berada di Kawasan Ekonomi Khusus (KEK Mandalika), dikelilingi oleh pantai-pantai yang indah dan Lautan India.

“Kami juga akan melancarkan lagi litar ini untuk menjadikan rangkaian lebih mudah diakses dalam empat tahun lagi,” kata Arief lagi.

Empat puluh garaj telah disediakan dalam kawasan paddock litar dan tribun utama telah disiapkan untuk menampung 50,000 tempat duduk, sementara tribun berdiri akan menampung 138,000 orang, dan juga suite perhotelan untuk 7,700 orang.

Paddock, tribune utama, tribun berdiri dan suite perhotelan dapat dicabut, dan trek litar dapat berfungsi sebagai jalan raya biasa ketika tiada perlumbaan.

Dikelilingi oleh bukit-bukit yang indah dan pantai Pulau Lombok Selatan, Litar Mandalika akan menjadi satu-satunya litar jalanan yang menjadi bagian dari agenda MotoGP.

Industri otomotif sedunia telah menghadapi krisis kekurangan bekalan semikonduktor selama lebih kurang setahun, memberi impak kepada pengeluaran kenderaan terutamanya sejak permintaan makin bertambah.

Meskipun begitu, seorang ahli ekonomi meramalkan krisis ini akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi.

Menurut Reuters, ketua ekonomi ING Greater China Iris Pang berkata China mungkin akan mengambil alih sedikit bebanan permintaan pengeluaran dari Taiwan, di mana pengeluaran kilang dan operasi pelabuhan telah dilanda ‘blackout’ dan langkah-langkah penjarakan sosial akibat pandemik Covid-19.

Oleh sebab itu, syarikat semikonduktor Taiwan juga telah meningkatkan pengeluaran di China.

“Produk domestik kasar (GDP) telah naik lima peratus sejak berlakunya kekurangan bekalan semikonduktor itu – syarikat semikonduktor Taiwan telah merancang dengan bagus dan membina kilang besar di China.

“Syarikat semikonduktor Taiwan sedang menyesuaikan pembuatan cip utk kenderaan, oleh itu masalah kekurangan cip untuk sektor otomotif mungkin boleh selesai dalam masa beberapa minggu, tetapi masalah kekurangan bekalan cip untuk barangan elektronik lain mungkin akan berterusan,” kata Pang.

Pang juga berkata kekurangan bekalan ini akan menjejaskan pengeluaran telefon pintar pula, melambatkan penghantaran model baru.

Anggaran Pang untuk industri otomotif sangat optimis, memandangkan pelbagai pihak lain menjangkakan masalah bekalan ini akan berterusan sehingga 2022.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube