Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketika pameran motosikal EICMA berlangsung di Milan tahun lalu, CFMoto mencuri tumpuan apabila mendedahkan jentera konsep SR-C21.

Tidak lama kemudian, jenama motosikal China itu melancarkan model siap sepenuhnya pada Mac tahun ini.

Menampilkan rekaan moden dan agresif, jentera tersebut ternyata menarik perhatian apabila jentera tersebut ternyata lihat dibina dengan baik dan berkualiti.

Apatah lagi, CFMoto juga merupakan antara pengeluar motosikal China yang menampakkan peningkatan mendadak dari segi rekaan dan kualiti terutamanya menerusi pengenalan model 700CL-X serta 800MT.

Dalam perkembangan baharu, model 450SR itu telah pun dilancarkan di pasaran Filipina dengan harga PHP299,900 (RM24k).

Walaupun tampil dengan beberapa perubahan berbanding jentera konsep SR-C21 namun bahagian depan 450SR mengekalkan rekaan yang tajam dan lebih lebar.

Menariknya, ‘winglet’ yang terdapat pada SR-C21 sebelum ini turut dibawa ke 450SR.

Lebih mencuri tumpuan, 450SR ini akan digerakan enjin parallel-twin 449cc 270-darjah dengan CFMoto mendakwa menghasilkan 50hp dan 39Nm di samping mampu mencapai 190km/j.

Angka kuasa itu sekaligus meletakkan CFMoto 450SR antara pesaing utama Kawasaki Ninja 400 (49hp) dan KTM RC390 (44hp).

Dua pilihan warna ditawarkan di Filipina, Nebula Black dan Zircon Black dengan kedua-duanya dilengkapi ciri moden antaranya ABS dwi-saluran, klac slipper dan paparan skrin TFT.

Baru-baru ini tular laporan yang mendakwa berlakunya operasi tunda kenderaan tanpa notis dan disaman RM100 berlaku di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Sehubungan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengarahkan penganjur MAHA 2022 untuk hentikan semua operasi tunda kereta di lokasi tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ini berikutan berlakunya insiden tunda kereta yang menimpa pengunjung yang hadir ke tapak berkenaan. Difahamkan, senario tersebut turut menimpa seorang pengamal media yang hadir ke acara tersebut.

Untuk itu, MAFI menjelaskan pengamal media hanya perlu menunjukkan pas media kepada petugas atau pengawal pintu masuk MAEPS untuk ke parkir khas di belakang Dewan A.

“Bagi kenderaan awam pula perlu diletakkan di tempat yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan,” jelasnya.

Pada masa sama, MAFI menjelaskan kehadiran trak tunda adalah bagi memastikan kelancaran acara bagi mengelakkan kesesakan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempersoal tindakan menunda kereta orang awam disekitar MAEPS. Ini kerana selain daripada perlu membayar RM5 satu kereta, lokasi letak kenderaan juga tidak jelas lalu berlakunya insiden tunda kereta.

Pengunjung juga terpaksa membayar RM100 bagi mendapatkan kenderaan mereka semula sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati pengunjung yang hadir.

Satu video tular telah mendorong polis untuk menjalankan siasatan dalaman berhubung aduan seorang pemandu yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota trafik.

Video dari kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial Facebook itu memaparkan tindakan seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dikatakan telah melakukan kesalahan lalu lintas.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, siasatan mendapati kejadian itu berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy, Jalan Kuala Kangsar menghala ke pusat bandar sekitar jam 7.28 pagi.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Anggota polis trafik yang menjalankan tugas semasa kejadian itu juga telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pemandu kenderaan yang merakam kejadian itu diminta memberi kerjasama untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, individu berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Ipoh, Asisten Superintendan Salim Ahmad di talian 018-5701739 bagi melengkapkan siasatan.

“Polis mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota demi memperkasakan lagi tahap integriti yang menjadi fokus utama Ketua Polis Negara.Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kepada pemandu kenderaan terbabit yang memberi maklum balas mengenai mutu perkhidmatan pasukan ini,” katanya.

Dalam perkongsian video berdurasi 7 minit dan 11 saat itu, lelaki yang memandu sebuah kenderaan telah ditahan polis kerana didakwa telah melanggar lampu merah.

Rakaman perbualan menunjukkan anggota berkenaan menasihati pemandu itu agar tidak mengulangi kesalahan berkenaan.

Pemandu kenderaan itu ada menyatakan maaf namun dalam masa sama turut menyertakan tangkap layar rakaman yang jelas memaparkan lampu isyarat ketika itu menunjukkan warna hijau.

Perkongsian itu telah menimbulkan spekulasi dan tohmahan terhadap ketelusan tugas anggota polis yang menahan pemandu berkenaan atas kesalahan tidak dilakukan.

Royal Enfield dengan rasminya melancarkan Hunter 350 di India sekaligus sertai barisan model 350 sedia ada termasuk Classic 350 dan Meteor 350 yang telah pun diperkenalkan sebelum ini.

Menurut Royal Enfield, Hunter 350 tampil dengan dua varian Retro Factory dan Metro. Bagaimanapun, Metro turut datang dengan dua sub-varian, Dapper dan Rebel.

Seperti model 350 sebelum ini, Hunter 350 turut dikuasakan enjin satu silinder 349cc yang menghasilkan 20.2hp pada 6,100rpm dan 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa tersebut disalurkan kepada tayar belakang dengan transmisi 5-kelajuan.

Royal Enfield mendakwa enjin J-series 349cc itu berupaya mencapai kelajuan maksima 114km/j sekaligus memberi bayangan Hunter 350 ini lebih sesuai untuk tunggangan santai.

Tampil dengan rekaan scrambler retro, Hunter 350 ini secara tidak langsung bakal memberi cabaran pada Honda H’ness CB350.

Sementara itu, varian Retro Factory tampil dengan rim spoke manakala Metro pula didatangkan dengan rim aloi. Berat bagi kedua-dua model juga dianggarkan berada sekitar 181kg.

Hunter 350 Metro juga didatangkan rim sistem brek ABS dwi-saluran manakala Retro Factory pula hanya dilengkapi sistem ABS saluran tunggal dan dipadankan bersama cakera brek (tunggal) depan dan brek drum di bahagian belakang.

Menurut Royal Enfield, harga bagi Hunter 350 bermula dari INR149,900 (RM8.2k).

Tesla Inc, syarikat kereta elektrik yang dikendalikan oleh jutawan Elon Musk, telah dituduh oleh pengawal selia pengangkutan negeri California secara palsu mengiklankan autopilot dan ciri pandu sendiri penuh sebagai menyediakan kawalan kenderaan autonomi.

Dalam aduan yang difailkan dengan Pejabat Pendengaran Pentadbiran negeri, Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) California berkata Tesla mengelirukan bakal pelanggan dengan pengiklanan yang melebih-lebihkan sejauh mana sistem bantuan pemandu lanjutannya (Adas) berfungsi.

Tesla “membuat atau menyebarkan kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan, dan bukan berdasarkan fakta”, kata DMV dalam aduan bertarikh 28 Julai dan yang didedahkan kepada umum semalam.

Kenderaan yang dilengkapi dengan autopilot dan teknologi pandu sendiri penuh “tidak boleh pada masa iklan tersebut, dan tidak boleh sekarang, beroperasi sebagai kenderaan autonomi”, tambah DMV.

DMV sedang mencari remedi yang boleh termasuk menggantung lesen Tesla untuk menjual kenderaan di California dan memerlukan syarikat itu membayar balik kepada pemandu.

Tesla, yang telah membubarkan jabatan perhubungan medianya, tidak segera membalas permintaan e-mel untuk komen.

The Los Angeles Times sebelum ini melaporkan aduan DMV.

Tesla berkata autopilot “membolehkan kereta anda mengemudi, memecut dan brek secara automatik dalam lorongnya”, manakala pemanduan sendiri juga membolehkan kenderaan mematuhi isyarat lalu lintas dan membuat perubahan lorong.

Menurut laman web Tesla, kedua-dua teknologi “memerlukan pengawasan pemandu yang aktif”, dengan pemandu “penuh perhatian” yang tangannya berada di atas roda, “dan tidak menjadikan kenderaan itu autonomi”.

Tetapi DMV berkata penafian Tesla “bercanggah dengan label dan dakwaan yang tidak benar atau mengelirukan, yang mengelirukan, dan tidak menyembuhkan pelanggaran itu”.

California ialah pasaran AS terbesar Tesla.

Syarikat itu menjual 121,000 kenderaan di sana pada 2021, daripada anggaran 352,000 yang dijual di seluruh negara.

Sejak 2016, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) telah membuka 38 penyiasatan khas ke atas kemalangan yang melibatkan kenderaan Tesla di mana sistem Adas disyaki digunakan.

Sembilan belas kematian dilaporkan akibat kemalangan itu, termasuk seorang penunggang motosikal terbunuh bulan lalu di Utah.

NHTSA tidak mempunyai ulasan segera mengenai aduan DMV.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Jennifer Homendy dalam temu bual Reuters tahun lepas berkata “tidak ada perbandingan” antara autopilot Tesla dan alat yang digunakan dalam penerbangan.

“Sesetengah pengeluar akan melakukan apa yang mereka mahu lakukan untuk menjual kereta dan terpulang kepada kerajaan untuk mengekangnya,” katanya.

Pengaruh rakan sebaya disahkan antara faktor penyumbang seseorang itu terlibat dengan aktiviti lumba haram.

Perkara itu dimaklumkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berdasarkan kajian tiga tahun yang dilaksanakan pihaknya.

Menurut Dr Mohd Roslan, keputusan kajian tersebut diperoleh selepas menemu bual seramai 300 ‘mat rempit tegar’ berusia antara 16 hingga 27 tahun disekitar Seri Alam, Kulai, Skudai dan Iskandar Puteri.

Menariknya, hasil kajian tersebut mendapati tercetusnya gejala lumba haram dan budaya rempit di Malaysia bukanlah disebabkan kerajaan mahupun masyarakat, sebaliknya penyumbang utama adalah rakan sendiri.

“Selama ini masing-masing menunding jari, mencari kesalahan (punca masalah mat rempit) ada yang menyalahkan kerajaan, keluarga dan masyarakat.

“Hasil daripada kajian membabitkan koresponden mat rempit tegar yang ditemu bual secara personal. Ia bukanlah salah kerajaan, penguatkuasa atau keluarga kerana (hasil kajian yang dilakukan) mendapati ia adalah salah diri sendiri dan paling penting penemuan saya ialah 90 peratus adalah pengaruh rakan sebaya,” jelasnya.

Tambah Roslan lagi, antara langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah lumba haram adalah menjalankan kempen kesedaran disamping ibu bapa perlu memainkan peranan.

“Antara penyelesaian kita dapat buat mungkin pihak berkuasa boleh mengadakan program untuk pemuda melalui kempen kesedaran… ibu bapa juga perlu main peranan untuk memberi nasihat,” tambahnya.

Sementara itu, Roslan ditemui media tempatan sewaktu pelancaran buku “Rempit Barah Dalam Masyarakat – Salah Siapa?”, baru-baru ini. – BERNAMA

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube