Bikesrepublic

Berita Terkini

Toprak Razgatlıoğlu akan terus kekal bersama Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) setelah menandatangani kontrak lanjutan dua tahun.

Razgatlıoğlu dianugerahkan kontrak lanjutan setelah menampilkan prestasi cemerlang sejak menyertai pasukan itu pada 2020.

Pelumba kelahiran Turkey itu merekodkan kemenangan sulung dalam penampilan pertamanya dengan jentera R1 di Philip Island sebelum melakar dua lagi kemenangan untuk menduduki tempat keempat keseluruhan, musim lalu.

Prestasi Razgatlıoğlu terus cemerlang memasuki musim 2021 apabila menduduki tempat kedua kejuaraan setakat ini setelah mencatat tujuh podium.

Pencapaian Razgatlıoğlu turut menarik perhatian pasukan di MotoGP, antara yang disebut adalah Petronas Sepang Racing Team (SRT).

SRT bakal kehilangan khidmat Valentino Rossi yang didakwa akan memacu VR46 bersama Ducati musim depan manakala Franco Morbidelli disebut telah bersetuju untuk mengisi slot Maverick Vinales yang akan berhijrah ke pasukan baharu, hujung musim ini.

Sementara itu, kontrak dua tahun ini menyaksikan Razgatlıoğlu akan terus membantu Pata Yamaha with Brixx di pentas WorldSBk sehingga 2023.

Subaru telah berkongsi teaser baharu yang dicanang merujuk kepada model WRX 2022.

Meskipun teaser tersebut sekadar menampakkan siluet, namun jelas model WRX ini tampil dengan ‘hood scoop’ ikonik di bahagian depan.

Menurut Subaru, WRX akan datang ini akan dikagumi semua pihak terutamanya peminat model itu.

Sebelum ini beberapa gambar ‘spy shot’ WRX 2022 ini telah pun didedahkan kepada umum.

Menurut laporan, terdapat khabar angin yang mendakwa WRX 2022 ini akan digerakan enjin 2.4L turbocharge dengan varian STI (yang akan dilancarkan kemudian) menawarkan 400hp dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan manual.

Meskipun tiada tarikh didedahkan ketika ini namun dijangka model ini akan diperkenalkan lewat tahun ini.

Didi Resources selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia memperkenalkan barisan warna baharu bagi semua model 150cc hingga 300cc.

Kesemua warna baharu ini membabitkan model Sprint, Primavera dan GTS.

Warna baharu ini terdiri daripada:

  • Grey Delicato (Primavera S/GTS Supertech)
  • Orange Tramonto (Sprint)
  • Blue Audace (Sprint S)
  • Grey Materia (GTS Supersport)

Bagi meninjau dengan lebih dekat tawaran baharu termasuk pengalaman pemilikan, servis dan penyelengaraan serta aksesori, Vespa Malaysia turut memuat naik dua siri video yang boleh ditonton di bawah:

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh membuat pembelian secara atas talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menerusi Lazada serta Shopee dan nikmati pelbagai tawaran istimewa.

Beberapa daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Julai ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.

Berikut senarai pelaksanaan PKPD mengikut daerah di Selangor:

  • Daerah Petaling – mukim Petaling, Damansara, Sg Buloh dan Bukit Raja
  • Daerah Hulu Langat – mukim Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang
  • Daerah Sepang – mukim Dengkil, Labu, Sepang
  • Daerah Gombak – mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang
  • Daerah Kuala Langat – mukim Tanjung 12 (1) & (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu
  • Daerah Klang – mukim Kapar, Klang
  • Daerah Kuala Selangor – mukim Ijok, Bestari Jaya, Jeram
  • Daerah Hulu Selangor – mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali

Berikut senarai pelaksanaan PKPD mengikut lokaliti di Kuala Lumpur:

  • Projek Perumahan Rakyat Sri Semarak
  • PPR Batu Muda
  • Flat Seksyen 1 & 2 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1&2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • PPR Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • PPR Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

Pelaksanaan PKPD bermakna sebarang aktiviti sukan, sosial dan rekreasi tidak dibenarkan manakala hanya seorang sahaja dari isi rumah dibenarkan keluar memberi barangan keperluan dalam jarak 10 kilometer dari kediaman.

Pada masa sama, hanya kedai runcit, kedai serbaneka dan barangan keperluan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam manakala orang awam tidak dibenarkan berada di luar lebih 8 malam.

Tahun 2021 sememangnya waktu yang sibuk buat Aprilia apabila giat mempromosikan beberapa model baharu antaranya RS660 dan Tuono 660.

Pengeluar motosikal Itali itu juga dilaporkan sedang giat menguji model baharu, Tuareg 660 yang telah pun didedahkan sekitar September tahun lalu.

Dalam perkembangant terbaru, Pengurus Pemasaran Aprilia, Cristian Romeo Barelli mendedahkan maklumat lebih terperinci mengenai motosikal ADV itu.

Menurut Barelli, Tuareg 660 akan mengikut DNA generasi sebelumnya sebagai jentera berkeupayaan off-road dengan tayar berukuran 21″ depan dan 18″ belakang.

Tambah Barelli lagi, disebabkan pembangunan enjin 660cc memfokuskan prestasi yang lebih ‘sporty’, Tuareg 660 juga akan mengekalkan elemen sama seperti ditawarkan RS660 dan Tuono 660.

Aprilia Tuareg 660 ini dijangka akan memberi saingan terhadap Yamaha Tenere 700 dan beberapa model lain dalam segmennya.

“Tuareg 660 akan ditawarkan sebagai model 2022, dan akan didapati seawal hujung 2021,” dedah Barelli.

Tahun 2021 ternyata memberangsangkan buat Benelli apabila jualan model TRK 502 telah pun mengatasi jumlah jualan tahun lalu di Itali meskipun baru enam bulan berlalu.

Benelli berjaya menjual 3,649 unit TRK 502 dari 1 Januari hingga 30 Jun 2021 sekaligus melakar rekod baharu bagi jenama berusia 110 tahun itu.

Berikut senarai jualan TRK 502 mengikut varian:

  • TRK 502 Standard – 683 unit
  • TRK 502 X – 2,966 unit

Meskipun motosikal yang dihasilkan di China sering dihujani dengan pandangan negatif namun Benelli semakin mendapat tempat di hati peminat dua roda di seluruh dunia terutamanya di Eropah.

Menurut laporan, jualan TRK 502 di Itali turut mengatasi jualan jenama lebih popular antaranya BMW R 1250 GS.

Sementara itu, Pengurus Jualan Benelli Itali, Giannia Monini, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tahun ini.

“Keputusan ini sangat mengagumkan dan kami berasa bangga.

“Pencapaian ini mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan yang tepat dengan menghasilkan motosikal yang membenarkan lebih ramai menyertai dunia motosikal,” jelasnya.

Dengan harga EUR6,240 (RM30,600) di Itali, pastinya membolehkan TRK 502 menjadi pilihan utama pembeli terutamanya bagi penunggang baharu.- Motociclismo

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube