Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas tiga tahun sejak memperkenalkan model konsep menerusi 1250 Custom, Harley-Davidson akhirnya merasmikan Sportser S, sebagai penyambung legasi model Sporster jenama itu.

Sportster S ini juga dilihat bakal sertai Pan America sebagai penyelamat jenama syarikat dari Milwaukee itu, ekoran saban tahun merekodkan penjualan yang kurang memberangsangkan.

Bernadikan 1250 Revolution Max, enjin 1,252cc V-Twin DOHC dengan penyejukan cecair itu menawarkan 121hp dan 127Nm sekaligus menjadikan model ini antara yang paling berkuasa dikalangan model Harley-Davidson.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman menunggang, Sportster S turut dilengkapi ciri variable valve timing (VVT) dan ‘self-adjusting lifters, fungsi sama yang terdapat pada model ADV, Pan America.

Dalam usaha menghasilkan jentera yang ringan, bahagian enjin kini juga berfungsi sebagai bahagian yang menyerap tekanan (stressed member engine) yang bertindak sebagai elemen struktur aktif sekaligus mengetepikan fungsi kerangka konvensional.

Hasilnya, Sportster S ini hanya seberat 227 kilogram lantas meningkatkan kawalan tunggangan.

Antara ciri lain ditawarkan adalah penyerap hentakan belakang (jenis piggyback) Showa boleh laras dan fork USD 43mm juga dari Showa, paparan TFT 4″ dengan Bluetooth connectivity, lampu LED penuh dan tiga mod tunggangan dengan dua mod custom, port USB-C , tangki 11.8L dan cruise control.

Sistem membrek dikendalikan kaliper Brembo jenis radial yang dipadankan bersama cakera brek (tunggal) 320mm depan dan 260mm belakang. Namun, kami berasakan dengan tayar depan berukuran 160/70-17, Sportser S ini wajar diberikan cakera brek berkembar dengan dua kaliper monoblock Brembo.

Sportster S ini juga dilengkapi dengan fungsi moden antaranya 6-axis IMU yang menawarkan cornering ABS, traction control, Drag-Torque Slip Control dan tekanan angin tayar.

Harley-Davidson Sportster S ini didatangkan dengan pilihan warna Vivid Black, Stone Washed White Pearl, and Midnight Crimson dan ditawarkan pada harga bermula USD14,999.

Honda telah pun memperkenalkan CBF190TR sekitar 2019 di China, sebelum mengemaskini model tersebut setahun selepas itu.

Bagaimanapun, memasuki 2021, Honda kini melancarkan CBF190TR versi ‘Special Edition’.

Selain tampil dengan rekaan yang sama, CBF190TR kini tampil dengan pilihan warna Grey dengan kemasan Hitam dan Merah.

Bahagian depan juga telah dinaik taraf dengan penggunaan penghadang angin di bahagian atas lampu LED depan.

Ciri lain yang turut terdapat pada versi ‘Special Edition’ ini adalah pelindung radiator, tempat duduk kulit berwarna perang dan nombor 93 terpampang di bahagian sisi yang kami rasakan merujuk kepada Marc Marquez.

Namun, CBF190TR ini kekal dikuasakan enjin 184.4cc dengan penyejukan udara yang menjana 16.6hp dan 16.3Nm, sebagai rujukan, SYM VF3i 185 Pro menawarkan 19.7hp dan 17.4Nm di Malaysia.

Antara ciri lain yang masih dikekalkan adalah paparan digital LCD, fork upside/down depan dan monoshock belakang serta sistem ABS tunggal.

Honda CBF190TR ini ditawarkan pada harga CNY17,850 (RM11,500).

Ducati merancang untuk merapatkan jurang antara jentera factory MotoGP dan ‘production’ dengan memperkenalkan sistem ‘seamless-shift transmission’ pada Panigale V4.

Perkara itu didedahkan menerusi satu paten yang telah difailkan pengeluar motosikal Itali itu yang didakwa akan diperkenalkan pada jentera superbike generasi baharu Ducati.

Penggunaan ‘seamless transmission’ akan mengurangkan risiko ‘shift-shock’ di mana bahagian belakang jentera mengalami pergerakan tak terkawal.

Disebabkan sistem ini hanya menggunakan satu klac sahaja dan sering ditukar selepas selesai satu pusingan perlumbaan MotoGP, maka fungsi tersebut dilihat tidak sesuai untuk jentera production.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendedahkan Ducati berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan sistem yang seakan menyamai transmisi DCT Honda.

Menurut laporan Motorrad, bagi memastikan klac tidak gagal berfungsi ekoran tekanan yang terlalu tinggi, pendekatan diambil adalah dengan mengunci bilah klac tersebut bagi sekaligus memastikan ketahanan yang lebih baik.

Seamless-shift transmission merupakan sistem yang telah diguna pakai Ducati sejak 2010 menggantikan ‘dual-clutch transmission’ yang telah diharamkan FIM.

Pengharaman itu dibuat setelah mengesan terdapat ‘zero-lag’ diantara pertukaran setiap gear sekaligus bertentangan dengan peraturan MotoGP yang melarang sebarang pertukaran gear secara elektronik.

Menerusi ‘seamless-shift’, beberapa milisaat masih diperlukan bagi proses penukaran gear satu ke gear seterusnya di samping pelumba masih perlu mengakses gear menggunakan kaki.

Sekiranya Ducati berjaya mengimport teknologi gear MotoGP ke jentera ‘production’ langkah ini pastinya sedang dipantau rapat pengeluar motosikal lain antaranya Honda, Yamaha, Kawasaki dan Aprilia.

Pengeluar kereta nasional, PROTON, menjangkakan hampir kesemua kakitangan akan mendapat vaksin penuh menjelang Ogos ini.

PROTON telah pun memulakan program vaksinasi untuk semua kakitangan bermula hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, semua pekerja di Tanjung Malim dan Shah Alam yang masih belum menerima suntikan vaksin akan menerima janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.

Program tersebut akan berjalan selama beberapa hari bagi memastikan kesemua kakitangan menerima dos pertama.

Kakitangan Proton di Shah Alam akan menerima vaksin di Pusat Konvensyen Shah Alam manakala pekerja di Tanjung Malim mengambil vaksin di kompleks sukan yang telah dijadikan pusat pemberian vaksin industri (PPVIN).

Difahamkan, dos kedua vaksin akan diberikan dalam tempoh tiga minggu akan datang. – Bernama

Penghantar makanan yang menggunakan motosikal boleh mengisi minyak di Stesen Petronas, Tanjung Lumpur bermula hari ini hingga Jumaat.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Kelab Keluarga Yayasan Pahang, Onn Abdul Rahman, yang menjelaskan inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha membantu meringkan beban kewangan ‘rider’ penghantar makanan.

Menurut beliau, inisiatif petrol percuma itu adalah sumbangan Yayasan Pahang.

“Mereka ini adalah ‘unsung hero’ yang perlu diraikan dan kita harap bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka,” jelasnya.

Difahamkan, sebanyak RM2,000 telah diperuntukkan bagi program tersebut. – Kosmo

Meskipun skuter elektrik atau e-scooter dilihat sebagai solusi lebih mesra alam, namun bagi penguatkuasa di United Kingdom, alat itu dilihat sebagai mesin berbahaya.

Malah mengikut undang-jalan pengangkutan jalan raya di UK, e-scooter dikategorikan sebagai satu bentuk kenderaan maka perlu ada nombor plat pendaftaran dan lampu isyarat seperti kenderaan lain.

Ini bermakna, e-scooter adalah dilarang untuk digunakan di atas jalan raya awam kecuali dibeberapa tempat yang telah dibenarkan untuk pihak e-scooter melakukan ujian.

Menurut laporan Manchester Evening News, sepasukan anggota polis dari Greater Manchester telah melakukan operasi besar-besaran dengan merampas 23 unit e-scooter.

Meskipun ada yang menentang tindakan itu namun terdapat pihak yang menyokong kerana berpendapat e-scooter membahayakan orang ramai.

Ketika ini penggunaan e-scooter hanya dibenarkan di 30 kawasan ujian di seluruh UK sementara penggunaan di kawasan persendirian memerlukan kebenaran daripada pemilik tempat tersebut.

Dua tahun lalu, seorang YouTuber berusia 35-tahn Emily Hartrdige maut selepas kemalangan ketika menggunakan e-scooter diikuti dengan beberapa kes lain.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube