Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang penunggang maut selepas terbabit kemalangan dengan motosikal jenis Yamaha Y15ZR, baru-baru ini.

Menerusi info dikongsikan laman Facebook Polis Pahang, kejadian berlaku ekoran fork depan patah secara tiba-tiba lantas menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati modifikasi telah dilakukan terhadap bahagia t-fork dan fork depan dengan menggantikan bahagian asal kepada komponen ‘aftermarket’ jenis aluminium.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, menjelaskan bahawa t-fork asli menawarkan ketahanan yang tinggi dan menepati piawaian.

Namun, berbeza kisahnya bagi komponen ‘aftermarket’ yang tidak mempunyai pensijilan sah di samping tidak menepati piawaian.

“Hasil analisis MIROS menunjukkan statistik kemalangan sendiri libatkan motosikal adalah sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal di Malaysia,” jelasnya

Khairil juga menegaskan tindakan mengubahsuai komponen motosikal antaranya fork depan, saiz tayar dan membuang brek mengundang kemudaratan kepada penunggang. –BERNAMA

Saingan MotoGP 2021 kini memasuki cuti pertengahan musim dan hanya akan kembali beraksi pada bulan Ogos nanti.

Bagaimanapun, ketika sebahagian besar pasukan di MotoGP telah pun mengesahkan slot pelumba bagi musim 2022, Petronas Sepang Racing Team (SRT) masih lagi dalam ketidaktentuan.

Menurut prinsipal SRT, Datuk Razlan Razali, pasukan itu masih menanti keputusan dari Valentino Rossi dan Yamaha mengenai musim depan.

“Kami masih menunggu keputusan dari Valentino dan Yamaha untuk tahun depan.

“Tetapi perkara ini adalah normal, tetapi perkembangan terbaru mengenai pasaran pelumba MotoGP sudah tentu membuka mengundang pelbagai kemungkinan.

“Ketika ini perbincangan antara kami bersama Yamaha dan barisan pelumba sedia ada sedang pun berjalan, tetapi kami tidak tergesa-gesa untuk membuat sebarang pengumuman,” jelas Razlan dalam satu kenyataan.

*Raul Fernandez

Sementara itu, Razlan mendedahkan terdapat ramai pelumba termasuk pelumba di luar MotoGP yang berminat dengan projek SRT ketika ini.

“Ramai pelumba yang menyuarakan minat untuk sertai kami.

“Kami percaya dengan masa dan kedudukan untuk membuat pemilihan kerana semua tahu pakej yang boleh ditawarkan Yamaha terutamanya buat pelumba muda yang berpotensi besar.

“Kami memiliki struktur dan pakej terbaik untuk bakat baru bagi mencapai impian mereka sepertimana yang dilakukan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo,” tambah Razlan.

*Valentino Rossi

Rossi dicanang akan meninggalkan SRT hujung musim ini bagi memberi fokus ke saingan baharu di samping turut dikaitkan dengan pasukan Aramco Racing Team VR46.

*Franco Morbidelli

Sementara Morbidelli didakwa akan berangkat ke pasukan factory Yamaha bagi menggantikan Vinales.

Beberapa minggu lalu, pengurus SRT, Johann Stigefelt turut mendedahkan pasukan itu berminat dengan khidmat Raul Fernandez dari Red Bull KTM Ajo di Moto2.

Pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, telah mengesahakn penglibatan dalam penganjuran EICMA 2021, yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 November ini.

Setelah pembatalan EICMA 2020 tahun lalu ekoran pandemik Covid-19 yang ketika itu sedang memuncak, Yamaha akan kembali untuk edisi ke-78 di Milan.

“Keputusan untuk menyertai ECIMA bukan satu perkara mudah atas alasan yang jelas.

“Tetapi selepas memantau trend semasa Covid-19 disamping diberi jaminan oleh EICMA bahawa acara itu boleh dijalankan dalam keadaan selamat untuk semua pengunjung, kami percaya ini adalah satu keputusan yang tepat untuk memberi sokongan terhadap acara itu.

“EICMA sememangnya mempunyai impak besar terhadap industri kami, di mana komuniti motosikal boleh bersama-sama media dan pelanggan untuk merasai produk terbaru,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Yamaha Motor Europe N.V, Eric de Seynes.

Pengesahan ini menyaksikan Yamaha akan bersama Honda sebagai dua gergasi pengeluar motosikal Jepun di EICMA tahun ini.

Ini juga bermakna, EICMA 2021 bakal jadi saksi kepada beberapa model baharu dan konsep yang akan diperkenalkan Yamaha.

Selepas tiga tahun sejak memperkenalkan model konsep menerusi 1250 Custom, Harley-Davidson akhirnya merasmikan Sportser S, sebagai penyambung legasi model Sporster jenama itu.

Sportster S ini juga dilihat bakal sertai Pan America sebagai penyelamat jenama syarikat dari Milwaukee itu, ekoran saban tahun merekodkan penjualan yang kurang memberangsangkan.

Bernadikan 1250 Revolution Max, enjin 1,252cc V-Twin DOHC dengan penyejukan cecair itu menawarkan 121hp dan 127Nm sekaligus menjadikan model ini antara yang paling berkuasa dikalangan model Harley-Davidson.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman menunggang, Sportster S turut dilengkapi ciri variable valve timing (VVT) dan ‘self-adjusting lifters, fungsi sama yang terdapat pada model ADV, Pan America.

Dalam usaha menghasilkan jentera yang ringan, bahagian enjin kini juga berfungsi sebagai bahagian yang menyerap tekanan (stressed member engine) yang bertindak sebagai elemen struktur aktif sekaligus mengetepikan fungsi kerangka konvensional.

Hasilnya, Sportster S ini hanya seberat 227 kilogram lantas meningkatkan kawalan tunggangan.

Antara ciri lain ditawarkan adalah penyerap hentakan belakang (jenis piggyback) Showa boleh laras dan fork USD 43mm juga dari Showa, paparan TFT 4″ dengan Bluetooth connectivity, lampu LED penuh dan tiga mod tunggangan dengan dua mod custom, port USB-C , tangki 11.8L dan cruise control.

Sistem membrek dikendalikan kaliper Brembo jenis radial yang dipadankan bersama cakera brek (tunggal) 320mm depan dan 260mm belakang. Namun, kami berasakan dengan tayar depan berukuran 160/70-17, Sportser S ini wajar diberikan cakera brek berkembar dengan dua kaliper monoblock Brembo.

Sportster S ini juga dilengkapi dengan fungsi moden antaranya 6-axis IMU yang menawarkan cornering ABS, traction control, Drag-Torque Slip Control dan tekanan angin tayar.

Harley-Davidson Sportster S ini didatangkan dengan pilihan warna Vivid Black, Stone Washed White Pearl, and Midnight Crimson dan ditawarkan pada harga bermula USD14,999.

Honda telah pun memperkenalkan CBF190TR sekitar 2019 di China, sebelum mengemaskini model tersebut setahun selepas itu.

Bagaimanapun, memasuki 2021, Honda kini melancarkan CBF190TR versi ‘Special Edition’.

Selain tampil dengan rekaan yang sama, CBF190TR kini tampil dengan pilihan warna Grey dengan kemasan Hitam dan Merah.

Bahagian depan juga telah dinaik taraf dengan penggunaan penghadang angin di bahagian atas lampu LED depan.

Ciri lain yang turut terdapat pada versi ‘Special Edition’ ini adalah pelindung radiator, tempat duduk kulit berwarna perang dan nombor 93 terpampang di bahagian sisi yang kami rasakan merujuk kepada Marc Marquez.

Namun, CBF190TR ini kekal dikuasakan enjin 184.4cc dengan penyejukan udara yang menjana 16.6hp dan 16.3Nm, sebagai rujukan, SYM VF3i 185 Pro menawarkan 19.7hp dan 17.4Nm di Malaysia.

Antara ciri lain yang masih dikekalkan adalah paparan digital LCD, fork upside/down depan dan monoshock belakang serta sistem ABS tunggal.

Honda CBF190TR ini ditawarkan pada harga CNY17,850 (RM11,500).

Ducati merancang untuk merapatkan jurang antara jentera factory MotoGP dan ‘production’ dengan memperkenalkan sistem ‘seamless-shift transmission’ pada Panigale V4.

Perkara itu didedahkan menerusi satu paten yang telah difailkan pengeluar motosikal Itali itu yang didakwa akan diperkenalkan pada jentera superbike generasi baharu Ducati.

Penggunaan ‘seamless transmission’ akan mengurangkan risiko ‘shift-shock’ di mana bahagian belakang jentera mengalami pergerakan tak terkawal.

Disebabkan sistem ini hanya menggunakan satu klac sahaja dan sering ditukar selepas selesai satu pusingan perlumbaan MotoGP, maka fungsi tersebut dilihat tidak sesuai untuk jentera production.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru mendedahkan Ducati berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan sistem yang seakan menyamai transmisi DCT Honda.

Menurut laporan Motorrad, bagi memastikan klac tidak gagal berfungsi ekoran tekanan yang terlalu tinggi, pendekatan diambil adalah dengan mengunci bilah klac tersebut bagi sekaligus memastikan ketahanan yang lebih baik.

Seamless-shift transmission merupakan sistem yang telah diguna pakai Ducati sejak 2010 menggantikan ‘dual-clutch transmission’ yang telah diharamkan FIM.

Pengharaman itu dibuat setelah mengesan terdapat ‘zero-lag’ diantara pertukaran setiap gear sekaligus bertentangan dengan peraturan MotoGP yang melarang sebarang pertukaran gear secara elektronik.

Menerusi ‘seamless-shift’, beberapa milisaat masih diperlukan bagi proses penukaran gear satu ke gear seterusnya di samping pelumba masih perlu mengakses gear menggunakan kaki.

Sekiranya Ducati berjaya mengimport teknologi gear MotoGP ke jentera ‘production’ langkah ini pastinya sedang dipantau rapat pengeluar motosikal lain antaranya Honda, Yamaha, Kawasaki dan Aprilia.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube