Bajaj dilaporkan akan memperkenalkan Dominar 400 versi touring berdasarkan beberapa gambar yang telah didedahkan.
Akaun Instagram iamabkerdotcom telah memuat naik beberapa gambar diambil dari kilang Bajaj di Pune yang didakwa merujuk kepada Dominar varian touring.
Berdasarkan imej dikongsikan, Dominar 400 tersebut tampil dengan penghadang angin lebih tinggi serta handguard.
Bagaimanapun, jika dakwaan ini benar maka pemilik Dominar 400 dan Dominar 250 sedia ada berpeluang memasang kit touring ini secara berasingan.
Sementara itu, Bajaj Dominar edisi touring ini dijangka akan terus dikuasakan enjin 373.3cc satu silinder DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 39.4hp pada 8,650rpm dan 35Nm pada 7,000rpm.
Ketika ini, Bajaj Dominar 400 turut dipasarkan di Malaysia menerusi penjenamaan semula oleh Modenas.