Bikesrepublic

Berita Terkini

Dunia automotif baru-baru ini digemparkan dengan skandal di kalangan pengeluar Jepun yang melibatkan mereka memalsukan data ujian. Antara yang terbabit ialah Yamaha, satu-satunya pengeluar motosikal Jepun yang didapati berbuat demikian.

Penyiasat mendapati Yamaha telah memalsukan data ujian pelepasan bunyi untuk tiga model iaitu YZF-R1, YZF-R3 dan TMAX. Syarikat itu telah menghentikan penghantaran semua model.

Kami menghubungi pengedar rasmi Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor untuk mendapatkan penjelasan dan diberitahu bahawa isu itu hanya melibatkan motosikal untuk pasaran Jepun, justeru model tempatan tidak terjejas.

Sejurus selepas itu, Yamaha Motor Company di Jepun mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan bahawa isu itu memang melibatkan model di negara itu sahaja. Di bawah kenyataan rasmi, diterjemahkan daripada bahasa Jepun.

“Isu yang diumumkan baru-baru ini di Jepun tidak menjejaskan unit pengeluaran di luar negara, pengedaran domestik Jepun sahaja. Keselamatan produk telah disahkan, dan (Yamaha Motor Corporation] YMC melaporkan tiada kebimbangan menggunakan produk itu dengan yakin. Yamaha mengambil insiden pengendalian yang tidak wajar dengan sangat serius dan memohon maaf yang sedalam-dalamnya kepada pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan dan semua pihak berkepentingan kami yang lain kerana merosakkan kepercayaan mereka terhadap Yamaha Motor Co., LTD.”)

Syarikat Yamaha Motor menegaskan bahawa mereka tidak memalsukan atau mengubah data mengenai aspek keselamatan motosikal mereka.

Kami telah menyiarkan berita mengenai kesalahan menghalang lalu lintas merupakan yang terbanyak ketika Operasi Hormat Undang-undang (Ops HUU) yang berjalan ketika ini. Sebanyak 15,075 saman berkaitan kesalahan itu telah dikeluarkan hanya dalam masa tujuh hari.

Sehubungan itu, ia wajar kita lihat definasi kesalahan “menghalang lalu lintas” dengan lebih dekat.

Apakah maksud menghalang lalu lintas?

Menghalang lalulintas di Malaysia merujuk kepada tindakan atau perbuatan yang mengganggu, menghalang, atau menyekat kelancaran aliran lalu lintas di jalan raya.

Apakah yang diklasifikasikan sebagai kesalahan menghalang lalu lintas?

Kesalahan-kesalahan ini biasanya dikawal oleh undang-undang lalu lintas Malaysia, seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang seperti saman, denda, atau tindakan disiplin lain terhadap pihak yang bertanggungjawab. Tujuan penguatkuasaan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas bagi semua pengguna jalan raya.

Ini boleh termasuk pelbagai jenis kesalahan seperti:

  • Parkir tidak mengikut peraturan: Memarkir kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan atau yang menghalang lalu lintas, seperti di persimpangan jalan, di tempat pejalan kaki, atau di zon larangan parkir.

  • Kenderaan rosak/kemalangan yang ditinggalkan: Membiarkan kenderaan yang rosak atau terbabit di dalam kemalangan di tengah jalan tanpa mengambil langkah-langkah untuk mengalihkannya atau tanpa memberi amaran yang mencukupi kepada pemandu lain.
  • Menggunakan laluan kecemasan: Menggunakan lorong kecemasan untuk tujuan selain daripada kecemasan yang sebenar, seperti memotong lalu lintas yang sesak.

  • Berhenti di dalam petak kuning: Memasuki dan berhenti di dalam petak kuning ketika keadaan tidak membenarkan laluan yang lancar adalah satu kesalahan.
  • Aktiviti tidak sah di jalan raya: Menjalankan aktiviti seperti menjual barang, menunggu penumpang, atau sebarang aktiviti lain yang menghalang aliran trafik di kawasan yang tidak dibenarkan.

  • Pembinaan atau penghalang sementara: Menempatkan kon, barikade, atau sebarang struktur sementara di jalan tanpa izin yang boleh menghalang atau menyekat lalu lintas.
  • Kesesakan lalul intas yang tidak diurus: Tidak mengambil tindakan yang wajar untuk mengurus kesesakan lalulintas semasa acara besar, kemalangan, atau situasi kecemasan.

 

Sebanyak 15,705 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan halangan lalu lintas dalam Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya (Op HUU) yang dijalankan oleh Polis Kuala Lumpur sepanjang tempoh tujuh hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebanyak 21,169 saman trafik sudah dikeluarkan dalam tempoh sama.

“Kesalahan tertinggi halangan lalu-lintas sebanyak 15,705 saman, berhenti di laluan pejalan kaki (1,102), tiada lesen (678), cukai jalan tamat tempoh (450), nombor kenderaan tidak mengikut spesifikasi (336) dan berhenti petak kuning (29).

“Selain itu kesalahan tiada cermin sisi (248), tiada nombor pendaftaran (156),tidak menampal pelekat P (167), menggunakan telefon bimbit (111), lesen tamat tempoh (107), tidak mengikat kemas topi keledar (64) dan beberapa kesalahan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Kilometer 21 Lebuhraya BKE menghaala ke Baling, pagi ini. Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 4 kecederaan di kalangan pemandu kenderaan yang terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 7.37 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Zaidi Yaacob tiba di lokasi bersama sembilan anggota.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan 13 kenderaan dan empat mangsa termasuk seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba.

“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Kulim dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamizul Azwan berkata, anggotanya bertindak membersihkan keadaan jalan dan menghindarkan jalan raya di kawasan kemalangan itu.

Telah terdapat beberapa kemalangan serius sepanjang Lebuhraya BKE (Butterworth-Kulim Expressway) ini, termasuklah satu kemalangan maut pada bulan Mei lepas yang melibatkan sebuah motosikal dihimpit secara tiba-tiba oleh sebuah lori. Perbuatan pemandu lori itu menyebabkan motosikal itu tergesel dengan lori dan penunggang motosikal itu terhumban ke atas pengadang jalan. Penunggang itu meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital.

Laluan ini sering digunakan oleh kenderaan-kenderaan berat yang membawa barangan di antara kawasan perindustrian di Kulim, Butterworth, dan Prai. Jadi, nasihat kami ialah berhati-hati apabila menunggang motosikal dan memandu di lebuhraya ini.

Tanpa membuang masa, “W” untuk gred kelikatan minyak enjin bermaksud “musim salji” (winter). Ia adalah sebahagian daripada sistem gred kelikatan yang ditubuhkan oleh Persatuan Jurutera Automotif (SAE) untuk mengklasifikasikan minyak enjin mengikut ciri kelikatannya.

Dalam gred minyak enjin, seperti 10W-40, “10W” menunjukkan kelikatan minyak pada suhu rendah (keadaan musim sejuk). Inilah maksud “W” dan nombor:

  1. Kelikatan minyak ketika musim sejuk (W)
    • Nombor sebelum huruf “W” (contohnya 10W) bermaksud kelikatan minyak pada 0°F (-17.8°C), dan menunjukkan prestasi minyak ketika cuaca bersalji. Nombor yang lebih kecil menunjukkan keupayaan mengalir pada suhu rendah, bermaksud minyak itu lebih cair.
    • Namun, harus diingatkan di sini bahawa istilah “sejuk” di negara-negara bercuaca sederhana bermaksud -3 °C ke atas dan tidak lebih daripada 18 °C.
    • Oleh yang demikian, gred kelikatan “W” TIDAK perlu diambil kira di negara-negara bercuaca tropika sepertik Malaysia kerana suhu purata di sini di sekitar 27 °C. Suhu di beberapa kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands pun tidak selalunya sampai serendah 15 °C.

  1. Gred kelikatan cuaca panas:
    • Nombor selepas “W” (contohnya 40 untuk minyak 10W-40) merupakan gred kelikatan minyak pada 100 °C. Nombor yang lebih besar menunjukkan minyak yang lebih pekat pada suhu yang lebih tinggi.
Contoh: Minyak enjin gred SAE 10W-40
  • 10W: Menunjukkan minyak itu sesuai untuk iklim sejuk.
  • 40: Menunjukkan minyak mengekalkan kepekatan yang mencukupi untuk melindungi enjin pada suhu operasi yang tinggi.

Sistem gred ini membantu memastikan bahawa minyak boleh memberikan perlindungan dan prestasi yang mencukupi di bawah pelbagai keadaan operasi, daripada musim salji hingga larian bersuhu tinggi.

Sebab minyak enjin yang dijual di Malaysia mempunyai gred musim sejuk dan musim panas adalah kerana minyak ini juga terdapat di negara lain, termasuk yang mempunyai musim salji.

Asal usul minyak enjin “multigrade”

Minyak enjin zaman dahulu ada gred tunggal sahaja. Masih terdapat minyak enjin gred tunggal, tetapi ini kini jarang dijumpai. Gred tunggal yang kami maksudkan adalah minyak seperti SAE 10, SAE 30 atau SAE 40, dan sebagainya.

Jadi, anda perlu menggunakan gred kelikatan paling terendah, seperti SAE 5 atau SAE 10, semasa musim salji apabila semuanya membeku. Minyak “nipis” mengekalkan likatnya supaya anda boleh menghidupkan enjin anda dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, minyak akan menjadi terlalu nipis apabila enjin mencapai suhu operasinya.

Sebaliknya, anda perlu menukar minyak musim salji itu kepada sesuatu yang “lebih berat” pada bulan-bulan yang lebih panas, seperti SAE 40, SAE 50, dsb. Ini untuk mengelakkan minyak daripada menjadi terlalu nipis dalam cuaca panas. Walau bagaimanapun, minyak ini akan bertukar menjadi sebuah blok gel pada musim salji.

Oleh itu, jurutera minyak berjaya membangunkan bahan tambahan yang menjadikan minyak enjin cukup nipis sehingga ia tidak membeku pada musim salji, dan kekal cukup pekat apabila enjin panas. Ini melahirkan minyak enjin “multigrade” yang kita lihat hari ini, seperti gred SAE 10W-40 yang disebutkan di atas. Oleh itu, anda boleh menggunakan hanya satu minyak sepanjang tahun.

Apabila timbul subjek mengenai harga barangan di Malaysia, soalan yang paling “popular” di kalangan rakyat Malaysia ialah kenapakah harga minyak tidak turun, walaupun itulah merupakan antara tunggak manifesto ketika pilihanraya umum yang lepas.

Keadaan dinampakkan menjadi runcing lebih apabila harga runcit diesel telah naik ke RM3.35 seliter bermula tangah malam hari ini (10 Jun 2024) mengikut sistem harga apungan berbanding dengan RM2.15 seliter yang disubsidi. Keguasaran terbesar di kalangan rakyat marhaen adalah kenaikan harga barang yang dikhuatiri akan berlaku tidak lama lagi berikutan kenaikan kos pembuatan dan penghantaran barang.

Itulah yang menyebabkan soalan “kenapa harga minyak tidak turun” dibangkitkan oleh seorang penyokong parti Pakatan Harapan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ketika Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap semalam.

Rafizi memaklumkan kerajaan tidak pernah membatalkan subsidi bahan api termasuk diesel mencecah RM60 bilion setahun, sebaliknya mengalihkannya dengan memberikannya terus kepada rakyat.

Beliau berkata, sebelum ini subsidi terbabit dibayar kepada beberapa syarikat minyak setiap tahun, berbeza dengan tindakan kerajaan ketika ini yang terus mengagihkannya termasuk kepada keluarga yang menikmati pembiayaan serendah RM200 hingga RM500 sebulan.

“Zaman minyak dulu yang harga RM1.90 tahu tak berapa harga minyak mentah masa itu? Tahu tak berapa subsidi yang kerajaan kena belanjakan? Sikit saja (ditanggung kerajaan kerana) masa itu subsidi kena belanja RM3 bilion daripada bajet RM200 bilion lebih.

Sekarang ini subsidi RM60 bilion dengan harga minyak mentah AS$80 setong. Saya sebut dulu (harga minyak akan diturunkan) kalau harga minyak mentah rendah dan subsidi itu masih lagi boleh ditangguh kenapa nak hapuskan subsidi.”

“Bila subsidi sudah jadi RM80 bilion nak buat sekolah tak boleh, nak naik gaji tak boleh dan subsidi menyebabkan harga yang rendah itu yang dapatnya orang kaya-kaya, bukankah lebih baik kita alihkan subsidi itu, bukanlah kita batalkan.

“Alih subsidi maksudnya subsidi terus diberi. Diesel kenderaan awam, lori kecil, pikap, peniaga semua dapat, malah orang biasa gaji RM100,000 ke bawah setahun pun dapat atau kita agihkan kepada keluarga biar dapat subsidi minyak tiap-tiap bulan RM200, RM300, RM400 (atau) RM500,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyuarakan keyakinan bahawa rakyat akan dapat melihat dengan lebih baik bagaimana peruntukan subsidi itu disalurkan kepada isi rumah berbanding terus dibayar kepada syarikat minyak.

Sebelum ini, Rafizi pernah dilaporkan berkata Kerajaan dijangka menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong, melainkan reformasi dilaksanakan terhadap sistem subsidi.

Komentari kami:

Masalahnya pembekal akan menaikkan harga dan seterusnya  pekedai turut akan menaikkan harga dengan alasan “harga minyak sudah naik.” Alasan itu akan digunakan walaupun subsidi diesel akan diteruskan untuk beberapa kategori kendaraan komersil (gambar di bawah). Tetapi adakah kerajaan akan memantau harga barangan di dalam pasaran?

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube