Bikesrepublic

Berita Terkini

Pada Jun lalu, kami telah pun melaporkan bahawa pemasangan tempatan (CKD) beberapa model Kawasaki antaranya Ninja 250 dan Z250 sedang berjalan dan akan tiba di pengedar sekitar Julai atau Ogos.

Dalam info baharu yang diperolehi, MODENAS telah pun disahkan akan melancarkan Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z250 ABS untuk pasaran tempatan pada hujung bulan ini.

Menariknya, ketiga-tiga model tersebut – yang akan dijenamakan semula sebagai MODENAS – dijangka akan dipasarkan dengan harga antara RM18,000 hingga RM20,000 sekaligus lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan Kawasaki sebelum ini.

Sekiranya dakwaan itu benar, maka pastinya akan menarik minat ramai pembeli yang mahu memiliki sebuah jentera 250cc dengan harga sedemikian apatah lagi rata-rata motosikal jenama lain mengalami kenaikan harga.

Ketiga-tiga model ini bernadikan enjin parallel-twin 248cc dengan penyejukan cecair yang menjana 36.2hp pada 12,500rpm dan 23Nm pada 10,000rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan ‘assist/slipper clutch’.

Info lanjut akan dikongsikan sewaktu hari pelancaran nanti.

Zaman sekarang, stesen minyak bukan hanya jadi lokasi untuk mengisi minyak malah ada yang gemar menjadikan stesen minyak sebagai ‘port’ melepak bersama rakan-rakan.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa stesen minyak di UK telah mengambil tindakan dengan mengenakan kompaun pada mereka yang berhenti terlalu lama selepas mengisi minyak.

Laporan oleh British Motorcyclist Federation (BMF) mendakwa beberapa stesen petrol antaranya BP dan Shell di negara itu telah mengenakan tindakan kompaun dan had masa letak kenderaan.

Beberapa stesen minyak hanya membenarkan orang ramai untuk berada di stesen minyak tidak lebih dari 30 minit.

Bagi menguatkuasakan peraturan tersebut, beberapa stesen minyak telah mengupah syarikat swasta bagi mengendalikan urusan letak kereta dan sebagainya dan jika ada yang didapati melanggar peraturan tersebut, syarikat tersebut akan mengenakan kompaun.

Walaupun langkah terbaru itu dilihat efisien ketika ini namun difahamkan peraturan tersebut memberi impak negatif pada pengguna kenderaan elektrik yang memerlukan tempoh lama untuk mengecas kenderaan masing-masing.

Dengan pelonggaran sekatan perjalanan, State Railway of Thailand (SRT) telah mengumumkan ia akan mengembalikan kereta api ulang-alik Hat Yai-Padang Besar kembali kepada operasi biasa seperti dua tahun lalu.

Perkhidmatan ini telah berhenti operasinya sejak 18 March 2020 iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan wabak Covid-19.

Kereta api itu membawa penumpang dari Padang Besar, Perlis ke stesen Hat Yai dalam tempoh masa lebh kurang satu jam.

Hat Yai merupakan pekan terbesar di Thailand Selatan yang paling dekat dengan Malaysia dan sangat terkenal dalam kalangan pelancong untuk pasar terapungnya, makanan Thai dan kraftangan.

Tiket sehala dari Padang Besar ke Hat Yai berharga THB50 (RM6).

Menurut jadual, hanya dua kereta api ulang-alik setiap hari, oleh itu anda digalakkan membuat tempahan tiket awal di laman web SRT.

Image from KTM Berhad (Facebook)

From Padang Besar to Hat Yai, there are only two timings: train number 948 departing at 9.55am (Malaysia time) and train number 950 at 4.40pm (Malaysia time).

Untuk ke stesen Padang Besar, anda boleh memilih untuk menaiki KTM Komuter (yang datang dari Butterworth, Pulau Pinang) atau tren ETS (yang datang dari sejauh Kuala Lumpur dan Gemas, Negeri Sembilan) yang berakhir di Padang Besar.

Dan di bawah, jadual kereta api dari Thailand ke Malaysia:

Image from KTM Berhad (Facebook)

Anda boleh pulang menggunakan KTM Komuter ataupun ETS dari stesen Padang Besar.

Suzuki melancarkan dua skuter kompak untuk pasaran Eropah selepas memperkenalkan Avenis 125 dan Address 125 di UK.

Kedua-dua skuter ini sebelum ini telah pun diperkenalkan di India sebelum Suzuki memutuskan untuk turut memasarkan kedua-duanya di Eropah.

Menariknya, kedua-dua skuter kompak ini dikuasakan enjin 125cc yang sama iaitu, enjin silinder tunggal 124cc DOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 8.7hp dan 10Nm.

Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT.

Sebagai skuter kompak, kedua-duanya turut dilengkapi ciri Suzuki Eco Drive Illumination (SEDI) yang menawarkan penjimatan petrol sehingga 52.6km bagi setiap liter.

Ini sekaligus menjadikan Avenis dan Address 125 skuter kompak yang sesuai untuk tunggangan dalam bandar.

Meskipun berkongsi enjin sama, Avenis tampil dengan rekaan moden dan sporty sementara Address 125 lebih retro.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • tangki 5L (Address 125) dan 5.2L (Avenis 125)
  • berat 105kg
  • ketinggian tempat duduk 770mm (Address 125) dan 780mm (Avenis)

Seorang wanita maut, empat cedera termasuk seorang bayi parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 29 kenderaan di Jalan Kamunting, di Pasir Puteh.

Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, kenderaan yang terbabit adalah dua lori muatan pasir dan besi, 21 basikal, satu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner, tiga kereta dan dua motosikal.

Difahamkan, dalam kejadian itu sebuah lori yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap kenderaan lain.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh memaklumkan 13 anggota dan pegawai selain dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja-kerja operasi menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba di lokasi terbabit,” katanya.

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disaman ketika Ops Khas Motosikal (HRAA) 2022 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah didapati tidak memiliki lesen kelas B (penuh).

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bersama isteri semasa dalam perjalanan menikmati makan malam di George Town dari Sungai Petani, Kedah.

“Selain itu, seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi berusia dalam lingkungan 20-an dari Kuala Ketil menuju ke tempat kerjanya di kawasan pulau turut ditahan atas kesalahan sama,” katanya semasa operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang empat hari operasi itu dijalankan, sebanyak 4,902 kenderaan telah diperiksa manakala 1,005 saman meliputi pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube