Bikesrepublic

Berita Terkini

Boon Siew Honda akhirnya merasmikan Honda RS-X 150 (atau Winner-X di pasaran Vietnam) yang ditawarkan pada harha RM8,688.

Seperti yang dijangka, RS-X ini dikuasakan enjin 150cc Euro 4 DOHC yang mampu menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm.

Menariknya, ciri keselamatan turut dipertingkat dengan sistem ABS (satu saluran) manakala pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh.

Sistem pembakaran juga lebih efisien hasil bantuan sistem PGM-Fi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • sealed chain drive
  • digital speedometer
  • pembuka tempat duduk Honda

Honda RS-X ini juga tampil dengan tiga pilihan warna menarik, Honda Trico, Candy Carribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang bagi rantau Asia menerusi anugerah ‘Best Commercial After Sales’ dan ‘Best Marketing Team’.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pacific, Marco Biondi sewaktu Ducati APAC National Meeting ke-28.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael, meluahkan rasa berbesar hati terhadap pencapaian itu yang disifatkan hadir atas usahasama pasukannya.

*Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael (paling kanan)

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang telah berusaha keras untuk meraih pencapaian ini dari mata prinsipal kami.

“Sepanjang kami beroperasi, ini kali pertama kejayaan seumpamanya diraih Ducati Malaysia.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen serta semangat yang telah dicurahkan ke dalam Next Bike Sdn Bhd yang kini menjadi pelopor jenama Ducati di Malaysia,” jelasnya.

Ducati APAC National Meeting kali ke-28 ini membabitkan 13 wakil Ducati di rantau Asia Pasifik.

Setakat 2021, Ducati Malaysia menerusi pengedar rasmi Next Bike Sdn Bhd, telah pun berjaya melancarkan beberapa model 2021 antara Ducati Multistrada V4, Monster 2021 dan SuperSport 950.

Dua tahun selepas diperkenalkan sebagai jentera konsep di EICMA 2019, Husqvarna akhirnya memperkenalkan Norden 901 versi siap sepenuhnya.

Meskipun dibna berdasarkan platform KTM 890 Adventure, Norden 901 ini tampil dengan rekaan yang jauh berbeza.

Panel badan Norden 901 tampak lebih menonjol dan lebar berbanding 890 Adventure yang lebih minimalis dan lansing.

Bagaimanapun, enjin parallel-twin 890cc yang menghidupakn Norden 901 ini tetap menawarkan 103hp dan 100Nm.

Husqvarna Norden 901 ini juga didatangkan dengan rim depan 19″ dan 18″ belakang dan dipadankan bersama tayar Pirelli Scoprion Rally STR (tubeless) yang sesuai digunakan untuk permukaan jalan dan off-road.

Menariknya sistem suspensi depan dari WP Apex menawarkan jarak perjalanan lebih tinggi dari KTM, iaitu 215mm dan 220mm berbanding 200mm pada 890 Adventure.

Norden 901 juga lengkap dengan ciri elektronik moden antaranya tiga mod menunggang (Rain, Street dan Off-Road) sementara pelanggan juga boleh memilih mod ‘Explore’ yang ditawarkan secara bersaingan.

Ciri menarik lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • quickshifter
  • slipper clutch
  • traction control
  • cornering ABS (dengan mod off-road)
  • lampu LED
  • tangki 19L

Menurut Husqvarna, Norden 901 akan didapati seawal bulan November ini.

Jenama brek terkemuka, Brembo, telah pun mendedahkan rancangan untuk masa depan dengan memperkenalkan sistem brek Brembo Sensify.

Menurut info dikongsikan, sistem brek yang merangkumi Brake Control Unit, Hydraulic Actuators, Hydraulic Connections dan Electromechanical Caliper dengan teknologi AI (Artificial Intelligence) itu akan dipasarkan sekitar 2024.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke YouTube, kaliper brek tersebut diguna pakai pada kenderaan empat roda namun menariknya, Brembo turut memaklumkan sistem itu akan diperkenalkan pada semua kenderaan termasuk motosikal.

“Sistem brek Sensify ini tidak lagi sekadar satu komponen brek tetapi merupakan satu ekosistem bersama yang menggabungkan perisian dan teknologi AI dalam memainkan peranan aktif.

“Data yang dikumpul akan dikaji serta-meta bagi meningkatkan pengalaman pemanduan dan membenarkan sistem brek Sensify itu untuk terus dikemas kini mengikut waktu semasa,” jelas Brembo.

Menariknya, penggunaan cecair hidraulik yang rendah bagi sistem brek tersebut membuatkan Sensify tidak memerlukan penjagaan yang tinggi sekaligus menjimatkan kos penyelenggaraan.

Sistem tersebtu juga dilihat bakal memainkan peranan penting pada motosikal terutamanya yang dijana dengan elektrik.

Meskipun menjadi pemilik jenama motosikal pesaing namun itu tidak menyekat Ducati Malaysia menjemput BMW GS Owner Club Malaysia untuk merasai sendiri tawaran terbaru, Ducati Multistrada V4 S.

Multistrada V4 S merupakan motosikal ‘adventure-touring’ terbaru dari kilang Borgo Panigale yang dianggap sebagai seteru utama bagi model BMW R 1250 GS ketika ini.

Seramai 22 pemilik BMW GS pelbagai model telah hadir memeriahkan sesi tunggang uji Ducati Multistrada V4 S di pusat pameran Ducati Petaling Jaya, semalam.

Turut kelihatan yang hadir ke acara tersebut adalah selebriti automotif tempatan, Hezeri Samsuri dari Careta.my yang juga merupakan satu daripada empat pemilik BMW F 850 GS Adventure di Malaysia.

Jemputan oleh Ducati Malaysia untuk pemilik BMW GS ini adalah inisiatif terbaru bagi memberi peluang kepada semua pemilik motosikal berjenama lain untuk merasai sendiri barisan model terbaru Ducati.

Selain diberi peluang menunggang uji, mereka yang hadir juga sempat diberi penerangan mengenai sistem elektronik antaranya teknologi sensor radar yang terdapat pada Multistrada V4 S.

Multistrada V4 S merupakan motosikal pertama di dunia yang didatangkan dengan teknologi radar dari Bosch itu yang menawarkan ciri ‘Adaptive Cruise Control’ dan ‘Blind Spot Detection’.

Ducati Multistrada V4 ini tampil dengan dua varian, V4 dan V4 S dengan kedua-duanya ditawarkan pada harga RM135,900 dan RM146,900.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Honda Winner X dicanang bakal dilancarkan Boon Siew Honda pada 1 November ini.

Perkara itu dibangkitkan setelah pihak Boon Siew Honda, memuat naik perkongsian terbaru di laman Facebook, hari ini.

Meskipun tidak mendedahkan model apakah yang akan dilancarkan namun dengan slogan ‘yang dinantikan hampir tiba’ sedikit sebanyak memberi bayangan Winner X.

Tambahan pula, sebelum ini beberapa pengedar Honda juga telah memuat naik iklan ‘Tempah Dibuka’ bagi motosikal tersebut.

Apa pun, segalanya akan terjawab pada 1 November ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube