Sejak dilancarkan di Eropah pada Oktober 2020, Triumph Motorcycles kembali menjadi sebutan peminat motosikal dunia menerusi Trident 660.
Tawaran terbaru bagi motosikal segmen pertengahan, Triumph meletakkan Trident sebagai jentera paling mampu milik ang lahir daripada kilang di Hinckley, United Kingdom.
Sementara itu, kami dimaklumkan bahawa Triumph Trident 2021 ini bakal mendarat di pasaran Malaysia tidak lama lagi menerusi Fast Bikes Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.
Meskipun harga tidak didedahkan namun kami difahamkan, Triumph Motorcycles Malaysia telah pun menerima beberapa tempahan.
Bagaimanapun, kami menjangka Trident 660 ini akan ditawarkan pada harga antara RM3X,XXX dan RM4X,XXX.
Jika benar, maka pastinya Triumph Trident bakal merancakan lagi pasaran 600-750cc di Malaysia yang ketika ini hanya terdiri dari Yamaha MT-07, Kawasaki Ninja 650, Z 650, Honda CBR650R serta CB650R.
Trident 2021 didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm.
Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dirombak semula lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm.
Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper.
Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter (aftermarket) bagi pelanggan yang berminat.
Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras.
Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran.
Antara ciri lain ditawarkan:
- dua mod tunggangan – Rain/Road
- lampu LED penuh (depan dan belakang)
- modul Bluetooth
- paparan TFT dengan rev-counter LCD
- traction control