Bikesrepublic

Berita Terkini

Suzuki Malaysia bakal mengembalikan model moped popular, Suzuki Belang Fi 150!

Suzuki Belang Fi 150

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), hari ini.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3855841944460971

Walaupun sekadar memaparkan bahagian lampu depan namun jelas merujuk kepada Suzuki Belang 150!

Umum mengetahui Suzuki Belang merupakan antara jentera popular di rantau Asia Tenggara yang turut dikenali sebagai Raider R150 di Vietnam dan Satria F150 di Indonesia.

Suzuki Belang Fi ini menawarkan enjin 147.3cc dengan silinder tunggal yang menawarkan 18.2hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.

Info terbaru dari dari SMSB ini memberi bayangan bahawa Suzuki Malaysia serius untuk kembali lebih kuat dengan memfokuskan kepada model moped selain daripada jentera berkuasa tinggi.

Baru-baru ini SMSB turut berkongsi bahawa mereka bakal melancarkan model GSX-R untuk pasaran tempatan namun masih belum dipastikan model sesaran enjin mana yang akan diperkenalkan.

Dua lelaki disahkan mati lemas apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam tali air dalam percubaan melarikan diri daripada sekatan polis di Utan Aji, Kangar, hari ini.

Kedua-dua mangsa – yang disyaki penjenayah – sedang menaiki kereta jenis Honda Civic sebelum ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Lencongan Dua Kangar sekitar jam 10 pagi.

Mereka bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan bertindak melarikan diri namun dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1696863853824651

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, kereta suspek kemudiannya melalui tali air lalu terbabas.

“Orang awam yang melihat kejadian berkenaan cuba membantu mengeluarkan mereka dan ketika dikeluarkan, kedua-duanya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” jelasnya.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Sementara itu, hasil pemeriksaan lanjut mendapati Honda Civic terbabit adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – BH

Seramai 20 mekanik di Malaysia telah menerima anugerah Castrol Unsung Heroes sempena kempen Hari Mekanik Malaysia Castrol.

Penghargaan tersebut dibuat sebagai inisiatif dalam menghargai pakar dalam bidang penyelenggaraan automotif.

Antara penerima anugerah adalah mekanik dalam platform kereta/trak dan motosikal yang berasal dari Selangor, Perak, Pahang, Johor dan Sabah.

Menurut Castrol, para penerima anugerah sepatuntya diraikan ketika anugerah Hari Mekanik Malaysia pada 18 Mac lalu namun susulan pandemik Covid-19 dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) acara tersebut ditangguh dan akan dilangsungkan di Subang Jaya.

Castrol Malaysia and Singapore Marketing Director, Keow Mei-Shan. \

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-Shan beri jaminan akan terus memberi fokus terhadap meraikan komuniti di Malaysia.

“Peluang untuk meraikan hero-hero ini adalah perkara besar bagi kami di Castrol dan 20 anugerah ini mencerminkan usaha kami dalam menghargai mekanik dalam industri automotif,” jelasnya.

Demikian dakwaan dibuat media Jepun, Young Machine dalam laporan terbaru.

Young Machine, yang terkenal dalam mendedahkan ‘perancangan’ pengeluar motosikal Jepun terutamanya Honda, kini membuat satu lagi ‘pendedahan’ terbaru.

Selepas melaporkan Honda bakal perkenalkan Rebel versi 1,100cc dan jentera bernadikan enjin V4 kini dilaporkan pengeluar motosikal Jepun itu bercadang memperkenalkan Africa Twin dengan enjin 250cc.

Difahamkan, pelaksanaan itu akan dibuat dengan cara mengemas kini CRF250L Rally dengan DNA Africa Twin.

Hakikatnya Honda tidak perlu membuat sebarang rombakan besar tatkala CRF250L Rally telah pun mempamerkan ciri jentera ADV menerusi penghadang angin yang tinggi, sump plate, dan handguard.

Persoalannya, mengapa Honda perlu mengubah CRF250L Rally dengan elemen Africa Twin? Ini kerana Honda mendapati trend semasa adalah condong ke arah jentera ‘adventure’ seperti mana dilakukan pengelua lain antaranya KTM 390 Adventure (versi 250cc turut akan diperkenalkan) dan Suzuki V-Strom 250.

Bagaimanapun, masih tiada pengesahan daripada pihak Honda sendiri mengenai perancangan namun seperti yang kami jelaskan sebelum ini, jika laporan ini datangnya dari Young Machine maka tunggu masa sahaja sebelum pendedahan ini menjadi realiti.

Minggu lalu, Suzuki Malaysia mengumumkan mereka kembali beroperasi setelah lebih sebulan memaklumakn mengenai penutupan operasi.

Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB) dicanang diambil alih oleh pihak pengurusan sama yang mengendalikan Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) sebelum ini meskipun masih belum ada pengumuman rasmi.

Kini, SMSB menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook mendedahkan mereka bakal ‘mengembalikan’ model sportsbike GSX-R.

https://www.facebook.com/Suzukimalaysia/posts/3835497076495458

Persoalannya, model yang mana akan dilancarkan itu?

Terdapat pelbagai varian GSX-R dalam portfolio Suzuki bermula dari 150cc hinggalah ke 1000cc.

Bagaimanapun, merujuk kepada ruangan komen perkongsian di Facebook, jelas rata-rata mengharapkan Suzuki memperkenalkan varian mampu milik atau bawah 250cc.

Kami di MotoMalaya juga mengharapkan GSX-R itu merujuk kepada model 150cc yang telah pun dilancarkan di pasaran negara jiran, Indonesia dengan harga sekitar Rp27,900,00 (RM7,800 mengikut tukaran semasa).

April lalu beberapa warna baharu GSX-R150 turut diperkenalkan seperti dibawah:

Suzuki GSX-R150 didatangkan dengan enjin 147.3cc DOHC satu silinder yang menawarkan 19.17hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm dan digerakkan dengan transmisi 6-kelajuan.

Bagaimanapun, barangkali Suzuki Malaysia merujuk kepada jentera ‘flagship’ GSX-R1000R edisi terhad yang baru-baru ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-100.

Suzuki GSX-R1000R

Apa pun, teka-teki ini hanya akan dijawab pihak Suzuki Malaysia sendiri dalam masa terdekat.

Lagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk berlaku Sabtu lalu.

Kali ini, seorang jurutera maut manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan namun selamat dalam insiden kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk di Persiaran Tun Teja, dekat Alam Impian.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, mangsa bersama isteri dan anak-anak sedang memandu kereta jenis Perodua Aruz sebelum bertembung dengan Proton Perdana yang hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar mangsa.

Mangsa, Ahmad Safwan disahkan maut di lokasi kejadian manakala isteri Nur Syahirah Ismail mengalami kecederaan di kaki sementara dua anaknya berusia 5 dan 3 tahun terselamat.

Proton Perdana milik pemandu disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Pemandu Proton Perdana tersebut turut terselamat dengan sampel ujian darah telah diambil bagi menentukan sama ada dia berada dalam pengaruh dadah atau alkohol.

Menurut isteri mangsa, mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas arwah selesai memotong rambut di Seksyen 19.

Jenazah arwah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 semalam.

Sementara itu, rakaman video kemalangan turut tular di laman sosial dengan ada yang turut berkongsi video yang memaparkan pemandu Proton Perdana terbabit berada dalam keadaan tidak keruan susuland disyaki berada dalam pengaruh alkohol atau dadah.

Ogos lalu, Dewan Rakyat telah pun meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk mengenakan hukuman lebih serius atas kesalahan pemandu mabuk.

RUU tersebut menyaksikan pesalah yang memandu dalam pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian boleh dikenakan penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda di antara RM50,000 hingga RM100,000. – HM

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube