Bikesrepublic

Berita Terkini

Sistem kotak gear automatik pada motosikal bukanlah perkara baru, terutamanya di kalangan motosikal berkapasiti kecil. Bagaimanapun, pengeluar mula melengkapkan motosikal mereka dengan sistem sedemikian sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru ialah BMW Automated Shift Assist.

Sistem BMW, bagaimanapun, mempunyai satu perbezaan utama berbanding sistem DCT daripada Honda. Walaupun sistem DCT mengetepikan tuil gear dan ditukar kepada butang pada bar hendal, sistem BMW mengekalkan tuil gear kaki. Satu-satunya persamaan ialah ketiadaan tuil klac.

Sistem ini menggunakan dua mod, ‘M’ dan ‘D’. Dalam mod M (manual), penunggang masih menggerakkan tuil gear dan memutuskan bila mereka mahu menukar gear motosikal sama ada ke atas atau ke bawah. Di dalam mod D (drive) pula, penukaran gear ke atas dan ke bawah berfungsi secara automatik dan dikawal oleh ECU kotak gear.

Pembuat Jerman itu berkata bahawa sistem itu adalah untuk “Memudahkan perjalanan anda”, dengan menggunakan klac automatik dan mekanisme penukaran gear, tanpa “mengorbankan cara penukaran gear yang penting secara emosi.”

Bagaimana ia berfungsi
  • Dua penggerak elektromekanikal mengautomasikan klac dan penukaran gear transmisi enam kelajuan, bermakna tuil klac tidak diperlukan.
  • Ia membolehkan anda memecut seperti skuter dengan hanya memutar pendikit.
  • Klac digerakkan secara automatik sebaik sahaja anda berhenti semula.
  • Permintaan pertukaran gear daripada penunggang dihantar ke unit kawalan melalui sensor tuil pertukaran gear.
  • Penderia tambahan mengukur putaran aci input penghantaran dan kedudukan klac.
  • Data ini disalurkan kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU), yang, bersama-sama dengan ECU motosikal bagi menentukan berapa banyak tekanan klac yang perlu digunakan untuk membolehkan penukaran gear berlaku.

BMW tidak mengumumkan model mana yang akan menerima ciri ASA, walaupun grafik menunjukkan enjin Boxer, dan gambar menunjukkan butang pada bar hendal GS. Walau bagaimanapun, ia menambah 2kg pada motosikal berbanding sistem konvensional justeru S 1000 RR dan M 1000 RR berkemungkinan besar masih mengekalkan transmisi tradisional (syukur!).

Jalan Sultan Ismail telah dijadikan laluan dua hala bermula dari 30 April 2024. Langkah itu diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bintang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata perubahan itu bermula dari Jalan Raja Chulan sehingga ke Simpang Bukit Bintang. Katanya, seramai 20 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan ditempatkan di sepanjang laluan berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik.

“Perubahan laluan ini sudah dilaksanakan sejak Rabu lalu (30 April) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di tengah ibu kota.

“Penempatan 20 anggota trafik di laluan ini bagi melicinkan lalu lintas kerana masih ramai pengguna tidak mengetahui perubahan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azry berkata laluan itu akan digunakan sebagai jalan sehala pada waktu puncak bermula jam 6 sehingga 9 pagi yang akan dikawal pihaknya. Laluan satu hala itu akan bermula dari Jalan Kampung Pandan menghala Jalan Sultan Ismail dan laluan berkenaan akan kembali menjadi jalan dua hala selepas jam 9 pagi.

Menurut, bagi mengelak kekeliruan pihaknya akan meletakkan anggota JSTP di sepanjang lalun terbabit.

“Kita masih belum dapat (lihat hasil) sepenuhnya dan pemantauan masih dibuat oleh anggota trafik yang ditempatkan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

“Petugas akan memantau kelancaran laluan kenderaan yang lalu di sini, selain berusaha memberi pemahaman lebih pengguna jalan raya.

“Kita berharap pelaksanaan ini dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang ini,” katanya.

Bajaj Pulsar NS400Z telah dilancarkan di India semalam, menjadikan barisan Pulsar setanding dengan Dominar. Ia berharga INR 185,000 (RM 10,520.43), iaitu INR 46,000 (RM 2,615.89) lebih murah daripada Dominar 400.

Ia kini akan bersaing dengan Bajaj Dominar 400, Triumph T-Series baharu bagi motosikal satu silinder 400cc, KTM 390 Duke, dan lain-lain walaupun tidak dalam julat harga yang sama.

Ciri-ciri Bajaj Pulsar NS400Z
  • Ciri yang paling menarik ialah penggayaan barunya yang agresif, walaupun bentuk keseluruhannya mengekalkan rupa Pulsar.
  • Bahagian hadapannya mengekalkan fairing segi tiga tetapi lampu hadapan kini menampilkan lampu projektor LED tengah, diapit dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) berbentuk kilat.

  • Di bahagian belakang, lampu belakang LED gaya Pulsar dikekalkan.
  • Pembeli boleh memilih pilihan pelana dua bahagian.
  • Ia berkongsi enjin 373cc, satu silinder, sejukan cecair yang sama dengan Dominar 400.
  • Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 39.4 hp pada 8,800 RPM dan tork maksimum 35 Nm pada 6,500 RPM.
  • Transmisi 6-kelajuan termasuk klac slip and assist.
  • Fork depan jenis terbalik 43mm berwarna emas baharu.
  • Cakera brek depan bersaiz 320mm.
  • Tuil brek dan klac boleh laras 5 kedudukan.

  • Pendikit ride-by-wire (disambungkan kepada ECU, tidak seterusnya ke throttle body) membuka ruang untuk ciri kawalan cengkaman dan empat mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain, Off-Road.
  • ABS adalah standard.
  • Saiz tayar ialah 110/70-17 tayar di hadapan dan 140/70-R17 di belakang.
  • Ketinggian tempat duduk ialah 804mm yang boleh diakses.
  • Bajaj Pulsar NS400Z didatangkan dalam empat warna iaitu Glossy Racing Red, Pewter Grey, Metallic Pearl White, dan Brooklyn Black.

Harley-Davidson Road Glide (2024) dan Harley-Davidson Street Glide (2024) telah tiba di Malaysia, selepas diumumkan lebih awal antara 21 model yang kembali untuk 2024. Kedua-dua ini, serta Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) adalah model-model utama dalam rangkaian Grand Touring.

Ciri-ciri utama Harley-Davidson Road Glide (2024) dan Harley-Davidson Street Glide (2024)
  • H-D mengatakan mereka lebih berkuasa, lebih ringan dan lebih dinamik, serta isyarat visual yang lebih padat.
  • Enjin Milwaukee-Eight 117 V-Twin dikemas kini dengan sistem penyejukan baharu untuk mengoptimumkan aliran gas masuk dan ekzos.
  • Empat Mod Tunggangan – Road, Sport, Rain, Custom.

  • Sistem infotainmen baharu yang dikuasakan oleh Skyline OS, dengan skrin TFT sentuhan 12.3-inci bewarna yang menggantikan meter analog serta beberapa suis.
  • Penguat audio (amplifier) 200-watt power yang menghantar audio ke speaker di dalam fairing.
  • Fairing yang direka baru itu dikatakan dapat mengurangkan goyangan topi keledar sebanyak 60 peratus pada kelajuan lebuh raya.

  • Jarak gerakan suspensi belakang ditingkatkan sebanyak 76.2mm (Barulah tak sakit belakang!).
  • Pelana satu bahagian dengan material yang baharu.
  • Harley-Davidson Road Glide (2024) dijual pada harga bermula RM 211,900.
  • Harley-Davidson Street Glide (2024) dijual pada harga bermula RM 195,900.
2024 CVO Road Glide ST highlights
  • “CVO” ialah singkatan untuk Custom Vehicle Operations.
  • Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) merupakan model perdana untuk banjaran CVO 2024.

  • Harley mengatakan bahawa ia adalah bagger yang terpantas, terpantas dan paling canggih yang mereka hasilkan.
  • Pelana solo untuk penunggang yang tunggal.
  • Bar hendal dipasang pada riser enam inci tinggi, untuk gaya tunggangan West Coast Custom.
  • Enjin V-Twin Milwaukee-Eight 121 High Output.

  • Fork depan 47mm  Showa 1X1.
  • Showa rear shocks with remote reservoirs. Penyerap hentakan belakang Showa dengan takungan berasingan.
  • Brek Brembo.
  • Mod Tunggangan.

  • Sistem audio premium dengan amplifier 500-watt serta pembesar suara Rockford Fosgate Stage II 6.5-inci di dalam fairing.
  • Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) berharga dari RM 346,900.

 

Seperti yang dijangka, kini terdapat warna-warna baharu untuk Yamaha Y15ZR (2024).

Y15ZR atau lebih dikenali sebagai “Ysuku” dalam kalangan penggemar motosikal di Malaysia merupakan kapchai yang paling popular di negara ini. Kejayaannya telah melonjakkan jenama Yamaha ke status No. 1 di sini sejak dilancarkan pada 2015.

Malah, lebih banyak Y15ZR dijual walaupun terdapat Y16ZR yang lebih baharu dan berkuasa yang menggunakan enjin 155cc dengan penggerak injap boleh ubah (VVA).

Oleh itu, berpegang kepada mantera “jangan betulkan jika ia tidak lusuh”, Yamaha dan Hong Leong Yamaha Motor terus “menaik taraf” motosikal itu melalui cara kosmetik sambil tidak menukar segi mekanikal. Walaupun begitu, enjin 150cc, SOHC, sejukan cecair yang terbukti masih menghasilkan 15.5 hp (11.6 kW) pada 8,500 RPM dan 14.4 Nm tork maksimum pada 6,500 RPM.

Yamaha Y15ZR mempunyai tiga warna baharu untuk 2024 iaitu: Kelabu, Biru dan Biru Muda (Cyan). Nama-nama warna-warna baharu itu seperti tiada inspirasi tetapi mudah untuk dipilih. Tiada siapa yang akan menyebut “Saya mahukan warna sport metalik matt antrasit,” bukan?

Harga jualan yang disyorkan kekal pada RM 8,998.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans. Pembeli akan menerima kunci cakera brek Yamaha eksklusif bernilai RM 100.00.

Yamaha Y15ZR (2024) sudah akan dijual di pengedar sah Yamaha pada masa kami menerbitkan artikel ini.

Pemandu yang merempuh OKU yang menunggang motosikal hingga melambung sebelum menemui ajal dalam parit dekat Parit Sulong, Februari lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Lim Guan Yan, 24, yang bekerja sebagai pembantu kedai didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta dengan melulu hingga menyebabkan kematian Mohd. Riduan Abdullah, 58, di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong.

Kejadian itu berlaku pada 7 pagi, 27 Februari lalu dan dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) pengguna jalan raya menyebabkan sebelum tular di media sosial.

Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu tertuduh dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong kenderaan di hadapannya. Bagaimanapun, kereta itu gagal memotong lalu bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa. Mangsa kemudian melambung setinggi kira-kira lima meter sebelum terjatuh dalam parit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap bulan sehingga kes selesai.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube