BMW Motorrad Perancis sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperkenalkan S 1000 RR Edisi Isle of Man.
Jentera sportsbike ini merupakan model edisi terhad dengan hanya 50 unit sahaja ditawarkan di pasaran negara itu.
Ini merupakan model edisi terhad kedua diperkenalkan BMW Motorrad Perancis, sejak melancarkan F 900 R Force yang terhad kepada 300 unit sahaja, April lalu.
Menurut laporan, BMW S 1000 RR Isle of Man ini disertakan dengan pelbagai aksesori dan pakej menarik antaranya:
- sistem penggera
- ekzos titanium M Akprapovic
- pakej Dynamic (cruise control, heated grip)
- pakej Sport (rantai endurance M, GPS, lap trigger dan port USB)
- pakej Race (bateri ringan, swingarm M, rim tempa M, mod tunggangan Pro)
- pakej Ticket M
- pakej Karbon M
Sementara itu, S 1000 RR edisi Isle of Man ini juag tampil dengan penghadang angin gelap, lampu LED dengan balutan warna kuning, pelindung tangki karbon, serta tempat duduk khas dengan warna hitam Alcantara dan kemasan Merino Silvertone.
Model edisi terhad ini juga tampil dengan pilihan warna hijau M ‘Isle of Man’ sama seperti yang terdapat pada model kereta BMW terkini.
BMW S 1000 RR Isle of Man ini hanya ditawarkan untuk pasaran Perancis dengan harga EUR33,005 (RM164 ribu).