Bikesrepublic

Berita Terkini

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dnegan kerjasama Balai Polis Air Hitam telah menumpaskan ‘Geng Jamil’ yang giat melakukan kecurian motosikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sewaktu operasi penahanan dibuat, seramai lapan individu telah dicekup termasuk seorang warga Thailand yang berusia 18 hingga 36 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan , seorang daripada suspek telah ditahan pada 1 Jun lalu sebelum tujuh lagi ditahan dalam serbuan berasingan pada hari sama.

Polis turut merampas empat motosikal jenis Yamaha 125ZR dan tiga Honda EX5 termasuk sebuah enjin lerai yang telah dilaporkan hilang sebelum ini.

Bukan itu sahaja, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah.

Difahamkan, modus operandi ‘Geng Jamil’ ini adalah keluar secara berkumpulan pada lewat malam dalam tempoh PKP dan mencuri motosikal yang telah disasarkan lebih awal. – HM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan bahawa aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk senaman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali sebagai mod pengangkutan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman memaklumkan bahawa pihak berkuasa tidak akan mengenakan kompaun terhadap mereka yang kayuh ke tempat kerja.

Aktiviti beriadah dan bersenam dengan berbasikal secara berkumpulan mahupun individu adalah tidak dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKP 3.0.

Bagaimanapun, senaman seperti joging masih dibenarkan dengan syarat orang ramai hanya boleh melakukannya di sekitar kawasan kejiranan sahaja ekoran taman rekreasi ditutup.

Baru-baru ini sembilan orang dikenakan kompaun RM500 oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah didapati joging di Taman Tasik Shah Alam. – The Sun Daily

Triumph Speed Twin sememangnya menetapkan petanda aras baharu bagi motosikal segmen klasik moden sejak diperkenalkan pada 2018.

Digerakan dengan enjin sama yang menghidupkan Thruxton R, motosikal jenis roadster ini telah dinaik taraf dengan beberapa ciri terbaru bagi 2021.

Enjin

Kemas kini utama memfokuskan bahagian enjin 1200cc High Power yang kini telah mencapai standard Euro 5.

Menariknya, enjin ini kini menawarkan pertambahan 3hp berbanding model sebelumnya sekaligus menyumbang kepada 98.6hp pada 7,250rpm dan 112Nm pada 4,250rpm.

Menurut Triumph, enjin baharu ini juga menghasilkan kuasa ‘mid-range’ yang lebih baik, lebih responsif di samping merendahkan inersia lebih 17 peratus.

Pengendalian

Aspek pengendalian jentera juga dipertingkat bagi memberikan tunggangan yang lebih selesa.

Antara ciri yang telah dinaik taraf adalah seperti berikut:

  • fork depan Marzocchi 43mm dengan katrij damping
  • penyerap hentakan (berkembar) belakang (boleh laras)
  • kaliper brek (depan) Brembo M50 4-piston dan kaliper Nissin 2-piston belakang
  • cakera brek berkembar Brembo 320mm
  • cakera brek 220mm belakang
  • ABS
  • tayar Metzeler Racetec RR

Elektronik

Triumph Speed Twin tampil dengan teknologi terkini bagi tahun 2021 antararnya sistem ride-by-wire yang menjaminkan respon throttle yang lebih efisien.

Speed Twin 2021 juga menawarkan tiga mod tunggangan; Rain, Road dan Sport yang dijamin memberikan pengalaman menunggang dengan tetapan respon berbeza mengikut kesesuaian penunggang.

Bukan itu sahaja, model ini juga tampil dengan penggunaan lampu LED dengan DRL (daytime running light), paparan digital dengan gabungan meter analog, port USB serta Tyre Pressure Monitoring System.

Aspek keselamatan juga dipertingkat dengan fungsi immobiliser dengan transponder.

Bagi tahun 2021, Speed Twin ini ditawarkan dengan harga berikut:

  • Jet Black ColourRM77,900
  • Premium Metallic ColoursRM78,900

Menurut Fast Bikes Sdn Bhd, pelanggan yang membuat tempahan awal (RM500) sebelum 15 Julai ini akan menerima dua servis tukar minyak hitam secara percuma dan 35 peratus diskaun bagi barangan aksesori di samping memilih tiga pakej istimewa.

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan berminat untuk menaja pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin.

Perkara itu diutarakan ketika menjawab soalan di laman sosial Instagram miliknya.

Dalam perkembangan terbaru, TMJ memperjelaskan situasi berkenaan dengan tajaan terhadap Hafizh dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Saya suka tengok sikap dan disiplin serta komitmen Hafizh.

“Bagi saya, jika dia boleh membanggakan negara mungkin saya akan cuba membantu jika tak banyak pun saya akan memberi sumbangan agar dia boleh mengejar impian untuk terus membanggakan negara.

“Sebagai contoh sepertimana saya membantu petinju, Farhan, sebelum ini,” jelas TMJ.

Pada masa sama, beliau menjelaskan masih belum ada sebarang perbincangan diadakan bersama Hafizh ketika ini.

“Saya belum berbincang dengan Hafizh lagi.

“Saya pun nak tahu berapa bajet dia setiap tahun, apa bantuan yang dia terima sebelum ini serta apa perancangan dia.

“Jadi setakat ini, masih belum ada sebarang perbincangan lagi,” tambah TMJ.

Dalam saingan Moto2 di GP Catalunya semalam, Hafizh menamatkan aksi dikedudukan ke-20 yang menyaksikan Remy Gardner muncul juara diikuti Raul Fernandez kedua dan Xavi Vierge ketiga.

Pelumba KTM, Miguel Oliveira merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila muncul juara di GP Catalunya.

Ini merupakan kemenangan keempat pasukan factory KTM di kelas premier setakat ini.

Meskipun bermula di petak ke-4, Oliveira mempamerkan tunggangan konsisten untuk menerajui perlumbaan sejak awal lagi.

Bagaimanapun, Oliveira menerima asakan hebat dari pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, yang berjaya mengejar dari belakang dan pada satu ketika dipintas pelumba Perancis itu.

Namun, Oliveira kembali memintas dan terus mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat dengan Johann Zarco kedua.

Sementara itu, Quartararo ditimpa nasib malang apabila dikenakan penalti 3-saat sekaligus kehilangan tempat ketiga.

Penalti itu dikenakan ekoran Race Direction mendapati Quartararo melakukan kesalahan ‘shortcut pada Turn 1-2.

Keputusan itu menyaksikan dia hilang kedudukan podium dengan tempat ketiga dianugerahkan kepada Jack Miller.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, pelumba Perancis itu telah dikenakan dengan pertambahan penalti 3-saat (menjadikan jumlah 6-saat) selepas didapati menamatkan baki 3-lap dengan racing suit yang terbuka.

Dia juga dirakam membuang ‘pelindung dada’ dengan ada yang mendakwa situasi tersebut berlaku ekoran beg udara racing suit Alpinestar miliknya telah diaktifkan .

Tambahan penalti 3-saat itu menyaksikan Quartararo menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dibelakang rakan sepasukan Maverick Vinales.

Ini sekaligus menyaksikan terdapat perubahan kutipan mata dengan Quartararo kini mendahului kejuaraan dengan 115 mata, hanya 14 mata dipisahkan dengan Zarco di tempat kedua (101 mata) dan Miller ketiga dengan 90 mata.

Berikut senarai kutipan mata semasa:

Selepas beberapa tahun penantian, akhirnya pasaran Malaysia mampu berasa teruja seiring dengan negara jiran apabila Boon Siew Honda (BSH) melancarkan CBR250RR 2020!

Honda CBR250RR didatangkan dengan enjin 249.7cc dengan silinder berkembar yang menjana 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm.

Ini juga merupakan motosikal 250cc pertama di Malaysia yang didatangkan dengan fungsi quickshifter yang turut dipadankan bersama klac assist/slipper sekaligus menjaminkan pertukaran gear efisien seangkatan ‘abang besar’ CBR1000RR-R.

Pada masa sama pelbagai ciri lain turut didapati antaranya fungsi Ride-by-Wire, tiga mod tunggangan, paparan LCD serta penggunaan lampu LED penuh.

Sistem brek dikendalikan oleh Anti-lock Braking System (ABS) dwi-saluran (dual-channel) yang dipadankan dengan cakera brek depan 310mm dan 240mm belakang di samping fork depan (inverted) 37mm.

Honda CBR250RR ini didatangkan dengan dua warna pilihan, Winning Red dan Mat Gunpoweder Black Metallic dan ditawarkan pada harga RM25,999.

Orang ramai yang berminat boleh kunjungi Honda BigWing dan Honda Impian X untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube