Bikesrepublic

Berita Terkini

Beberapa bulan selepas melancarkan Civic generasi ke-11, Honda mendedahkan varian hatchback untuk pasaran gloal.

Varian hatchbak ini akan dipasarkan di Jepun dan beberapa pasaran Eropah lain.

Rekaan keseluruhan varian ini rata-rata mengguna pakai varian sedan namun dengan beberapa pengolahan antaranya gril depan berbentuk heksagonal.

Bahagian belakang menampilkan perubahan paling ketara bagi menyesuaikan dengan konsep ‘hatchback’ sekaligus tampak lebih kompak.

Menurut Honda, ruang belakang menawarkan keterbukaan 1.6 inci lebih lebar dari generasi Civic hatchback sebelumnya.

Menariknya, versi hatchback ini juga ditawarkan dengan transmisi manual berbanding varian sedan dan didatangkan dengan dua jenis enjin 2.0L NA 4-silinder yang menjana 158hp dan 187Nm serta 1.5L turbocharged 4-silinder yang menghasilkan 180hp dan 240Nm.

Difahamkan, Honda turut mengemaskini suspension dan stereng bagi mewujudkan pengalaman pemanduan lebih sporty berbanding versi sedan.

Sementara itu ruang dalam disajikan dengan paparan 7″ dan skrin infotainmen 7″ bagi varian LX, Sport dan EX-L manakala varian Sport Touring dilengkapi paparan 10.2″ dan skrin infotainmen 9″.

Pelumba GRT Yamaha WorldSBK, Garrett Gerloff, bakal menggantikan Franco Morbidelli di Assen, hujung minggu ini.

*Franco Morbidelli

Perkara itu diumumkan Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Gerloff bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Morbidelli yang tidak dapat beraksi ekoran mengalami kecederaan lutut kiri pada Selasa.

*Garrett Gerloff

Difahamkan, kecederaan tersebut berpunca daripada masalah ligamen yang dialaminya ketika di Le Mans.

Sementara itu, ini merupakan kali kedua Gerloff bakal menggantikan pelumba Yamaha, apabila beraksi di sesi ujian bebas musim lalu menggantikan Valentino Rossi di GP Valencia yang menanti keputusan PCR.

Pada masa sama, difahamkan peluang tersebut telah ditawarkan kepada pelumba Pata Yamaha with Brixx, Toprak Razgatlıoğlu sebelum pelumba itu menolak peluang tersebut bagi memfokuskan saingan di WorldSBK.

Selepas mengambil kira faktor semasa pandemik Covid-19, FIM dan Dorna Sport telah mengemas kini kalendar penganjuran MotoGP 2021.

GP Amerika kini disahkan bakal menganjurkan MotoGP dari 1 hingga 3 Oktober manakala GP Thailand akan berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober 2021.

Sementara itu, selepas mempertimbangkan faktor penerbangan dan logistik di samping pandemik Covid-19 yang melanda Jepun ketika ini, Dorna mengesahkan pembatalan GP Jepun.

Bagaimanapun, Dorna mengesahkan MotoGP akan kembali di negara matahari terbit itu bagi musim 2022.

KTM memperkenalkan 450 Rally Factory Replica 2022 yang direka khas untuk membolehkan peminat motosikal menikmati pengalaman terbaik seperti pasukan Red Bull KTM di pentas dunia.

Menurut KTM, jentera ini dibangunkan bersama pelumba Red Bull KTM, Toby Price, Matthias Walkmer dan Sam Sunderland.

KTM 450 Rally Factory Replica ini mampu menempuh segala senario ekstrim termasuk padang pasir dengan kelajuan tinggi termasuk menangani permukaan yang teknikal dengan ketangkasan maksimum.

Jentera ini digerakan dengan enjin 450cc SOCH dengan suntikan bahan api dan dipadankan bersama chasis khas yang cukup lasak dan mudah lentur.

Antara ciri menarik ditawarkan termasuk fork depan 48mm WP XACT PRO dengan teknologi Cone Valve, silencer Akrapovic, serta kotak gear dari PANKL Racing System yang menawarkan nisbah gear sama seperti jentera Red Bull KTM Factory Racing.

Hanya 80 unit KTM 450 Rally Factory Replica 2022 ini dibina dan ditawarkan pada harga EUR25,900 (RM128 ribu) dan boleh didapati bermula September tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2016, Royal Enfield Himalayan merupakan antara motosikal ADV berenjin kecil paling popular di pasaran global.

Meskipun bersesaran 410cc dan menawarkan 24.5hp serta 32Nm namun Himalayan mampu menangani apa jua keadaan permukaan jalan cuma lebih perlahan berbanding jentera ADV berkuasa lain.

Dalam perkembangan terbaru, Royal Enfield dilaporkan sedang membangunkan Himalayan dengan enjin parallel-twin 650cc.

*Royal Enfield Continental GT 650

Difahamkan, Royal Enfield mengguna pakai enjin sama yang terdapat pada model Continental GT dan Interceptor 650 yang mampu menawarkan 47hp dan 52Nm.

Menariknya, pembangunan Himalayan 650 itu dilakukan di pusat teknologi Royal Enfield di United Kingdom.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penghantar makanan serta pekerja kurier akan diberikan suntik vaksin bermula Julai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sidang media semalamm yang menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong.

Inisiatif terbaru itu diambil setelah mempertimbangkan risiko tugasan penghantar makanan dan kurier yang perlu berjumpa orang awam bagi mengambil dan menyerahkan barangan serta makanan saban hari.

Setakat 22 Jun 2021, jumlah pemberian dos 1 dan 2 telah pun mencapai 6.3 juta (4.5 juta dos 1, 1.7 juta dos 2) dengan penduduk di Kuala Lumpur merekodkan suntikan dos 1 tertinggi dengan 792,013 diikuti Sarawak dengan 721,653 dan Selangor 700,693.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube