Bikesrepublic

Berita Terkini

KTM memperkenalkan 450 Rally Factory Replica 2022 yang direka khas untuk membolehkan peminat motosikal menikmati pengalaman terbaik seperti pasukan Red Bull KTM di pentas dunia.

Menurut KTM, jentera ini dibangunkan bersama pelumba Red Bull KTM, Toby Price, Matthias Walkmer dan Sam Sunderland.

KTM 450 Rally Factory Replica ini mampu menempuh segala senario ekstrim termasuk padang pasir dengan kelajuan tinggi termasuk menangani permukaan yang teknikal dengan ketangkasan maksimum.

Jentera ini digerakan dengan enjin 450cc SOCH dengan suntikan bahan api dan dipadankan bersama chasis khas yang cukup lasak dan mudah lentur.

Antara ciri menarik ditawarkan termasuk fork depan 48mm WP XACT PRO dengan teknologi Cone Valve, silencer Akrapovic, serta kotak gear dari PANKL Racing System yang menawarkan nisbah gear sama seperti jentera Red Bull KTM Factory Racing.

Hanya 80 unit KTM 450 Rally Factory Replica 2022 ini dibina dan ditawarkan pada harga EUR25,900 (RM128 ribu) dan boleh didapati bermula September tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2016, Royal Enfield Himalayan merupakan antara motosikal ADV berenjin kecil paling popular di pasaran global.

Meskipun bersesaran 410cc dan menawarkan 24.5hp serta 32Nm namun Himalayan mampu menangani apa jua keadaan permukaan jalan cuma lebih perlahan berbanding jentera ADV berkuasa lain.

Dalam perkembangan terbaru, Royal Enfield dilaporkan sedang membangunkan Himalayan dengan enjin parallel-twin 650cc.

*Royal Enfield Continental GT 650

Difahamkan, Royal Enfield mengguna pakai enjin sama yang terdapat pada model Continental GT dan Interceptor 650 yang mampu menawarkan 47hp dan 52Nm.

Menariknya, pembangunan Himalayan 650 itu dilakukan di pusat teknologi Royal Enfield di United Kingdom.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa penghantar makanan serta pekerja kurier akan diberikan suntik vaksin bermula Julai.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sidang media semalamm yang menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Dr Wee Ka Siong.

Inisiatif terbaru itu diambil setelah mempertimbangkan risiko tugasan penghantar makanan dan kurier yang perlu berjumpa orang awam bagi mengambil dan menyerahkan barangan serta makanan saban hari.

Setakat 22 Jun 2021, jumlah pemberian dos 1 dan 2 telah pun mencapai 6.3 juta (4.5 juta dos 1, 1.7 juta dos 2) dengan penduduk di Kuala Lumpur merekodkan suntikan dos 1 tertinggi dengan 792,013 diikuti Sarawak dengan 721,653 dan Selangor 700,693.

Petronas Sepang Racing Team (SRT), mengesahkan bahawa pelumba, Franco Morbidelli, akan terlepas pusingan ke-9 hujung minggu ini di GP Belanda.

Menurut SRT, Morbidelli telah mengalami kecederaan di lutut kiri sewaktu sesi latihan dan tidak akan beraksi di Assen dalam usaha untuk kembali pulih dari kecederaan.

Pada saingan di GP German hujung minggu lalu, Morbidelli menamatkan saingan di tempat ke-18, manakala rakan sepasukan, Valentino Rossi di tempat ke-14.

Musim 2021 ternyata sukar buat Morbidelli yang ketika ini bergelut ekoran muncul sebagai satu-satunya pelumba Yamaha yang tidak beraksi dengan mesin ‘factory’ berbanding Rossi, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo.

Morbidelli kini menghuni tempat ke-11 kejuaraan dunia MotoGP dengan 40 mata.

BMW Motorrad Perancis sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperkenalkan S 1000 RR Edisi Isle of Man.

Jentera sportsbike ini merupakan model edisi terhad dengan hanya 50 unit sahaja ditawarkan di pasaran negara itu.

Ini merupakan model edisi terhad kedua diperkenalkan BMW Motorrad Perancis, sejak melancarkan F 900 R Force yang terhad kepada 300 unit sahaja, April lalu.

Menurut laporan, BMW S 1000 RR Isle of Man ini disertakan dengan pelbagai aksesori dan pakej menarik antaranya:

  • sistem penggera
  • ekzos titanium M Akprapovic
  • pakej Dynamic (cruise control, heated grip)
  • pakej Sport (rantai endurance M, GPS, lap trigger dan port USB)
  • pakej Race (bateri ringan, swingarm M, rim tempa M, mod tunggangan Pro)
  • pakej Ticket M
  • pakej Karbon M

Sementara itu, S 1000 RR edisi Isle of Man ini juag tampil dengan penghadang angin gelap, lampu LED dengan balutan warna kuning, pelindung tangki karbon, serta tempat duduk khas dengan warna hitam Alcantara dan kemasan Merino Silvertone.

Model edisi terhad ini juga tampil dengan pilihan warna hijau M ‘Isle of Man’ sama seperti yang terdapat pada model kereta BMW terkini.

BMW S 1000 RR Isle of Man ini hanya ditawarkan untuk pasaran Perancis dengan harga EUR33,005 (RM164 ribu).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencari lokasi kuarantin berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk atlet sukan permotoran negara yang akan pulang ke tanah air.

Baru-baru ini, Pengurus Pasukan SIC Talent ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan rasa kecewa apabila atlet sukan permotoran terpaksa menjalani kuarantin wajib 14 hari di hotel sekaligus menganggu persiapan untuk pusingan akan datang.

Bagi Zulfahmi, kuarantin di hotel akan memberi kesan terhadap tahap kecergasan pelumba.

Mendengar luahan itu, Menteri KSB, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpendapat atlet sukan permotoran wajar diberikan kemudahan sama seperti atlet negara bakal yang sedang dalam persiapan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.

“Saya akan bawa perkara ini berhubung isu atlet permotoran negara untuk menjalani latihan ketika tempoh kuarantin kepada MSN kerana kita faham jika berada di hotel, ia akan memberi kesan (kepada stamina mereka),” ujar Reezal Merican.

Tambahnya lagi, tempat khas berhampiran dengan SIC merupakan pilihan paling sesuai bagi atlet permotoran jalani kuarantin sebaik pulang ke tanah air sementara menanti pusingan perlumbaan seterusnya.

“Permintaan itu sesuatu yang wajar diberi perhatian dan diambil tindakan segera memandangkan sukan permotoran menjulang nama negara di persada antarabangsa kebelakangan ini, antaranya kemenangan Sharifuddin Azman dan Hafizh Syahrin Abdullah,” jelas Menteri KBS itu lagi. – BH

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube