Bajaj Pulsar NS400Z telah dilancarkan di India semalam, menjadikan barisan Pulsar setanding dengan Dominar. Ia berharga INR 185,000 (RM 10,520.43), iaitu INR 46,000 (RM 2,615.89) lebih murah daripada Dominar 400.
Ia kini akan bersaing dengan Bajaj Dominar 400, Triumph T-Series baharu bagi motosikal satu silinder 400cc, KTM 390 Duke, dan lain-lain walaupun tidak dalam julat harga yang sama.
Ciri-ciri Bajaj Pulsar NS400Z
- Ciri yang paling menarik ialah penggayaan barunya yang agresif, walaupun bentuk keseluruhannya mengekalkan rupa Pulsar.
- Bahagian hadapannya mengekalkan fairing segi tiga tetapi lampu hadapan kini menampilkan lampu projektor LED tengah, diapit dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) berbentuk kilat.
- Di bahagian belakang, lampu belakang LED gaya Pulsar dikekalkan.
- Pembeli boleh memilih pilihan pelana dua bahagian.
- Ia berkongsi enjin 373cc, satu silinder, sejukan cecair yang sama dengan Dominar 400.
- Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 39.4 hp pada 8,800 RPM dan tork maksimum 35 Nm pada 6,500 RPM.
- Transmisi 6-kelajuan termasuk klac slip and assist.
- Fork depan jenis terbalik 43mm berwarna emas baharu.
- Cakera brek depan bersaiz 320mm.
- Tuil brek dan klac boleh laras 5 kedudukan.
- Pendikit ride-by-wire (disambungkan kepada ECU, tidak seterusnya ke throttle body) membuka ruang untuk ciri kawalan cengkaman dan empat mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain, Off-Road.
- ABS adalah standard.
- Saiz tayar ialah 110/70-17 tayar di hadapan dan 140/70-R17 di belakang.
- Ketinggian tempat duduk ialah 804mm yang boleh diakses.
- Bajaj Pulsar NS400Z didatangkan dalam empat warna iaitu Glossy Racing Red, Pewter Grey, Metallic Pearl White, dan Brooklyn Black.