Sejak memperkenalkan Diablo Rosso julung kalinya pada 2008, Pirelli telah pun merekodkan jualan lebih 5,000,000 unit model tersebut.
Pirelli kini membuka tirai tahun 2021 dengan memperkenalkan Diablo Rosso IV.
Tayar generasi keempat ini dicipta bagi meneruskan tradisi Diablo Rosso sebagai produk berprestasi tinggi sepertimana ditawarakan Diablo Rosso III namun meningkatkan kualiti tunggangan dan cengkaman di atas permukaan kering dan basah.
Meskipun info lebih terperinci tidak didedahkan namun menurut Pirelli, Diablo Rosso IV adalah tayar untuk penunggang motosikal yang gemarkan tunggangan dinamik terutamanya pemilik motosikal jenis supersports, hypernaked dan superbike.