MV Agusta telah melancarkan F3 Rosso 2021 yang merupakan ahli baharu bagi varian Rosso jenama motosikal Itali itu.
Meskipun tampak sama dengan generasi sebelumnya, namun jentera supersport segmen pertengahan ini tampil dengan pelbagai naik taraf terkini.
Fokus utama adalah bahagian enjin tiga silinder 789cc yang kini telah pun mencapai taraf Euro 5 namun masih mengekalkan 147hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,100rpm.
Menariknya, enjin ini menghasilkan tahap geseran lebih rendah hasil rawatan DLC (diamond-like carbon).
Sistem ekzos juga serba baharu daripada manifold hingga ke silencer dengan objektif utama memperbaiki saluran tork dan kuasa di setiap tahap kelajuan.
ECU juga telah dikemaskini dengan algoritma kawalan baharu yang menawarkan kawalan throttle lebih kemas.
Pada masa sama, penggunaan saluran radiator bi-directional juga meningkatkan tahap efisien sebanyak 5 peratus.
Antara ciri lain yang turut dinaik taraf:
- sistem quikshifter generasi ketiga
- platform IMU 6-axis
- ABS dengan fungsi cornering
- traction control
- front lift control
- paaran TFT 5.5″