Pasukan VR46 sah sertai MotoGP musim depan dan akan beraksi di kelas premier sehingga 2026 setelah menandatangani perjanjian bersama penaja utama Saudi Aramco.
Projek MotoGP tersebut berjaya dilunaskan hasil kerjasama dengan Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik YM Putera Abdulaziz Al-Saud.
“Tanal Entertainment Sport & Media, syarikat milik Putera Abdulaziz bin Abdullah Al-Saud, mengumumkan perjanjian strategik bersama pasukan VR46 Valentino Rossi di MotoGP.
“VR46 akan membuat penampilan bermula 2022 bersama Tanal Entertainment Sport & Media dan Saudi Aramco sebagai penaja utama bagi tempoh 2022-2026.
“ARAMCO Racing Team VR46 akan beraksi di litar dengan sokongan beberapa penaja penting lain di pentas dunia,” jelas Tanal Entertainment Sport & Media dalam satu kenyataan rasmi.
Saudi Aramco bukan syarikat asing dalam sukan permotoran kerana telah pun terlibat dalam sukan Formula 1.
Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 telah pun selamat tiba di Malaysia menerusi sesi ‘unboxing’ yang dijalankan secara strim langsung oleh Fast Bikes Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi tunggal jenama Triumph Motorcycles di Malaysia.
Bagi tahun 2021, Speed Triple tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa, 1,160cc tiga silinder yang kini menjana 178hp (180 PS) pada 10,750rpm (naik 30 PS) dan 125Nm pada 9,000rpm (naik 8Nm).
Menurut Triumph, enjin ini telah direka semula secara menyeluruh dengan setiap elemen telah dibangunkan dengan memfokuskan peningkatan prestasi di samping menurunkan berat keseluruhan sekaligus unit ini 7 kilogram lebih ringan berbanding Speed Triple sebelumnya.
Enjin ini juga menyalurkan kuasa dan tork lebih tinggi sekalgus menjadikan Speed Triple 1200 RS 2021 sebagai model paling berprestasi tinggi.
‘Red line’ juga naik 650rpm kepada 11,150rpm bagaimanapun, penyampaian kuasa dan tork sewaktu rpm rendah (low) dan pertengahan (mid) masih ikonik seperti Speed Triple sebelumnya.
Tidak hairanlah, nisbah kuasa-berat (power to weight) naik 25 peratus berbanding generasi Speed Triple sebelumnya serta hampir dua kali ganda berbanding model 1994.
Triumph juga mendakwa generasi baharu ini juga menawarkan bunyi paling terbaik susulan penerapan sistem ekzos dan ‘intake’ serba baharu.
Kotak gear dan klac juga dipertingkat dengan penggunaan transmisi 6-kelajuan serta klac slip dan assist lebih ringan dengan bantuan kompaun friction terkini yang mengurangkan penggunaan plat klac sekaligus meningkatkan kawalan sewaktu turunkan gear ketika dalam kelajuan tinggi.
Antara ciri menarik lain ditawarkan:
fork depan Ohlins NIX30 (USD) boleh laras (preload/rebound/compression
monoshock jenis twin tube Ohlins TTX36 (preload/rebound/compression)
tayar Metzeler RACETEC RR
Cornering ABS dan Cornering Traction Control (dengan IMU)
paparan TFT 5″
lima mod tunggangan
Triumph Shift Assist (Quickshifter)
lampu LED penuh
sistem keyless
My Triumph Connectivity
berat 198kg
Sementara itu sistem membrek dikendalikan kaliper brek jenis radial (berkembar) Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek 320mm di bahagian depan serta kaliper dua piston Brembo di bahagian belakang.
Triumph Speed Triple 1200 RS ini juga lengkap dengan sistem cruise control yang didatangkan secara standard termasuk penggunaan bateri jenis lithium ion.
Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, Speed Triple 1200 RS 2021 ini ditawarkan pada harga RM99,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
MForce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Benelli, SYM dan WMoto di Malaysia mahu memberi ganjaran kepada peminat motosikal di Malaysia.
Sebagai penghargaan terhadap kerjasama dan kepatuhan rakyat Malaysia terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, MForce menawarkan 10 buah helmet jenama LS2 secara percuma.
Bagi menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengimbas kod QR di bawah, kemudian mengisi soalan kaji selidik. 10 calon bertuah akan membawa pulang helmet baharu dari LS2!
Kami dimaklumkan pihak MForce bahawa peraduan ini telah pun berjalan dan akan berakhir pada hujung Jun ini.
Peluang memenangi helmet LS2 ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.
Ketika pengeluar dua roda lain yang sudah memulakan projek elektrik, Husqvarna juga enggan ketinggalan apabila mendedahkan E-Pilen, motosikal elektrik sulung syarikat itu.
Berdasarkan rekaan, Husqvarna E-Pilen jelas menampilkan elemen rekaan sama seperti yang terdapat pada Svartpilen dan Vitpilen.
Seperti motosikal elektrik lain, E-Pilen juga memperlihatkan rekaan panel yang sama di bahagian tengah, bagi memuatkan tiga pek bateri.
Meskipun tiada info mengenai bateri yang diguna pakai namun berdasarkan saiz motosikal tersebut, bateri terbabit mungkin hanya menawarkan 1.5kWh setiap satu.
Melihat kepada rekaan (konsep) E-Pilen ini, jelas Husqvarna membina jentera tersebut bagi kegunaan kawasan bandar dan bukannya untuk tunggangan jarak jauh.
Menurut Husqvarna, E-Pilen mampu pergi sejauh 100km sebelum perlu mengecas semula bateri.
Suzuki melancarkan GSX-S1000 serba baharu, enam tahun selepas generasi pertama diperkenalkan pada 2015.
Bagi tahun 2021, model generasi kedua tampil dengan rekaan serba baharu selain daripada menerima pelbagai naik taraf terkini sekaligus merevolusikan segmen motosikal ‘streetfigter’.
Aspek paling menonjol adalah susunan lampu depan jenis LED heksagon sekaligus membuatkan GSX-S1000 ini lain dari yang lain.
Rekaan yang lebih tirus dan minimalis digabungkan bersama rekaan tangki 19L serba baharu menghadirkan konsep reka bentuk yang lebih segar.
Jurutera di Hamamatsu turut melaksanakan kemas kini terhadap enjin 999cc 4-inline yang kini mencapai standard Euro 5 dan kini menawarkan 150hp pada 11,000rpm berbanding 143hp pada generasi pertama.
Suzuki GSX-S1000 2021 ini juga menyalurkan tork seawal RPM rendah dan pertengahan bagi menjaminkan tunggangan yang lebih lancar.
Antara naik taraf lain yang dilakukan termasuk, intake baharu, camshaft ekzos dengan profil cam baharu, valve spring baharu dan kotak udara baharu.
Model baharu ini juga tampil dengan pelbagai ciri elektronik terkini membabitkan:
Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
Suzuki Clutch Assist System
Quickshifter
Traction Control dengan lima mod berbeza
Suzuki low-rpm assist
Model ini turut didatangkan dengan paparan LCD digital yang sama terdapat pada GSX-R1000.
Generasi kedua GSX-S1000 ini juga datang dengan handlebar 23mm lebih lebar dan 20mm lebih dekat dengan penunggang sekaligus meningkatkan keselesaan sewaktu menunggang.
Antara ciri lain ditawarkan:
fork depan boleh laras (preload/rebound) dari KYB
cakera brek depan 310mm dengan kaliper monobloc Brembo