Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebuah syarikat logistik telah diarah untuk membuat pembayaran RM518,369.27 kepada Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) atas kegagalan pemandu majikan tersebut membuat bayaran tol dalam tempoh beberapa tahun.

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Berjasa Logistic Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd) harus dipertanggungjawabkan atas tindakan 19 buah kenderaan dengan sengaja elak dari membayar tol di Lebuhraya PLUS.

Keputusan tersebut dibuat setelah Berjaya Logistics Sdn Bhd membuat rayuan terhadap tuntutan M518,369.27 dengan kos RM100,000 oleh pihak PLUS.

Sementara itu, PLUS dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius tindakan elak membayar tol terutamanya oleh pemandu lori dan kenderaan syarikat logistik.

“PLUS memandang serius tindakan segelintir pemandu kenderaan yang dengan sengaja mengelak untuk membayar tol.

“PLUS juga memohon kerjasama semua syarikat logistik dan pemilik kenderaan berat supaya memandang serius perkara ini dan seterusnya memantau tindakan pemandu dan/atau pekerja mereka.

“Di samping itu, PLUS telah mengenalpasti beberapa taktik penipuan tol yang digunakan oleh pemandu-pemandu kenderaan berat dan sedang mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.”

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi fokus utama minggu ini apabila terpalit dengan isu kekecohan yang berlaku sewaktu penganjuran perlumbaan drag baru-baru ini.

MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021 yang dianjurkan pihak MUSC Motorsport telah terpalit dengan isu kegagalan pematuhan prosedur operasi standard dengan pihak penganjur turut dikenakan kompaun RM20,000.

Ekoran kejadian itu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mengarahkan SIC untuk tutup pintu daripada sebarang penganjuran perlumbaan drag buat sementara waktu.

KBS dalam satu kenyataan menyebut penangguhan itu berkuat kuasa serta merta dan hanya akan menarik balik selepas berpuas hati dengan protokal pengurusan di SIC.

Pada masa sama, penganjur perlumbaan, MUSC Motorsport turut tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag bukan sahaja di SIC malah di litar lain sehinggalah diberitahu kelak.

“KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas KBS.

Bagaimanapun, KBS masih membenarkan penganjuran acara permotorarn lain di SIC namun tertakluk kepada kebenaran KBS.

Sempena meraikan Ramadan yang telah pun tiba, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menawarkan penjimatan menarik bagi Ford Ranger Raptor dan WildTrak bermula hari ini hingga 30 April 2021.

Orang ramai boleh menikmati penjimatan RM8,000 bagi model Ranger Raptor dan RM7,000 bagi WildTrak.

““Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan para pelanggan yang bijak dan peminat pikap di Malaysia. Dengan tawaran instimewa ini, kami berharap dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” jelas Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair.

Selain menawarkan ciri premium menerusi sistem suspension Fox Racing Shox, Terrain Management System dengan mod Baja, Ford Ranger Raptor turut menawarkan kuasa 213PS dan 500Nm hasil bantuan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel yang dipadankan bersama transmisi 10-kelajuan.

Manakala Ranger WildTrak menawarkan teknologi keselamatan terbaik termasuk fungsi Autonomous Emergency Braking dengan pengesanan kenderaan dan pejalan kaki, Forward Collision Warning dan Lane Departure Warning.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi penjual digital Ford di talian WhatsApp 60192041200 atau layari www.sdacford.com.my

Jenama motosikal tempatan, Ottimo Technologies Sdn Bhd (Ottimo), dicanang bakal bangunkan motosikal jenis ‘supermoped’ yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Info tersebut didedahkan menerusi saluran YouTube Geng Tayar Besar (GTB) yang baru-baru ini melawat studio reka bentuk Ottimo di Sungai Petani, Kedah.

Sewaktu lawatan, terdapat beberapa konsep yang turut dikongsikan dengan rata-rata merujuk kepada sebuah motosikal moped.

Menariknya, berdasarkan laporan media tempatan, supermoped Ottimo itu akan dikuasakan enjin 175cc yang diperoleh daripada pembekal enjin luar.

Enjin itu akan dipadankan bersama chasis serba baharu yang dibangunkan pihak Ottimo sendiri.

Persoalannya, dengan pasaran supermoped semakin rancak dengan Yamaha Y16ZR, SYM VF3i dan terbaru Benelli R18i, bilakah jangkaan produk terbaru Ottimo ini akan dilancarkan? – Funtasticko.net

Tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo, menyifatkan aksi Valentino Rossi sewaktu di GP Doha sebagai mengecewakan.

Setelah mencatat masa keempat terpantas di sesi kelayakan pada aksi pembukaan GP Qatar, Rossi bergelut dalam minggu seterusnya apabila sekadar mengisi petak ke-21 di GP Doha.

Valentino Rossi, MotoGP race, Qatar MotoGP 28 March 202

Senario itu merupakan keputusan kelayakan terburuk dalam karier 25 tahun di MotoGP pelumba veteran itu.

Pelumba berusia 42 tahun itu yang kini bersama Petronas Sepang Racing Team (SRT) turut gagal mengutip sebarang mata apabila sekadar menamatkan aksi di kedudukan ke-16.

Menerusi saluran YouTube Jorge Lorenzo Official, Lorenzo – yang menghabiskan tujuh tahun bersama Rossi – berkongsi luahannya mengenai bekas rakan sepasukannya itu.

“Rossi mengecewakan saya, sepertimana dia juga telah mengecewakan peminatnya.

“Meraih petak ke-21 adalah keputusan terburuk dalam kariernya.

“Kemudian sewaktu perlumbaan, dia gagal mengutip mata. Ini adalah kali kedua dia tertinggal jauh dibelakang pelumba Yamaha lain.

“Tetapi dia sering bergelut di Qatar jadi akan ada litar yang lebih baik untuknya.

“Saya juga kurang pasti sama ada dia mampu buat lebih baik di Portimao tetapi apa yang pasti, dia akan kembali lebih kuat di Jerez nanti,” jelas Lorenzo menerusi siri #99Seconds.

Baru-baru ini KTM telah pun melancarkan 1290 Super Duke RR yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia.

Motosikal tersebut dibina berlandaskan 1290 Super Duke R namun telah dinaik taraf dengan beberapa ciri premium antaranya panel gentian karbon (carbon fiber), fungsi ‘fast throttle’, ekzos slip on Akrapovic, tayar Michelin Power Cup2 dan fork depan WP Apex Pro 7548 Close Cartridge.

Model RR ini juga 9kg lebih ringan berbanding Super Duke R.

Namun, versi ‘RR’ masih lagi didatangkan dengan enjin 1,301 LC8, V-Twin Euro 5 yang sama terdapat pada Duke R.

Bagaimanapun, laporan terbaru mendedahkan bahawa kesemua 500 unit Super Duke RR ini telah pun habis dijual dalam tempoh 48 minit!

Senario ini sekaligus menandakan populariti KTM terus berkembang meskipun 1290 Super Duke RR ini ditawarkan pada harga EUR25,690 (RM126,400).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube