Sebulan selepas Honda Forza 250 mendarat di Indonesia, Boon Siew Honda mengumumkan skuter 250cc itu kini boleh didapati di Malaysia dengan harga RM25,388.
Model serba baharu ini tampil dengan lampu LED penuh, penghadang angin 180mm boleh laras secara elektronik, kemasan dua-tona dan rim aloi di samping ruang letak barang boleh memuatkan dua helmet.
Honda Forza 250 ini didatangkan dengan enjin 249cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power) yang menjana 22.7hp pada 7,750rpm serta 22.6Nm pada 6,250rpm.
Bagi menyesuaikan dengan tunggangan jarak jauh, Forza 250 ini turut dilengkapi dengan tangki 11.7L.
Sistem suspension hadir dalam bentuk fork depan jenis teleskopik serta penyerap hentakan belakang berkembar manakala sistem brek dikendalikan ABS dwi-saluran (dual-channel) serta cakera brek depan dan belakang.
Antara ciri lain ditawarkan:
- berat 186 kilogram
- tangki 11.7 liter
- tayar 120/70-15 depan
- tayar 140/70-14 belakang
- ketinggian tempat duduk 780mm
- Honda Smart Key (keyless)
- pengecas USB
- Emergency Stop Signal (ESS)
- Honda Selectable Torque Control (HSTC)
Honda Forza 250 ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan; Matte Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White dan Candy Rosy Red.