Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebuah litar bertaraf antarabangsa bakal dibina di Bukit Malut, Langkawi dengan kerjasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta.

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menjelaskan ketika ini terdapat 1,600 pemilik kereta berkuasa tinggi di pulau itu.

Katanya, kesemua pemilik tersebut tidak dapat menikmati kereta berkuasa itu atas faktor pergerakan terhad ekoran hanya boleh pusing sekitar pulau Langkawi selain tidak boleh ketempat lain.

“Kalau nak pandu ke tempat lain, pemilik perlu memohon kebenaran dari agensi tertentu,” katanya.

Jelas Sanusi lagi, dengan wujudnya litar tersebut maka setiap pemilik boleh menimati kereta masing-masing dengan bayaran tertentu.

Sementara itu, Sanusi turut menjelaskan bahawa litar tersebut bukanlah untuk berlumba sebaliknya untuk kenderaan berprestasi tinggi bagi menguji kemampuan sebenar kenderaan masing-masing. – SH

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi motosikal popular, Pulsar RS200.

Dilancarkan julung kalinya pada 2017, RS200 merupakan motosikal segmen 200cc yang paling mampu milik ditawarkan dalam pasaran.

Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 ini tampil dengan pilihan warna Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red.

Aspek paling menonjol adalah penggunaan rim berwarna putih dengan kemasan ala gentian karbon di bahagian panel depan dan belakang di samping logo Pulsar kini terpampang di tempat duduk

Model ini masih lagi mengekalkan enjin 199.5cc satu silinder SOHC, dengan penyejukan cecair yang menawarkan 24.5hp pada 9,750rpm dan 18.6Nm pada 8,000rpm.

Sistem membrek dikendalikan ABS satu saluran dengan bantuan cakera break 300mm depan dan 230mm belakang.

Antara ciri lain:

  • fork teleskopik depan
  • nitrox mono-shock belakang
  • tangki 13L

Menariknya, model 2021 ini masih lagi ditawarkan pada harga RM9,990 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan Penguatkuasaan (BKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Putrajaya telah menjalankan program advokasi bertempat di laluan motosikal hentian sebelah Plaza Tol Puchong-Putrajaya.

Program tersebut memfokuskan terhadap meningkatkan kesedaran serta pengetahuan orang awam mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.

Antara yang ditekankan dalam program tersebut adalah tatacara pemakaian helmet yang betul di samping memastikan helmet mengikut piawaian SIRIM.

Pada masa sama, pegawai JPJ yang berada disitu turut memberi peringatan untuk memakai pakaian yang sesuai semasa menunggang antaranya tidak memakai seluar pendek dan selipar.

Bukan itu sahaja, program tersebut turut menyaksikan orang ramai diberikan helmet baharu secara percuma dengan konsep tukar topi keledar lama dan tidak mengikut spesifikasi di samping mengedar risalah tentang tip keselamatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang giat menjalankan operasi khas secara besar-besaran bagi memburu motosikal dengan ekzos yang telah diubah suai.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan bahawa operasi tersebut dijalankan bagi memastikan motosikal dengan ekzos bising ini tidak lagi mengganggu orang awam.

Beliau turut menegaskan langkah agresif ini diambil setelah menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai isu ekzos bising.

“Saya perlu menjelaskan disini bahawa PDRM bukan cuba mengutip duit daripada pemeriksaan ini, tetapi kami melakukannya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Orang ramai memfailkan aduan bahawa ekzos bising ini mengganggu kawasan kejiranan,” jelasnya.

Abdul Hamid Bador turut mendedahkan rata-rata yang ditahan dengan ekzos bising berusia antara 20 hingga 30 tahun dan mereka ini adalah individu bekerja dan berkemampuan menukar ke ekzos bising yang berharga di antara RM200 hingga RM2,000. – Malay Mail

Marc Marquez mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam pusingan pertama dan kedua MotoGP di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pelumba Repsol Honda itu membuat keputusan terbabit selepas menjalani dua sesi ‘track day’ dengan jentera RC213V-S di Barcelona dan Portimao, minggu lalu.

“Selepas mendapat nasihat doktor, mereka menasihati saya bawah penting untuk tidak beraksi di GP Qatar dan meneruskan proses pemulihan untuk beberapa minggu lagi.

“Sudah tentu saya mahu terlibat dalam aksi pembukaan tetapi kami perlu memastikn saya kembali pulih sepenuhnya sebelum turun beraksi,” jelasnya.

Juara dunia enam kali itu kemudian mengesahkan akan terlepas aksi pusingan kedua di litar sama pada April 4 nanti di laman sosial Instagram.

Baru-baru ini, pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, disahkan bakal menghidupakan semula YZF-R7 dengan enjin 689cc parallel-twin.

Kini, timbul laporan baharu yang mendakwa Kawasaki akan mengikut jejak sama dengan memperkenalkan Ninja 700R.

Sama seperti Yamaha yang bangunkan R7 dengan enjin dari MT-07, Kawasaki akan menaik taraf enjin parallel-twin dari Ninja 650.

Bagi menghangatkan lagi khabar angin ini, laman Instagram, Kardesign, turut berkongsi beberapa imej ‘render’ yang membayangkan rupa Ninja 700 ini.

Mengambil inspirasi dari Ninja ZX-10R terbaru, rekaan depan dan belakang menyamai model 1000cc itu namun dengan penggunaan komponen yang lebih rendah antaranya kaliper brek Nissin berbanding Brembo.

Laporan baharu turut mendakwa enjin Ninja 700R ini akan menawarkan sekitar 95hp.

Segmen motosikal pertengahan semakin rancak dengan beberapa model supersport baharu antaranya Aprilia RS600 dan Honda CBR650R.

Menyaksikan populariti segmen ini semakin meningkat maka bukan satu kejutan jika khabar angin mengenai Ninja 700R bakal menjadi kenyataan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube