Bikesrepublic

Berita Terkini

Demikian kenyataan salah seorang penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Khas Ekzos Bising yang dijalankan di Jalan Genuang, Segamat, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan, lelaki berusia 35 tahun itu merayu agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mendakwa ekzos tersebut tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Ekzos bising ini monyet takut tuan, sebab itu saya pakai kalau hendak halau monyet dan babi hutan di kebun pisang,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki tersebut diarahkan ke Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Daerah (IPD) Segamat untuk pemeriksaaan bunyi ekzos oleh Jabatan Alam Sekitar.

Difahamkan, lelaki tersebut antara sembilan motosikal yang gagal pemeriksaan pencemaran bunyi oleh JAS.

Kesemuanya diminta mengubah kembali ke ekzos asal sekiranya mahu menuntu kembali motosikal masing-masing. – BH

Beberapa pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan, pagi tadi.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), dengan kerjasama Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melaksanakan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah.

POLIS SAMAN POLIS Pagi ini Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta…

Posted by Polis Kedah on Sunday, 14 March 2021

Menurut perkongsian di Facebook Polis Kedah, pemeriksaan tersebut membabitkan semakan terhadap dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan serta pas keselamatan.

Difahamkan, beberapa kenderaan pegawai, anggota serta kakitangan awam PDRM Kontinjen Kedah telah dikenakan tindakan saman ekoran melanggar undang-undang jalan raya antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi (fancy).

Segmen skuter maxi 250cc menjadi semakin rancak menerusi pelancaran WMOTO RT3.

WMOTO RT3 merupakan skuter 250cc yang telah dijenamakan semula dari Zongshen Cylone.

Skuter ini dikuasakan dengan enjin 247cc , satu silinder DOHC 4-valve yang menawarkan 23hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm.

Enjin ini juga mencapai standard Euro 4 sekaligus menjaminkan kuasa dan penggunaan minyak yang efisien dalam kelasnya.

Selain daripada enjin berkuasa, skuter ini turut tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya penggunaan sistem keyless yang praktikal.

Fungsi ini membolehkan penunggang menghidupkan motosikal, membuka ruang letak barang dan tangki minyak tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.

WMOTO RT3 ini juga sesuai digunakan bagi tunggangan jarak jauh hasil bantuan tangki 17L.

Sistem ‘suspension’ dikendalikan fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentakan belakang berkembar manakala brek dikendalikan Bosch ABS dwi-saluran (dual-channel).

Antara ciri menarik lain:

  • ruang letak barang dengan pencahayaan LED
  • dua pengecas USB
  • lampu LED penuh
  • tayar 120/70 depan dan 140/60 belakang
  • gabungan paparan meter digital LCD dan analog

WMOTO RT3 ini boleh didapati di semua pengedar MForce Bike Holdings pada harga RM15,188 dan datang dengan tiga warna pilihan, Matte Grey, Glittery Blue, dan Red.

Prinsipal Malaysia Speed Festival (MSF), Adian Yen, luah rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan permotoran di Malaysia ekoran menjadikan tapak letak kenderaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai tempat buang sampah.

Adian dalam perkongsian di laman Facebook MSF SuperTurismo turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan tapak tersebut dipenuhi sampah.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan sesetengah individu yang berkunjung ke Sepang apabila mereka berasakan tidak mengapa untuk membuang sampah di kawasan letak kereta seperti ini.

“Jangan salahkan penganjur tetapi salahkan mereka yang melakukan perkara ini. Memastikan negara kita bersiah adalah perkara asas dan sepatutnya dipraktikan semua rakyat Malaysia!” tegas Adian di ruang kapsyen.

SIC kembali beroperasi dengan kerajaan membenarkan sukan permotoran dua dan empat roda berjalan selepas beberapa bulan disekat ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan, beberapa acara permotoran tempatan telah berlangsung di SIC, baru-baru ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tujuh lelkai yang disyaki terbabit dalam dua kejadian bergaduh berebut parkir motosikal di Sungai Way, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mendedahkan kejadian yang berlaku di pangsapuri Intan Baidrui itu telah menyebabkan dua lelaki mengalami kecederaan serius sementara dua kereta yang berada di kawasan kejadian turut mengalami kerosakan.

Menurut Nik Ezanee, salah seorang daripada mangsa mengalami cedera parah di betis kiri telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Difahamkan, kesemua yang terbabit dalam kejadian pada jam 11 malam dan 1.30 pagi itu disyaki berada dalam pengaruh alkohol.

Siasatan awal mendapati penggunaan senjata tajam seperti parang turut digunakan semasa pergaduhan.

Pihak polis ketika ini sedang memburu empat lagi suspek yang masih bebas berusia antara 16 hingga 30 tahun. – BERNAMA

Timbul khabar angin mengatakan Indian Motorcycle bakal kembali di Malaysia dibawah kendalian pengedar baharu.

Menurut laporan rakan media di Paultan.org, pengedar baharu tersebut bakal membuka semula rangkaian Indian Motorcycle di Malaysia seawal bulan Mei ini.

Difahamkan, pusat pameran rasmi Indian Motorcycle Malaysia akan berpusat di Kuala Lumpur dengan penghantaran kumpulan pertama motosikal akan berlaku pada Jun.

Apa yang menarik, pengedar baharu itu didakwa akan membawa masuk enam model popular, membabitkan Indian FTR Race dan Black.

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa pengedar baharu itu juga akan menawarkan servis jualan motosikal, servis selepas jualan (after sales) di samping menawarkan aksesori dan alat ganti bagi Indian Motorcycles. – Paultan.org

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube