Bikesrepublic

Berita Terkini

Marc Marquez mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam pusingan pertama dan kedua MotoGP di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pelumba Repsol Honda itu membuat keputusan terbabit selepas menjalani dua sesi ‘track day’ dengan jentera RC213V-S di Barcelona dan Portimao, minggu lalu.

“Selepas mendapat nasihat doktor, mereka menasihati saya bawah penting untuk tidak beraksi di GP Qatar dan meneruskan proses pemulihan untuk beberapa minggu lagi.

“Sudah tentu saya mahu terlibat dalam aksi pembukaan tetapi kami perlu memastikn saya kembali pulih sepenuhnya sebelum turun beraksi,” jelasnya.

Juara dunia enam kali itu kemudian mengesahkan akan terlepas aksi pusingan kedua di litar sama pada April 4 nanti di laman sosial Instagram.

Baru-baru ini, pengeluar motosikal Jepun, Yamaha, disahkan bakal menghidupakan semula YZF-R7 dengan enjin 689cc parallel-twin.

Kini, timbul laporan baharu yang mendakwa Kawasaki akan mengikut jejak sama dengan memperkenalkan Ninja 700R.

Sama seperti Yamaha yang bangunkan R7 dengan enjin dari MT-07, Kawasaki akan menaik taraf enjin parallel-twin dari Ninja 650.

Bagi menghangatkan lagi khabar angin ini, laman Instagram, Kardesign, turut berkongsi beberapa imej ‘render’ yang membayangkan rupa Ninja 700 ini.

Mengambil inspirasi dari Ninja ZX-10R terbaru, rekaan depan dan belakang menyamai model 1000cc itu namun dengan penggunaan komponen yang lebih rendah antaranya kaliper brek Nissin berbanding Brembo.

Laporan baharu turut mendakwa enjin Ninja 700R ini akan menawarkan sekitar 95hp.

Segmen motosikal pertengahan semakin rancak dengan beberapa model supersport baharu antaranya Aprilia RS600 dan Honda CBR650R.

Menyaksikan populariti segmen ini semakin meningkat maka bukan satu kejutan jika khabar angin mengenai Ninja 700R bakal menjadi kenyataan.

Sempena kempen ‘1 Million Dreams’, Honda Malaysia kini menawarkan rebat bernilai RM5,000 bagi setiap pembelian Honda City dan BR-V.

Rebat istimewa ini merupakan tawaran tambahan daripada promosi kempen Honda 1 Milion Dreams.

Menurut Honda Malaysia, orang ramai boleh menikmati rebat tunai, baucar servis dan baucar alat ganti bernilai sehingga RM5,000 bagi yang mendaftarkan City baharu dan BR-V dari 16 Mac hingga 31 Mac ini.

Honda Malaysia turut menggesa orang ramai untuk mendaftarkan kenderaan secepat mungkin di pengedar Honda terdekat sebelum 31 Mac ini.

Honda City serba baharu ini dikuasakn enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan 121PS dan 145Nm serta dipadankan bersama transmisi CVT.

Manakala model terbaru BR-V, yang diperkenalkan pada tahun 2020 kekal sebagai antara model paling popular dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang menawarkan 120PS.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memuat naik panduan bagi pemilik yang mahu menukar warna kenderaan.

Menurut perkongsian itu pemilik hanya perlu mengikut langkah berikut sekiranya mahu menukar warna kenderaan.

  1. Tukar warna kenderaan

Pemilik harus menukar warna kenderaan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat JPJ.

  1. Kategori warna

Jika kenderaan diwarnakan lebih dari satu warna, JPJ akan kategorikan warna kenderaan mengikut warna paling dominan (paling banyak).

  1. Borang JPJ K8

Pemilik dikehendaki mengisi butir-butir kenderaan dan serah kepada pegawai JPJ yang bertugas.

Pegawai tersebut kemudiannya akan mengemaskini maklumat ke dalam sistem MySikap.

  1. Proses percuma

Pemilik kenderaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran sewaktu hadir ke pejabat JPJ bagi proses mengemaskini butiran kenderaan.

Mengikut Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna kenderaan perlu memaklumkan kepada JPJ bagi memudahkan proses rujukan sekiranya berlaku kemalangan atau sebagainya terhadap kenderaan terbabit.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kerta siasatan terhadap pasangan suami isteri setelah mendapati mereka merentas negeri ke Johor baru-baru ini.

PDRM dalam satu kenyataan mendedahkan, terdapat keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan pasangan tersebut pada 20 Mac lalu.

Hasil siasatan mendapati, pasangan tersebut telah memberi keteranga palsu bagi memohon kebenaran rentas negeri.

Difahamkan, mereka telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel pada Disember 2020 bagi menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.

Pasangan tersebut kini berdepan tindakan kompaun RM10,000 sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sementara itu, pihak berkuasa menegaskan orang ramai untuk tidak menyalahguna kebenaran rentas negeri bagi tujuan perniagaan, kerta atau kecemasan untuk tujuan peribadi.

Rakan media di Paultan.org melaporkan bahawa Suzuki Malaysia, bakal melancarkan Belang Fi 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan.

*Suzuki GSX-R150

Menurut laporan tersebut, dua model ini sedang menanti kelulusan VTA daripada Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan dijangka akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Lebih menarik, kedua-dua model bersesaran 150cc ini akan dipasarkan sebagai motosikal pemasangan tempatan (CKD) sekaligus memberi bayangan bahawa Belang 150 dan GSX-R150 akan dijual pada harga lebih rendah.

*Suzuki Belang 150

Berdasarkan model Satria F150 yang dipasarkan di Indonesia, motosikal tersebut dikuasakan enjin 147.3cc DOHC dengan penyejukan cecair dan menawarkan 18.23hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm, sekaligus menjadikan motosikal ini lebih berkuasa berbanding Yamaha Y16ZR yang baru dilancarkan serta Honda RS150R.

Sementara GSX-R150 menawarkan 19hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm.

Suzuki Malaysia sememangnya tidak berselindung untuk memperkenalkan Belang 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan apabila berkongsi ‘teaser’ model itu pada September tahun lalu.

Namun, setakat ini masih tiada kemas kini terbaru daripada laman sosial media syarikat itu mengenai kedua-dua model ini. – Paultan.org

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube