Bikesrepublic

Berita Terkini

Bulan lalu, terdapat laporan seorang pengumpul motosikal di United Kingdom menawarkan beberapa motosikal untuk dijual antaranya Kawasaki ZX7-RR 1996 serta sebuah Ducati 1299 Superleggera 2014.

Kini, individu terbabit turut menawarkan sebuah jentera edisi terhad keluaran 1999, Yamaha YZF-R7 OW-02.

Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, jentera bernadikan enjin 750cc ini dijual pada harga GBP59,995 (RM345,300).

Model OW-02 merupakan motosikal “race homologation” yang dibina Yamaha pada 1999 untuk tujuan beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) serta Suzuka 8 Hours.

Jentera ini menawarkan di antara 106hp hingga 162hp bergantung kepada kit prestasi yang diguna pakai.

Lebih menarik, R7 ini masih belum mencatatkan sebarang perbatuan dan berada dalam keadaan “new old stock” di samping belum didaftarkan.

Yamaha R7 merupakan jentera yang dibangunkan dengan data yang diambil daripada YZR500 yang beraksi di MotoGP.

Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan CRF250 Rally 2021 untuk pasaran tempatan dengan harga RM27,599.

Honda CRF250 Rally masih lagi mengekalkan enjin 250cc satu-silinder DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 24.5hp pada 9,000rpm dan 23Nm pada 6,500rpm.

Bagaimanapun bagi 2021, enjin ini menawarkan output linear yang lebih optimim meskipun rpm berada di tahap rendah.

Honda turut mengemas kini nisbah gear, intake camshaft, timing ignition serta klac Assist/Slipper bagi memperbaiki respon pecutan serta kawalan menunggang.

Sementara itu, sistem ‘suspesnsion’ dikendalikan fork upside/down 43mm yang dipadankan bersama penyerap hentakan tunggal Pro-link di belakang.

Sistem membrek pula dibantu Anti-lock Braking System (ABS) yang didatangkan secara standard namun boleh ditutup ketika off-road.

Pada masa sama berat juga telah dikurangkan sebanyak 5kg hasil daripada penggunaan kerangka dan swingarm baharu.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tempat duduk lebih luas
  • tangki 12.8L
  • lampu LED penuh
  • petunjuk gear (gear indicator)
  • meter penggunaan minyak

Hanya satu pilihan warna ditawarkan, Extreme Red bagi Honda CRF250 Rally 2021 ini.

Sebagai penghargaan terhadap kejayaan pelumba, Jordan Graham dalam kelas Hooligan di Mint 400, Scrambler Ducati bersama Fasthouse memperkenalkan Scrambler Desert Sled Fasthouse edisi terhad.

Terhad kepada 800 unit sahaja seluruh dunia, Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse ini dibina berasaskan model Desert Sled namun dibezakan dengan gabungan livery khas serta grafik yang terdapat pada jentera beraksi di Mint 400.

Bahagian kerangka dengan warna Ducati Red itu juga turut dilengkapi dengan plat aluminium yang memaparkan nombor unit motosikal tersebut sekaligus menjadikan kesemua 800 unit berbeza dari satu sama lain.

Bagaimanapun, Desert Sled Fasthouse ini masih dikuasakan enjin L-Twin 803cc yang menjana 73hp pada 8,250rpm dan 66.2Nm pada 5,750rpm.

Bukan itu sahaja, kerjasama Scrambler Ducati bersama Fasthouse turut membabitkan koleksi pakaian dan aksesori dalam bentuk t-sehirt, kemeja, jaket dan topi.

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yamaha Motor Co. Ltd bakal bangunkan sebuah motosikal baharu dengan nama YZF-R7.

Dalam perkembangan terkini, Yamaha disahkan bakal memperkenalkan motosikal tersebut menerusi dokumen CARB yang telah difailkan di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, motosikal tersebut bukanlah meneruskan sejarah R7 dengan enjin 750cc 4-silinder yang pernah gah satu ketika dulu.

Sebaliknya, dokumen tersebut merujuk bahawa R7 itu akan mengguna pakai enjin 689cc parallel-twin yang terdapat pada MT-07 dan Tenere 700.

Ini bermakna, model baharu ini adalah MT-07 versi fairing penuh.

Menurut laporan, Yamaha R7 akan tampil dengan pilihan warna Yamaha blue dan hitam namun info lebih terperinci masih kekal jadi tanda tanya.

Apa yang pasti, R7 ini sedikit sebanyak menghadirkan berita gembira buat peminat motosikal yang berduka cita dengan keputusan Yamaha untuk menghentikan pengeluaran YZF-R6 kecuali untuk kegunaan di litar susulan penguatkuasaan Euro 5.

Namun, berbanding R6 yang lebih berkuasa dengan kuasa kuda berada pada 117hp, enjin parallel-twin pada MT-07 hanya menawarkan 72.4hp pada 9,000rpm.

Yamaha R7 ini dijangka akan diperkenalkan sebagai model 2022. – Motorcycle.com

Seorang pemilik skuter jenis SYM VTS 200 antara yang dikenakan tindakan saman gara-gara membina bumbung sendiri.

Lelaki berusia 52 tahun itu membina sendiri struktur bumbung terbabit berserta pengilap cermin pada skuternya bermodalkan RM300.

Menurutnya, sepanjang tempoh memasang bumbung tersebut sejak tahun lalu dia tidak pernah disaman pihak berkuasa.

Pemilik skuter tersebut antara yang ditahan dalam Operasi Kesalahan Teknikal Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata sebanyak 1,050 motosikal telah diperiksa dengan 150 motosikal telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, guna nombor plat ‘fancy’, tayar kecil serta ubah suai ekzos. – HM

Penganjur EICMA dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda Motor Company, bakal sertai pameran motosikal terbesar dunia itu tahun ini.

Dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 November ini, penyertaan Honda dilihat sebagai reaksi positif selepas acara itu terpaksa dibatalkan tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira pembangunan dan pengambilan vaksin yang giat dijalankan seluruh dunia, EICMA 2021 berada dalam landasan terbaik untuk dilangsungkan tahun ini.

Setakat ini, hanya BMW Motorrad yang telah pun mengumumkan pengunduran diri daripada EICMA 2021 serta semua acara lain.

Namun, dengan EICMA 2021 hanya akan berlangsung lapan bulan dari sekarang, peluang untuk BMW Motorrad membuat pusingan-U masih terbuka bergantung kepada situasi semasa.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube