Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa pemandu yang mengenakan cermin mata hitam akan dikenakan tindakan saman.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menjawab dakwaan yang dibuat oleh klip audio yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Audio tersebut mendakwa pemandu kereta dan lori yang memakain cermin mata hitam akan dikenakan kompaun RM500.
Individu yang membuat rakaman audio itu turut mendakwa dirinya disaman atas ‘kesalahan’ tersebut.
Menurut Nadzri, dakwaan tersebut tidak betul kerana tiada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan menjadi satu kesalahan memakai cermin mata hitam.
Pada masa sama, orang ramai diminta untuk berhenti daripada berkongsi mesej seumpamanya tanpa usul periksa terlebih dahulu.- The Star