Bikesrepublic

Berita Terkini

Tindakan seorang pemilik kereta jenis Perodua Kelisa mengubah suai rupa dan identiti kepada sebuah Daihatsu undang padah apabila disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di Jalan Sultan Idris Shah pada Rabu.

JPJ turut mengeluarkan notis arah periksa kenderaan kepada pemilik kereta tersebut untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, JPJ turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi kerana gagal memperbaharui cukai jalan yang sudah tamat tempoh dua tahun.

Perkara itu disahkan Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan yang turut memaklumkan lebih 300 kenderaan telah diperiksa dalam tempoh dua jam dengan 121 kenderaan telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi ini dijalankan dengan menyasarkan pelbagai jenis kenderaan yang meliputi kesalahan-kesalahan peraturan jalan raya di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959.

 “Kita melihat kepada kesalahan seperti lesen memandu, lesen kenderaan motor, penggunaan lampu depan Pelepasan Intensiti Tinggi (HID) putih, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan cermin gelap,” jelas Mohammad Yusoff. – Utusan

Selepas mengemas kini Yamaha MT-15 dengan tiga warna baharu bagi tahun 2022, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut memperkenalkan dua warna baharu bagi motosikal naked, MT-09.

Bagi tahun 2022, MT-09 kini tampil dengan dua pilihan warna baharu, Tech Black dan Cyan Storm, menggantikan warna Icon Blue dan Storm Fluo yang diperkenalkan tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada perubahan lain dilakukan terhadap bahagian enjin yang kekal dikuasakan platform CP3 tiga silinder 890cc yang menawarkan 117.3hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuand dengan bantuan quick shifter.

Aspek lain juga tidak berubah dengan MT-09 masih lagi kekal dengan ciri berikut:

  • fork depan 41mm boleh laras
  • monoshock belakang boleh laras
  • brek kaliper jenis radial berkembar depan
  • brek kaliper tunggal belakang
  • cakera brek depan 298mm
  • cakera brek belakang 245mm
  • tangki 14L

Sementara itu, meskipun terdapat kenaikan harga pada MT-15 seperti yang diumumkan baru-baru ini, MT-09 pula kekal ditawarkan pada harga RM54,998.

Jorge Martin sudah mula rasa kurang senang dengan kedudukannya menjelang musim 2023.

Ini kerana pelumba Sepanyol itu sebelum ini hampir pasti akan diangkat ke pasukan factory Ducati bagi musim 2023.

Bagaimanapun, ekoran prestasi memberangsangkan pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini dengan merekodkan dua kemenangan setakat ini di samping menduduki tempat ketiga kejuaraan dunia membuatkan kedudukan Martin kini tergugat.

Pelumba Ducati, Jack Miller telah pun mengikat kontrak dua tahun bersama KTM bermula musim depan sekaligus terdapat kekosongan di kem factory Ducati.

Meskipun akui gembira dengan pasukan Pramac Racing ketika ini namun Martin menegaskan dia mahu beraksi dengan jentera factory Ducati musim depan.

“Pramac merupakan pasukan terbaik pernah saya sertai dan saya sangat gembira berada di sini.

“Tetapi jika saya tidak mendapat jentera factory Ducati musim depan, saya akan mencari alternatif lain. Apa pun, buat masa ini, saya hanya mahu memberi fokus terhadap diri saya dan cuba berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” jelas Martin.

Meskipun di awal musim nama Martin disebut sebagai calon terbaik untuk digandingan bersama Francesco Bagnaia di pasukan Ducati MotoGP namun kemunculan Bastianini ternyata mampu memadam harapan itu.

Apatah lagi, Bastianini merupakan pelumba Itali maka secara tidak langsung juga boleh memberi kelebihan terhadap pemilihan calon bagi musim 2023 nanti.

Sebanyak 3,302 kes kematian telah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga September tahun lalu.

Angka kematian tersebut adalah sebahagian daripada 255,532 kemalangan yang dilaporkan pada tempoh sama.

Angka membimbangkan itu ternyata menggambarkan risiko yang dihadapai pengguna jalan raya ketika ini sehinggakan Malaysia menduduki tangga kelapan dunia sebagai negara yang mempunyai jalan raya paling bahaya untuk pengguna.

Bagaimanapun, selain daripada berdepan keadaan trafik yang membahayakan, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut menyumbang kepada angka kematian tinggi.

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Ke­selamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, sebanyak 285 kes kematian dicatat antara 2014 hingga 2018 berpunca dari jaan berlubang.

“Jika kita amati statistik ini, ia menunjukkan betapa seriusnya kemalangan melibatkan jalan berlubang.

“Kebiasaannya kemala­ngan berlaku ketika pemandu atau penunggang terpaksa mengelak lubang di atas jalan raya sehingga mereka memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, berlaku pertembungan kereta tersebut dengan pemandu lain. Keadaan jalan raya yang berlubang ini juga bukan isu baharu, namun sehingga kini perkara tersebut tiada penyelesaian,” jelasnya.

Sementara itu, Teik Hua juga berkata peningkatan jumlah penunggang motosikal dan kadar kesesakan tinggi pada waktu puncak di musim perayaan dan cuti sekolah juga antara penyumbang kepada kenaikkan jumlah kemalangan. – KOSMO

Perdana Menteri, Datuk Srei Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambang percuma bagi semua pengangkutan awam dibawah seliaan Rapid KL selama sebulan bermula hari ini 16 Jun 2022.

Pengumuman mengejut itu sempena pelancaran Fasa Pertama MRT Laluan Putrajaya yang akan dibuka kepada umum 3 petang ini.

Ini sekaligus menyaksikan orang ramai boleh menikmati pengangkutan awam milik Rapid KL membabitkan MRT, LRT, KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid KL, bas perantara dan Sunway BRT secara percuma selama sebulan.

Sementara itu, Fasa Pertama MRT Laluan Putrajaya melibatkan 12 stesen dengan sembilan stesen baharu sertai tiga stesen sedia ada.

Baru-baru ini kami telah dijemput menghadiri sesi lawatan ke kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah.

Sesi lawatan bersama rakan media lain itu bertujuan menyaksikan pemasangan beberapa model CKD Kawasaki yang akan dipasarkan di Malaysia.

*dari kiri; Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Kashigawa Yusaku dan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Sewaktu lawatan tersebut, pihak MODENAS juga memberi penerangan mengenai model yang akan dipasarkan di Malaysia babitkan model CKD dan CBU.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, MODENAS akan memasang dan menjenamakan model 250cc hingga 650cc untuk pasaran tempatan.

Model CKD sah akan dipasang di Gurun dan dijenamakan semula sebagai MODENAS adalah seperti berikut:

  • Ninja 250 dan Ninja 250 ABS *lancar 2022
  • Z250 ABS *lancar 2022
  • Vulcan S 650 *lancar 2022
  • Versys 650 **lancar 2023
  • Ninja 650 **lancar 2023
  • Z650 **lancar 2023

Sementara model yang akan dibawa masuk secara CBU adalah seperti berikut:

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai status Kawasaki Z650RS yang baru sahaja diperkenalkan hujung tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan memaklumkan bahawa model itu masih lagi dalam perbincangan sama ada perlu di bawa masuk atau tidak.

Hal ini kerana sekiranya dibawa masuk, maka Z650RS akan tersenarai antara model CKD yang akan dipasang di Malaysia dan membawa lencana MODENAS.

Pada masa sama, kedua-dua pihak, MODENAS dan Kawasaki perlu menilai sama ada terdapat permintaan tinggi bagi model tersebut disini.

Kawasaki Z650RS merupakan model retro terbaru dalam portfolio Kawasaki yang dibangunkan dengan DNA sama dari Z900RS.

Seperti barisan model 650 lain, Z650RS juga dikuasakan enjin parallel-twin 649cc yang terdapat pada Z650 dan Ninja 650 namun telah ditala bagi menawarkan respon lebih baik pada rev rendah dan pertengahan. Bagaimanapun, enjin tersebut masih lagi menawarkan 67hp dan 65.7Nm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan 41mm
  • kaliper brek dua-piston berkembar di depan
  • cakera brek 300mm di depan
  • ABS dwi-saluran
  • klac assist & slipper
  • lampu LED penuh
  • paparan meter analog klasik

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube